Ahad, 31 Julai 2011

Fadhilat Solat Terawih Malam pertama

Malam pertama

Diampunkan dosa dosa orang yang bersembayang terawih seperti bayi yang baru dilahirkan.

Jika fadhilat terawikh malam pertama seperti dalam entri ini tidak benar, saya pohon seribu kemaafan namun begitu, biarlah kita bersolat terawikh kerana Allah swt seikhlasnya agar amalan kita semua akan diberkati selalu.

Terima kasih Diary of ataicha atas info berkenaan KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa...

Rabu, 27 Julai 2011

Kenduri Sana Sini


Dekat nak bulan puasa ni, ramai pula orang buat kenduri. Tiap-tiap hari ada saja orang buat kenduri, sampaikan kelas mengaji di Masjid Layang-Layangan terpaksa diberi cuti awal kerana Ustaz Aziz dijemput untuk membaca doa dalam tiga minggu ini.


Ini kawan-kawan aku yang sama-sama mengaji di Masjid Layang-Layangan.
1 ramadhan ni, bermulalah program bertadarus pula.


Ini kenduri di rumah ibu mentua, semua adik beradik
sebelah suami hadir sama.

Selasa, 26 Julai 2011

Jom Makan Jambu Batu


Tiba-tiba teringin nak makan buah jambu batu, kebetulan pokok jambu batu aku tu tengah berbuah. Apa lagi petik sajalah...


Petik sebijik saja, esok-esok boleh ambil lagi sebiji


Buang kulit dan biji dulu


Dah sedia untuk dimakan, jom makan... nyam nyam nyam...

Jumaat, 22 Julai 2011

Happy Birthday Aqilla Dan Balqis


Happy Birthday buat anak-anak saudaraku Aqillah dan Balqis yang ke 7 tahun,
moga jadi anak yang baik dan pintar.


Wathiqah (tudung kuning), Aqillah (tudung hitam+coklat),
Balqis (Baju Biru) dan Adam (Baju Merah)


Baca doa dulu sebelum makan


Macam sedih saja anak aku yang baju oren tu...


Kalau selalu ada jemputan makan macam ni best juga hehehe...

Khamis, 21 Julai 2011

Tawaran Belajar Untuk Si Puteri

Puteri atau nama sebenarnya Nurfatihah Athirah nampaknya mendapat tawaran belajar di Kolej lain selain daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Surat Tawaran Dari KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA


Surat Tawaran Dari UNIT PUSAT INDTITUSI MARA (UPIM)


Surat Tawaran Dari KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (KIST) KELANTAN


Oleh kerana anak aku tu dah pun belajar kat KUIS, biarlah dia teruskan belajar kat sana.


Lagipun dia nampaknya happy belajar kat KUIS tu
(Puteri bertudung hijau)


Seminggu cuti di KUIS telah pun berlalu, hanya Puteri seorang saja tinggal kat bilik asramanya waktu cuti tu, yang lain semua balik kampung, maklumlah kawan sebilik semuanya orang semenanjung. Harap-harap Puteri terus tabah. Bukan senang nak selalu balik kat Labuan ni, jauh sangat, tapi aku yakin, dia memang anak yang berani dan pandai berdikari.

Selasa, 19 Julai 2011

Pisang Tanduk Ku Berbuah

Walaupun tak sehebat tanaman orang lain, tapi kalau tanaman sendiri telah menghasilkan buah tentu terasa seronok sendiri hehehe...

Kali ini 3 pohon pisangku berbuah serentak...

Nak kata suka makan pisang tanduk ni, tak juga, saja nak tanam...

Pisang ni tinggi sangat, nak ambil gambar buah pun kena zoom dulu

Sebelah tu pokok jagus (gajus) pernah berbunga tapi tak pernah jadi buah,
tak tau mana silapnya...

Isnin, 18 Julai 2011

Setem Oh Setem

Tak terasa masa begitu cepat berlalu, bulan ramadhan dah pun hampir tiba, ada yang dah hantar kain untuk dijahit, kalau jahit sendiri macam aku ni taklah ambil kisah sangat bab nak hantar kain hehehe...

Moga kita masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan ramadhan yang mulia. Kalau zaman muda-muda dulu, aku dah sibuk memilih kad raya dan membeli setem untuk kawan-kawan tapi sekarang kebanyakannya guna kemudahan internet untuk memberi ucapan "Salam Aidilfitri" lagi pun sekarang harga setem dah naik, nak kirim surat biasa pun kena guna setem 60 sen, kalau dulu guna setem 30 sen pun dah sampai...

Ini antara koleksi setem dalam simpanan aku... Layan je lah...






Rabu, 13 Julai 2011

Comel Tak Si Baju Hijau Tu?


Nampak tak si baju hijau tu?


Comelkan?


Nampak matanya tak? Dia tengah tengok aku tu...


Oh....!!! Ini kerja dia rupanya, habis daun limau aku dimakannya


Tak apa, aku sedekahkan semua yang telah dia makan, sabar sajalah...

Sabtu, 9 Julai 2011

SMK Mutiara WP Labuan Hebat


Betharia Layun Sia memenangi 2 daripada 6 pingat emas Malaysia. Kebanggaan Labuan, Murid PPKI dari SMK Mutiara WP Labuan ini telah memenangi dua pingat emas Special Olympic di Athens, Greece. Tahniah Betharia! Tahniah SMK Mutiara WP Labuan!

Terima kasih kepada Pengetua SMK Mutiara, En Sahar Misron, Y.Bhg Pengarah dan suami serta warga SMK Mutiara yang menyambut kepulangan Betharia di lapangan terbang WP Labuan pada 05 Julai yang lalu.

Khamis, 7 Julai 2011

National Robotics Competition


Anak aku Nuratikah Nazurah tiba-tiba menyertai National Robotics Competition ini. Nak bantu mengajar pun memang aku pun tak pandai bab robot ni, biarlah dia menimba pengalamannya sendiri.


Robot's Name : A3EX. Ada nama pula robot ni...
(robot ini mesti membawa bola sambil menaiki tangga dan turun kembali)



Sijil Penghargaan


Sijil Kecemerlangan

Tahniah kepada Atikah, walaupun tak dapat tempat pertama, sekurang-kurangnya dapat juga menjadi antara peserta cemerlang. Dan tahniah juga kepada peserta SMK Mutiara Labuan yang memenangi National Robotics Competition baru-baru ini.