Jumaat, 17 November 2017

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 26


Salam jumaat. Syukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan untukku bernafas dan masih meminjamkan kanda Abbas Mahmud utk mengikat sebuah kasih yang terjalin hingga mencapai ke 26 tahun hari ini 17 November 2017. Moga ikatan kasih ini diberkat Allah dan tetap kukuh hingga ke syurga Firdaus aamiin.

Rabu, 15 November 2017

Antologi KATIL 21, Buku Antologiku ke 43

Salam buat semua sahabat blogger.  Lama rasanya tak berkunjung ke blog ini, kadang terasa rindu juga dengan sahabat-sahabat blogger, saling menjalani kasih sayang dengan cara tersendiri, namun masa dan tugasan sentiasa mencemburuku.  Maafkan aku sahabat, bukannya melupai kalian. InsyaAllah kalau ada masa aku pasti ada di sini.
 

Buat tatapan para sahabat, ini adalah buku antologiku yang ke 43

Buku ini telah lahir pada 1 November yang lalu.  Ada puisiku di dalamnya.  Terima kasih Penyelenggara sdr Zarir Ali, sdri Melor, sdr Aizamin dan semua sahabat yang terlibat dalam menjayakan antologi ini.  Kita tunggu pula kelahiran buku antologiku yang ke 44.

Selasa, 16 Mei 2017

Selamat Hari Guru


Sabtu, 13 Mei 2017

Menghadiri Mesyuarat Agung GAPENA Ke-46

Aku (Ben), anakku Nurzafirah Nadirah (Ahli PERWILA), cikgu Hj Othman Mahali (K1),  Mohd Syaifudin Duakim (P/SU), pacik Hj Suili (AJK) dan Kak Rokian (Juru Audit) selaku wakil PERWILA menghadiri Mesyuarat Agung GAPENA Ke-46 yang diadakan di Hotel Midah, Kuala Lumpur.

Santai-santai saja, jangan stress...

Sabtu, 22 April 2017

Hadiah Sastera PERWILA 2014/2015


Syukur Alhamdulillah.... 

Buku Kumpulan Puisi saya 'MAWAR MERAH mendapat hadiah penghargaan. Manakala Cerpen yang berjudul 'ADIK TAK SEMPAT' mendapat hadiah ketiga dan puisi yang berjudul 'HARAPAN' juga mendapat hadiah ketiga. 

Terima kasih kepada PERWILA dan semua hakim penilai. Tahniah juga kepada sahabat saya Maharatu Rafidah Mohamad, Gabriel Kimjuan, Sani La Bise, Aizamin Abd Aziz, Hjh Hasnah Sambas dan Hj Suili Bakar. Hadiah disampaikan pada 22 April 2017

Sabtu, 8 April 2017

Norgadis Labuan dan Muhammad Hafiz Syakirin

 
Rehat kejap di Nilai bersama Muhammad Hafiz Syakirin

 Bersama cucu nenda #MuhammadHafizSyakirin di Terminal 2, Seremban NS.


Jumaat, 7 April 2017

Cantiknya Shawl Eyelash


Hari terakhir di Beads N Borders utk minggu ini. Sempat bergambar dgn Shawl Eyelash terbaharu yg cantik

Beads N Borders di Setapac Point, Kuala Lumpur ada jual Shawl Eyelash ni