Jumaat, 17 November 2017

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 26


Salam jumaat. Syukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan untukku bernafas dan masih meminjamkan kanda Abbas Mahmud utk mengikat sebuah kasih yang terjalin hingga mencapai ke 26 tahun hari ini 17 November 2017. Moga ikatan kasih ini diberkat Allah dan tetap kukuh hingga ke syurga Firdaus aamiin.

Rabu, 15 November 2017

Antologi KATIL 21, Buku Antologiku ke 43

Salam buat semua sahabat blogger.  Lama rasanya tak berkunjung ke blog ini, kadang terasa rindu juga dengan sahabat-sahabat blogger, saling menjalani kasih sayang dengan cara tersendiri, namun masa dan tugasan sentiasa mencemburuku.  Maafkan aku sahabat, bukannya melupai kalian. InsyaAllah kalau ada masa aku pasti ada di sini.
 

Buat tatapan para sahabat, ini adalah buku antologiku yang ke 43

Buku ini telah lahir pada 1 November yang lalu.  Ada puisiku di dalamnya.  Terima kasih Penyelenggara sdr Zarir Ali, sdri Melor, sdr Aizamin dan semua sahabat yang terlibat dalam menjayakan antologi ini.  Kita tunggu pula kelahiran buku antologiku yang ke 44.