Selasa, 22 Mei 2012

Bayaran Rakaman RTM Labuan FM Dah Masuk

Syukur alhamdulillah, dalam tak sedar (lain saja bunyinya) bayaran rakaman RTM Labuan FM telah lama masuk akaun maybank aku.  Tiba-tiba tergerak nak tengok akaun maybank 2U, tengok punya tengok ada RM 500 masuk dalam akaun, setakat ni yang ada cal buat payment pun taklah sebanyak itu.  Aku terus cal penerbit Gemersik Citra Suara Hati, Puan Salbiah Ajis, sah memang bayaran rakaman puisiku telah dibayar,  Happylah, RM500 untuk 5 buah puisi.  Kalau dah dapat duit tu, tiada lain nak fikir, memang nak belanja keluarga makan kat luar.

 
Wathiqah mau makan ais cream 

 
Makan pizza

 
Apa yang penting anak-anak happy

Ahad, 20 Mei 2012

Sukanneka Tadika MAWIP 2012

Wathiqah bersama sahabat karibnya Wani 

Bergambar di Kemah Tadika Al-Iman Layang-Layangan 

Kami sekeluarga ikut hadir sama...

 
 
Sukaneka Empat Buah Sekolah Tadika Islam 

 
 Jom Lari... 

 
Dah letih, minumlah Oligo percuma. 
Walaupun hadiahnya kecil tapi Wathiqah tetap happy...

Ahad, 13 Mei 2012

Mug Wajahku Hadiah Hari Lahir

Anak aku N Athirah baru sampai dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor semalam. Cuti semester sebulan, terubat juga rindu dihati. Sesampai di rumah, aku dihadiahkan mug berwajah aku sendiri sempena hari lahirku bulan april lepas, terharu pula rasanya, apa pun terima kasih buat Puteri, moga kejayaan sentiasa bersamamu (mcm DG pula ya.. hehehe :) )

Aku dan Blog...

Aku dan bekas tunangku 

Aku dan keluarga

Rabu, 9 Mei 2012

Pesta Air Labuan 2012

28-30 April 2012 
Aku kongsi gambar ikan yang dorang dapat saja ya untuk tatapan kalian semua...
 

Isnin, 7 Mei 2012

Pisang Oh Pisang

Pokok Pisang Bertandan Empat
MOHD. SAPUAN dan isterinya menunjukkan pokok pisang lemak manis (dalam bulatan) yang mengeluarkan empat tandan pisang di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun, Klang.

KLANG - Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah. Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu. Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing. "Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Tandan Pisang Kepok Dua Meter, Rasa Buah Beda-beda
BENGKULU--Sebatang pisang batu atau kepok tumbuh unik di Bengkulu. Yang membuat unik karena pohon itu berbuah dengan tandan sepanjang lebih kurang dua meter. Pohon pisang tersebut milik warga Jl Padat Karya 28 Kelurahan Lingkar Timur Kota Bengkulu. Cici Kurnaisih (58) pemilik pohon pisang tersebut, Jumat, mengatakan pohon pisang yang ditanamnya tersebut berjenis pisang batu atau pisang kepok, namun setelah berbuah dengan tandan sepanjang lebih kurang dua meter ini malah mirip pisang raja sri. "Sebelumnya saya berniat membuang jantung pisang tersebut karena selain dapat disayur dan tandannya cukup panjang, namun niat itu saya urungkan.
Akhirnya begini jadinya setelah berbuah tandannya hampir dua meter," katanya. Ia mengakui, ketika hendak memotong jantung pisang ini perasaannya tidak enak sehingga rencana pembuangan jantung pisang itu ditunda hingga keesokan harinya, namun setelah sampai di rumah ia sakit hingga satu minggu. Sementara itu Yusila (39) anak Cici Kurniasih mengatakan di antara buah pisang tersebut ada yang masak dan ketika diambil tiga buah dan mencicipi rasanya berbeda-beda ada yang manis seperti madu, ada yang asam dan ada juga yang tawar. "Ketika diambil oleh anak saya tiga buah rasanya berbeda-beda," katanya. Ia mengatakan belum ada rencana jika buah pisang tersebut matang akan dimakan bersama keluarga dan dibagikan ke tetangga meski jumlahnya cukup banyak atau mencapai ratusan.

Bahan: Meja Bulatku

Jumaat, 4 Mei 2012

Remaja 14 Tahun Ketagih Susu Botol

 Farah Sauffiah menyusu botol walaupun ketika menyiapkan kerja sekolahnya.


SEREMBAN – Seorang pelajar ketagih menghisap susu botol meskipun usianya kini mencecah 14 tahun. 
Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.

Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah.

Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.

“Rasa susu yang sedap membuatkan saya kurang berminat dengan minuman lain dan kadangkala saya tidak makan nasi seharian, sebaliknya hanya menyusu sahaja.

“Menghisap susu botol sudah menjadi rutin seharian. Meskipun tidak kena pada usia, saya tetap akan menyusu sampai bila-bila,” katanya.

Menurutnya, tabiat menghisap susu botol diketahui rakan sekolahnya namun dia tidak pernah diejek rakan meskipun ia nampak pelik dan janggal.

“Kawan sekolah tahu saya hisap susu botol tetapi mereka tidak pernah ejek dan perli saya.

“Saya juga tak rasa malu dan tidak kisah diejek rakan. Saya bersyukur kerana ibu bapa memahami keinginan saya dan masih membeli susu untuk saya sehingga sekarang,” katanya.

Sementara itu, ibu Farah Sauffiah, Latifah Ariffin, 47, berkata, dia memperuntukkan RM80 sebulan membeli susu tepung untuk anaknya itu.

“Anak saya akan menghabiskan susu tepung sebanyak dua kilogram setiap bulan. Kos ini tidak termasuk botol susu yang perlu diganti baru.

“Pernah sekali saya tidak membeli susunya dengan harapan dia berhenti menyusu tetapi dia sanggup ke kedai membeli susu dengan duitnya sendiri,” katanya.

Menurutnya, Farah Sauffiah menghisap susu botol sejak berhenti menyusu badan ketika berusia 5 tahun.

“Sebaik berhenti susu badan, dia menghisap susu botol sehinggalah ke hari ini walaupun telah dinasihatkan supaya berhenti menyusu.

“Anak saya menyusu hampir setiap jam dan setiap kali mahu tidur, dia akan pastikan menghisap susu botol sehingga tertidur,” katanya.

Latifah berkata, suaminya pernah membaling botol susu anaknya itu di jalan depan rumah mereka.

“Suami saya bertindak begitu kerana mahu melihat Farah Sauffiah berhenti menghisap susu botol tetapi malangnya, anak saya sanggup mengutipnya semula.

“Kami sudah tidak ada cara untuk memberhentikan tabiat Farah Sauffiah kerana dia masih juga menghisap susu botol sehingga sekarang,” katanya.  Menurutnya, pernah sekali mereka berjumpa dengan bomoh tetapi masih menemui jalan buntu.

Bahan: Meja Bulatku