Ahad, 26 April 2015

Norgadis di Bengkel Pemantapan Organisasi PERWILA

 Penceramah Bengkel Maharatu Rafidah Mohamad


 Sijili disampaikan oleh Ketua Satu PERWILA Hj. Othman Mahali

Antara AJK PERWILA yang turut hadir berbengkel

Rabu, 22 April 2015

Taman Fikir Aku Bukan Siapa-Siapa




Alhamdulillah Antologi TAMAN FIKIR telah selamat sampai ke tangan saya petang semalam. Terdapat sebuah puisi saya di dalamnya yg berjudul Aku Bukan Siapa-siapa. Terima kasih IPS dan Hasyuda Abadiatas kerjasama ini.

Ahad, 5 April 2015

Pertama Kali Di Kelas Makeup

Aku menghadiri kelas makeup buat pertama kali dalam hidupku

Seronok rasanya belajar dengan suasana santai.  Tenaga pengajar Puan Yon dan Puan Aisyah dari Kota Kinabalu. (Maaf, gambar tenaga pengajar tidak dpt dikongsikan) 

 Hasilnya jeng jeng jeng...

 
 Dari kanan, Kak Siti Noraini, Fina, Norgadis dan adikku Mariati

Best... Nanti nak belajar lagi...

Jumaat, 3 April 2015

Ulang Tahun Norgadis Ke 44 Tahun

 Sempena ulang tahunku yang ke 44 tahun ini, aku ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Allah, Tuhan yang satu kerana memberi kesempatan untukku menyedut dan menghembus nafas serta menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta dan semua saudara mara juga sahabat yang mengenali diriku atau hanya sekadar mengenal namaku saja.

Terima kasih buat suami tercinta yag tak pernah lupa memberikan hadiah setiap hari kelahiranku tiba.  Terima kasih kerana menjadi suami, guru, sahabat, kekasih, bekas tunang, yang memberi nasihat dan semangat untuk terus menjalani kehidupan yang semakin mencabar.

Terima kasih juga buat anak-anak ibu yang setiasa ingat akan birthday ibu, dan terima kasih hadiah-hadiah dari kalian, ibu sayang kamu semua dan moga kamu jadi anak soleha, berilmu, beramal, beriman dan selamat bahagia dunia akhirat.

 

Terima kasih juga buat semua adik beradik, saudara mara atas ucapan doa dan hadiah, moga kita semua mempunyai keluarga bahagia dunia dan akhirat.

Buat semua sahabat, terima kasih atas doa dan ucapan dari kalian, moga kita semua dipanjangkan umur dalam keimanan, dimurahkan rezeki yang halal, diberi kesihatan yang baik, mendapat berkat dan rahmat dari Allah, bahagia hidup di dunia dan juga bahagia di akhirat Aamiin.  Andainya ada pernah menguris hati, mohon maafkan seikhlasnya. 

KAD UCAP ULANG TAHUN DARI SAHABAT