Sabtu, 31 Mac 2012

Happy Birthday Nuratikah Nazurah


Buat ananku yang ketiga, Nuratikah Nazurah, ibu ucapkan selamat hari lahir yang ke 15 tahun, moga perjalana hidupmu sentiasa dirahmati dan diberkati selalu oleh-Nya Amin...


Nuratikah Nazurah Binti Abbas

Rabu, 28 Mac 2012

Buah Tangan Dari Vietnam


Selendang BT Untuk Aku


Baju Vietnam BT Untuk Kekasihku


Beg dan keychain BT Untuk Nurfatihah Athirah


Beg dan keychain BT Untuk Nurzafirah Nadirah


Beg dan keychain BT Untuk Nuratikah Nazurah


Baju dan keychain BT Untuk Nurwathiqah Masturah

Adikku Liza ke Vietnam sebenarnya atas urusan kerja. Jom kita layan sedikit foto-fotonya di Vietnam...


Airport Vietnam

Bersama Staff Bong Sen Hotel Saigon


Di depan ofis Tamatra Co. Ltd


Pejabat Pos di Ho Chi Minh City Post Office.

TQ buat adik perempuan tunggalku Liza, kalau belayar lagi, jangan lupa belikan untuk kakak tunggalmu ni ya hehehe... (macam memaksa saja bunyinya)

Khamis, 22 Mac 2012

Norgadis Dapat Cek Nuffnang Lagi

Alhamdulillah, aku dapat cek Nuffnang buat kali yang ke 4. Walaupun tak banyak sangat, tapi cukuplah buat belanja sekeluarga di Pizza... Happy juga anak-anak...


Aku pun anak beranak makan di Pizza yang jarang sekali kukunjungi...

Sabar menanti...

Tengah tunggu makanan dimasak...

Nyum nyum nyum...

Seronok dapat bawa keluarga makan dengan hasil dari Nuffnang ni, terima kasih kepada para sahabat yang sudi berkunjung ke blog aku dan terima kasih daun keladi kepada Mr Nuffnang atas segala-galanya...

Sabtu, 17 Mac 2012

Norgadis Di Majlis Anugerah Avon GC Dan SL 2012



Majlis Anugerahan & Pengiktifafan Avon GC Dan SL 2012 berlangsung di Golf Club WP Labuan pada 17 Mac 2012.


Hadiah kehadiran, set rantai dan anting-anting

Jam meja, hadiah kumpulan terbaik aktiviti membina "AVON"


Ingatkan persembahan, rupanya pertandingan, orang lain berkaroeke aku seorang saja yang baca puisi. Maklumlah permintaan mendadak mewakili UE...


Alhamdulillah... aku mendapat tempat kedua persembahan wakil UE. Aku baca puisi karya kusendiri yang bertajuk "Avon Pasti Boleh!" (Puisi pun dicipta memdadak)


Hadiah hamper barangan Avon. Bernilai... (tak Tau aku)




Plak dan pin Unit Executive (UE) 2012 yang aku dapat


Penerima Plak dan pin Unit Executive (UE) 2012

Selasa, 13 Mac 2012

Kursus Membuat Mee

10 hingga 12 Mac yang lepas, aku mengikuti Kursus Membuat Mee Anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Selatan. Kursus dihadiri oleh lebih kurang 30 orang peserta dari wakil Unit masing-masing. (Macam serius saja bunyinya hahaha)


Adunan perlu disebatikan dan dinipiskan


Adunan perlu dilipat dengan betul


Adunan mee akan dipotong mengikut panjang mee yang dikehendaki


Mee yang telah dipotong akan disidai terlebih dahulu


Membungkus mee


Penyampaian sijil dan mee dari En Mat Saleh (Tenaga pengajar)


Bergambar kenang-kenangan bersama tenaga pengajar, pembantu, peserta dan ahli Peladang WP Labuan