Sabtu, 31 Disember 2011

Ambang Tahun Baru 2012

Terus terang aku katakan, aku jarang turun ke bandar malam sambutan tahun baru, bukan apa.. tempat letak kereta jauh sangat, nak turun awal sangat tapi ingat nak solat lagi, rasanya lebih senang solat kat rumah. Dari segi yang lain aku terfikir juga keinginan anak-anak nak tengok suasana ambang tahun baru... aku pun bincang dengan abang, kita turun waktu petang, sebelum maghrib balik rumah, malam tak payah turun lagi...


Dari jauh dah kelihatan tempat permainan tu, Wathiqah teringin sangat nak tengok dekat-dekat


Dah tengok dekat nak join main pula...



Wathiqah bukan main happy lagi petang tu...


Kami terpaksalah menunggu selama 20 minit kat situ...


Sempatlah tengok-tengok gerai yang dibuka waktu tu...


Wathiqah sempat terpandang angry bird huhuhu...



Pengunjung belum ramai lagi waktu tu. Lebih kurang sejam kami di sana, lepas tu kami pun balik rumah...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012


Assalammualaikum semua para blogger yang dihormati,
bersama keikhlasan hati ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Mungkin ramai yang masih ingat, baru-baru ini kita telah menyambut awal Muharam yang diserikan dengan doa awal tahun samada dibaca di masjid-masjid atau hanya bersama keluarga saja. (akulah tu hehehe)


Apakah azam dan rancangan kalian ditahun 2012. Adakah telah tercatat aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bagi tahun 2012? Bagi aku sendiri, cuma rancangan dengan PERWILA telah disenaraikan, banyak aktiviti yang bakal dijalankan, hanya yang perlu difikirkan, dari mana mendapatkan sumber kewangan untuk aktiviti yang bakal dijalankan...


Kepada blogger yang banyak menyokong perjalanan blog aku ini, aku ucapkan jutaan terima kasih, moga kita akan terus diberi keizinan berkongsi nasihat, pandangan, cerita suka, duka, pahit, manis, didalam dunia maya yang penuh dugaan. Moga niat bai kita akan direstui yang Maha Esa dan moga kalian akan diberkati Allah swt amin... Akhir sekali...
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Selasa, 27 Disember 2011

Angry Birds

Siapa yang tak tau dengan "Angry Birds"? Anak aku sekecil Watiqah pun sikit-sikit nak beli angry birds, kalau nak diikutkan pening kepala.

Tau tak mesin putar-putar, masuk 2 keping 50 sen, dapatlah hadiah dari mesin tu, itulah yang Wathiqah buat untuk dapatkan patung angry birds, kalau nak belikan semua warna, memang bukan aku orangnya (ibu yang kedekut)


Ini patung angry birds yang aku belikan dengan harga RM2.80. Setelah dapat yang ini, Wathiqah mau warna lain lagi huhuhu... ibu tak mau belikan...


Bermulalah cerita mesin putar-putar angry birds. Aku tak tau guna mesin tu tapi anak aku Zafirah tau cara nak guna. Dialah yang ajar Wathiqah guna mesin tu. Mungkin dah rezeki dia, cubaan pertamanya mengena angry birds merah.


Ini cubaan kedua angry birds biru (hari yang lain)


Cubaan ketiga angry bird hitam bom!! (hari yang lain juga)


Cubaan keempat angry birds putih, juga hari yang berlainan.


Ini semua Wathiqah punya hehehe... ada 2 lagi telah diberikan kepada kakak-kakaknya...

Isnin, 26 Disember 2011

Wathiqah Dan Persiapan Untuk Ke Sekolah

Biasalah, kasut setokin semua baru setiap kali tahun baru. Baju sekolah Wathiqah aku tak jahit tahun ni, kata cikgunya mungkin tukar warna baru untuk uniform Sekolah Tadika Al-Iman Layang-Layangan. Tunggu apa pula warnanya...
Beg pilihan Wathiqah tahun ni, yang kuning kakaknya belikan di Papar dan yang pink aku belikan di sini. Dua-dua Wathiqah suka... Ini peralatan sekolah Wathiqah, ada yang dibeli di Papar dan ada yang dibeli di Labuan.
Bukan main happy lagi Wathiqah dapat keperluan sekolah dengan koleksi angry birds

Ahad, 25 Disember 2011

Zafirah Kerja Di DHT Shell Station

Tak lama lagi cuti sekolah berakhir, sudahkah kalian membeli kerperluan anak-anak untuk ke sekolah tahun 2012? Masih ada lagikah tersimpan sisa wang bantuan RM100? Hehehe... anak aku dah guna untuk beli keperluan sekolah.

Nurzafirah bergambar bersama bossnya

Sebenarnya, waktu cuti sekolah ni, anak aku yang kedua Zafirah minta izin nak bekerja. Aku dan abang pun izinkan, memang dah rezeki, dia diterima bekerja di DHT Shell Station (Kerja sambil belajar)

Time birthdaynya awal bulan tu, sempatlah rayakan bersama-sama kawan sekerja

Ini kawan sekerjanya, 30 dis ni adalah hari terakhir Zafirah bekerja...

Kek birthday habis dimakan bersama waktu tu...

Jumaat, 23 Disember 2011

Mama Mau Ke Gaya Street


Sudah lama rasanya aku tidak ke Kota Kinabalu, kebetulan ahad lepas aku berada di Benoni, Papar dan mama teringin sangat nak ke Gaya Street yang terletak di Kota Kinabalu sebelum balik ke Labuan, maka... aku, adikku dan babah ikutilah keinginan mama.


Setelah lebih kurang 40 minit dari Benoni, Papar, akhirnya kami sampailah di Gaya Street yang mana setiap hari ahad ramai pedagang berjualan di kawasan tersebut .


Dah sampai tu, kami pun ambil kesempatan untuk bergambar...


Gaya Street penuh sesak, nak jalan pun susah, ramai sangat pengunjung yang datang


Kawasan ini tidak jauh dari Gaya Street


Kami sempat juga singgah di KK Plaza, Watiqah suka sangat dengan patung kat belakang tu...


Rehat sekejap


Sewaktu menunggu bas 12.30 tengahari untuk pergi ke Menumbok


Dalam bas menuju Menumbok. Dari Menumbok kami menaiki feri Duta Muhibah menuju ke Labuan. Wathiqah tertidur keletihan. (Perjalanan lebih kurang 3 jam)


Lebih kurang sejam, kami pun sampailah di Labuan.

Khamis, 22 Disember 2011

Atikah Kutip Buah Durian


Tanam buah yang kita suka makan.
Suka makan buah durian? Aku memang suka makan buah durian. Di Labuan harga durian RM12 hingga ke RM18 sekilo, mahal tu...


Belakang rumah aku ada 2 pohon durian, alhamdulillah tahun ni kedua-duanya berbuah


Anak aku yang ke tiga Atikah yang rajin kutip buah durian ni


Inilah wajah orang suka makan durian, setiap hari Atikah kutip buah durian kat belakang rumah. Walaupun terpaksa mendaki bukit untuk membawa balik ke rumah dan kadang kala terpaksa berulang alik tapi dia tetap kelihatan gembira.


Baru selesai mendaki bukit, buah durian dikumpul dibelakang rumah sebelum dibawa masuk ke dapur. Dapatlah dibagi-bagikan kepada semua adik beradik dan jiran tetangga. Bestkan kalau dapat makan free...