Selasa, 30 Ogos 2011

Hidangan Raya Pertama 2011


Ini hamper dari sahabatku Bibi. Tiap-tiap tahun time raya dia memang hadiahkan hamper untukku. Thanks Bibi.


Nasi empit dan kuah kacang


Kek Rayaku

Kek Ising


Selamat Hari Raya Malaysia...
Brunei dan Indonesia belum lagi... mungkin esok...

Isnin, 29 Ogos 2011

Ramadhan Ke 29 Dan Kek Lapis, Kek Full Cheese

Moga Allah S.W.T akan mengurniakan pahala atas apa yang telah kita lakukan.

KEK LAPIS

Inilah kek lapis yang aku buat...

Kek lapis ini berperisa horlicks

KEK FULL CHEESE

Kek ini boleh dikatakan sepeuhnya menggunakan cheese (keju), tepung guna 2 sudu je


Kek ini menjadi kesukaan keluarga aku dan ini antara kek yang paling cepat habis kalau dihidang

Ahad, 28 Ogos 2011

Ramadhan Ke 28 Dan Kek Batik, Kek Sarang Semut

Moga Allah S.W.T menaikkan kedudukan dan darjat kita di akhirat kelak.

KEK BATIK

Adik perempuan aku si Liza suka makan.
Kek Batik ni aku buat tiap-tiap tahun...

Kek batik ni tak payah kukus atau dibakar.
Kek ni cuma perlu dimasak di kuali je...

KEK SARANG SEMUT

Yang penting ada sarangnya hehehe...


Bagi aku, kek sarang semut ni kek orang dulu-dulu. Waktu aku kecil kek ni dah ada dibanding kek moden zaman ini...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ramadhan Ke 27 Dan CornFlakes Kacang Ikan Bilis

Sudah tiba ramadhan ke 27, moga Allah S.W.T akan mengurniakan kepada kita kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Hari ni nak buat masak CornFlakes Kacang Ikan Bilis

Inilah bahan-bahannya...


Taraa.... dah siap masak...


Bolehlah dimakan sambil menonton rancangan raya...

Jumaat, 26 Ogos 2011

Ramadhan Ke 26 Dan CornFlakes Madu

Moga kita sentiasa mendapat rahmati dari Allah


Tibalah masanya nak buat CornFlakes Madu

Bahan-bahannya: CornFlakes, Madu dan apa-apa majerin atau yang adik beradik dengannya...


Gaul ikut suka hati dan masukkan ke dalam cup


Masak dalam oven


Dah siap...
dulu anak sulong aku Athirah yang suka buat ni, sekarang dia dah sambung belajar kat KUIS, tahun ni adiknya yang ke dua Zafirah yang ganti buat CornFlakes Madu.

Khamis, 25 Ogos 2011

Ramadhan Ke 25 Dan Biskut Nenes

Moga Allah S.W.T akan membebaskan kita dari seksa kubur dimasa akan datang.


Hari ini buat biskut nenas
Setelah dibentuk dan bersedia untuk dibakar ke dalam oven


Inti jem nenas


Wathiqah suka makan ni...

Rabu, 24 Ogos 2011

Ramadhan Ke 24 Dan Biskut Ulat Bulu

Pautan
Maha suci Allah yang mempunyai kemuliaan den kebesaran, hanya keada-Mu tempatku mengadu dan hanya kepada-Mu tempatku berharap.


Biskut ulat bulu sedia untuk dimasak...


Biskut ulat bulu yang telah siap dimasak


Setelah dimasak nampak montel sikit, lepas tu diguling-gulingkan dengan gula halus

Selasa, 23 Ogos 2011

Ramadhan Ke 23 Dan Biskut Raya Comel

Ya Rabbi, jauhilah aku dari azab-Mu, terimalah permohonan taubatku, kerana Kau maha pengampun lagi maha penyayang.


Nak buat biskut raya? Ini aku kongsikan biskut raya yang comel-comel. Biskut ini bukan aku yang buat tapi aku suka tengok... Macam sedapkan?



Bolehlah mencubanya...

Isnin, 22 Ogos 2011

Kad Raya 2011 Untuk Sahabat


Sahabatku...
Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika di antara kita ada tembok yang memisah,
ajaklah aku meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka,
maafkan aku dan luahkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringlah daku dengan kalungan doa,
Berjanjilah sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya.
Salam kemerdekaan dan Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Dengan sukacitanya, aku kirimkan 2 kad raya maya untuk
Follower dan Pengunjung blogku, pilihlah yang mana kalian suka...

Kad Raya 1


Kad Raya 2

Ramadhan Ke 22

Ya Rabbi, lindungilah aku dengan kalimah-Mu, sucikanlah hatiku dengan kata-kata-Mu, ampunilah segala dosa-dosaku.

Ahad, 21 Ogos 2011

Ramadhan Ke 21 Dan Puisi "Seketika Di Masjid Nabawi"


Seketika Di Masjid Nabawi

Karya: Norgadis Labuan

Seketika di Masjid Nabawi,
Dingin menyapa bersama hembusan penghawa dingin
Tenang rasanya membaca doa
Dibawah kubah yang begitu indah
Dihiasi lampu-lampu yang cukup menawan
Dan cukup menenangkan jiwa penghuninya

Baca Lagi KLIK SINI