Isnin, 31 Disember 2012

Jadual Cuti Dan Persekolahan 2013



Selamat Menyambut Tahun Baharu 2013

Selamat menyambut tahun baharu 2013 kepada semua blogger dan kepada semua yang mengenali diriku ini. Maaf dipohon jika sepanjang 2012 terdapat kata bicara yang menguris hati, moga tahun baharu ini kelak akan memberi kesenangan dan kebahagian buat kita semua. Aamiin.

Jumaat, 14 Disember 2012

Sudah Selamat Mama Dikebumikan.

Petang semalam mama baru balik dari Brunei, sesampai di Labuan mama terus dibawa ke hospital bahagian kecemasan kerana mama kelihatannya terlalu lemah.  Setelah beberapa jam di wad kecemasan, mama dimasukkan ke wad ICU pula. Kata doktor kandungan gula mama tinggi.  Kata doktor lagi, jangan risau, mereka akan cuba membantu.

Pagi tadi kami adik beradik diminta berkumpul semua, sayang sekali, mama menghembuskan nafasnya sewaktu kami belum sempat masuk ke dalam bilik wad ICU.  Walaupun kesediahan menyelubungi keluarga kami nami kami redha akan ketentuan Ilahi.

Semua urusan dari hospital hingga petang tadi dikebumikan berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah... mama meninggalkan kami dengan senyuman diwajahnya, moga mama ditempatkan besama-sama orang yang beriman, moga Allah ampunkan semua kesilapannya dan memberi ganjaran pahala berpanjangan untuk amalan baiknya dan moga mama diberkati selalu Aamiin...

Ahad, 9 Disember 2012

Selamat Hari Lahir Firah Dan Puteri

Selamat hari lahir buat Fira pada 4 Disember 2012 yang ke 17 tahun dan Selamat hari lahir buat Puteri pada 9 Disember 2012 yang ke 19 tahun. Majlis ringkas ini kami sambut sekeluarga sebelum Puteri balik ke Kolej  Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Tahun ni aku tak buat kek birthday untuk dorang, acara pun dibuat mendadak, yang penting... kek adalah pilihan dorang sendiri. Harapan agar kalian berdua suka dengan hadiah dari ibu ayah.

Buat Puteri dan Firah, moga kalian menjadi anak yang soleha, berjaya dalam semua bidang yang diceburi, sentiasa ditetapan iman, selamat dunia dan akhirat Aamiin...