Rabu, 29 Julai 2009

Sepulau Sekasih Kita Bakal Dilancarkan


Terasa lama juga tidak menulis blog ini. Kesibukan menghadiri kenduri di sana sini dalam beberapa minggu ini menyebabkan kurangnya ruang masa untuk menulis blog. Sebenarnya tidak ada bahan penting yang ingin diceritakan kali ini, cuma rasa tidak sabar menunggu masa pelancaran buku Sepulau Sekasih Kita.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercaya, pelancaran buku Kumpulan Puisi Labuan iaitu Sepulau Sekasih Kita ini akan di lancar dalam sedikit masa lagi. Cuma tarikh dan masa masih belum ditetapkan.

Walaupun karya beberapa orang ahli PERWILA telah banyak diterbitkan bersama penulis dari luar Labuan, namun penghasilan kumpulan puisi kali ini cukup bermakna bagi ahli PERWILA sendiri kerana penerbitan "Sepulau Sekasih Kita" ini adalah hasil usaha sepenuhnya oleh ahli PERWILA, dan PERWILA sendiri memberi peranan yang amat besar dalam menjayakan penerbitan antologi puisi kali ini.

Isnin, 13 Julai 2009

Mesyuarat Pertama Koperasi Usahawan Malaysia Labuan Berhad (KUSMA)

Semalam 12.07.2009, Ahad. Saya dan suami menghadiri Mesyuarat Koperasi Usahawan Malaysia Labuan Berhad (KUSMA) yang baru ditubuhkan. Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 2.30 petang itu berlangsung di Balairaya Kampung Patau-Patau No.2.



Agenda mesyuarat buat pertama kali ini termasuklah
  1. Melantik pengerusi mesyuarat
  2. Mendapat persetujuan menubuhkan Kopersi
  3. Penerimaan undang-undang Koperasi
  4. Memohon Mendaftarkan Koperasi
  5. Membenntang dan meluluskan belanjawan
  6. Menentukan had maksimum keterhutangan Koperasi
  7. Meluluskan perlantikan panel Juruaudit Luar
  8. Perlantikan Lembaga dan memberi kuasa bagi menandatangani permohonan pendaftaran
Mesyuarat dihadiri lebih 50 orang ahli Koperasi dan taklimat serta perasmian telah dilakukan oleh Pegawai Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan WP Labuan, iaitu Encik Abdul Ghani Bin Aman.

Mesyuarat ditangguhkan kira-kira jam 4.56 petang dan diakhiri dengan minum petang.

Sabtu, 4 Julai 2009

Makan Malam Bersama RNO

3 Julai 2009
Semalam saya dan keluarga menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Kakitangan RNO Labuan di Perkarangan bangunan Telekom Malaysia Bhd. Kg. Jawa, WP Labuan. Acara yang bermula kira-kira jam 8.00 malam itu dimulakan dengan nyanian lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu TM iaitu Kristal.

Turut berucap pada malam itu ialah AGM RNO Sabah, Tuan Haji Musa Ag. Kecik. Majlis diakhiri dengan makan malam dan acara karaoke.