Sabtu, 27 November 2010

KISAH BENAR BADAN BERTUKAR MENJADI ULAR


Erin (bukan nama sebenar) adalah seorang executive disebuah syarikat pembekal barangan automotif di Shah Alam.

Baru bekerja tak sampai setahun tapi popularitinya cukup hebat, macam super star kat kilangnya tu.... bukan sebab dia cantik...bukan sebab body baikkk...tapi sebab dia seorang yang cukup ceria... disenangi oleh semua orang.

Erin ni kerjanya banyak terbabit dengan aktiviti luar, jumpa orang sana, jumpa orang sini (kononnyalah)...so memang jaranglah ada kat opis....kalau tengok punch card banyak kosong dari berisi, tapi orang tak cakap apa... sebab dia kan banyak kerja luar.... memang 'nature' kerja dia cam tu...

Satu hari tengah sedap si Erin menteke darah kat luar (time kerja)... dia rasa gatal kat lengan. Dia garu... lepas tu gatal pula kat paha. .. dia garu lagi... sudahnya satu badan naik gatal.

Mulanya dia ingatkan elergik dengan makanan tapi sampai 3-4 hari gatalnya tu makin menjadi-jadi. Beberapa bahagian badan kulitnya dah menebal, semacam kurap dah rupanya.

Si Erin mula menggelabah, dengan bantuan beberapa member, si Erin di bawa berjumpa dengan sorang pawang kat ulu puchong...time tu separuh kaki dia dah tumbuh sisik...

Sepanjang perjalanan ke rumah pawang tu si Erin menangis tak henti. Sampai kat rumah pawang Erin dah tak boleh berjalan...sampai ke dada dah bersisik....

Tanpa berlengah pawang terus menggelupur membaca mentera... cuba nak selamatkan Erin yang kononnya terkena badi ular. Makin kuat pawang menggelupur makin cepat bahagian badan Erin bertukar jadi bersisik macam ular. Sudahnya sisik semua dah merayap sampai ke
muka. Seluruh tubuh Erin makin pedih. Rasa gatal yang teramat sangat terasa bagaikan tak dapat dibendung lagi.

Erin menjerit sekuat hati, pawang kat sebelah dah pengsan, cuma bayangan ular yang memenuhi ruang bilik tersebut. Asap berkepul-kepul keluar dari ubun kepala Erin. Tiba - tiba satu imej manusia terhasil daripada kepulan asap yang keluar dari kepala Erin tu...

'Ehh... boss? Tolonglah saya boss, saya janji tak mau 'ngular' dah. Lepas ni saya buat kerja bebetul, kalau boss nak sumpah jadi ular pun sumpahlah... orang yang tengah baca ni... dia pun ngular juga tu.... he.. he. ...he... (Jangan marah, sekadar hiburan)

Khamis, 25 November 2010

Ular Dan Anak Kucing

Pagi-pagi lagi kakak ipar aku Syimona call kat rumah. Kebetulan abang yang angkat telefon. Rupa-rupanya ada ular dalam kandang kucing dia. Aku terus ikut abang ke sana sambil membawa kemera hadiah hari lahir bulan april yang lepas.


Ada 2 ekor anak kucing yang masih tidur bersama ular (manjanya anak kucing tu)


Ular tu dah makan 3 ekor anak kucing sebelum tertidur


Ini aktiviti menjerat kepala ular yang dilakukan oleh abang


Ular telah berjaya dikeluarkan dari rumah kucing


Opps! tiba-tiba bomba datang


Ringan sikit kerja abang bomba ni, cuma tinggal masukkan ular ke dalam karung je. Tamat cerita ular dan kucing hari ini. Untuk peringatan, kalau ada ular... panggillah bomba, mereka ni bukan saja pandai memadam api tapi pandai juga memasukkan ular ke dalam karung hehehe... jangan marah ya...

* Hari ahad pagi pergi Lamidan, Sabah, mengahadiri kenduri kahwin sepupu aku. Selamat Bercuti Dihari Minggu...

Rabu, 24 November 2010

Raya Aidiladha Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Kebetulan ulang tahun perkahwinan aku dan abang ( suami aku @ bekas tunang @ kekasih @ sahabat... banyaknya...) ulang balik.... Kebetulan ulang tahun perkahwinan aku dan abang yang ke 19 jatuh (kenapa pula jatuh) pada 17 november yang lepas yang merupakan tarikh raya korban tahun ni. Oleh kerana tarikh penting tu sama dengan tarikh raya, aku sekeluarga pun berayalah.... hahaha.... (kalau tak sama tak rayakah?) tak tau apa nak kata, layan je gambar ni...

Ini kek ulang tahun perkahwinan ke 19

Jom potong kek

Pegang kuat2 supaya tak cabut lari hehehe...

Tunggu giliran nak ambil makan (sabar jelah...)

Orang sibuk nak makan, Wathiqah sempat pula main game

Abang sedang makan ketam tu...

Nurfatihah Athirah dan Nuratikah Nazurah

Nurzafirah Nadirah dan Nurwathiqah Masturah

Sesi merebut makanan hahaha...

"Kita sama" itulah kata2 Wathiqah setiap kali menemukan pipinya dipipiku (Manja sangat)

Rabu, 17 November 2010

Norgadis Contest 2, Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 19 tahun

Sempena ULANG TAHUN PERKAHWINAN aku hari ini 17 November 2010 yang ke 19 tahun bersamaan hari raya aidiladha untuk tahun ini. Aku buat contest yang ke 2 untuk follower blog aku dan follower blog suami. (Berpasangan hehehe...)

Hanya seorang pemenang yang dicari...
Inilah hadiahnya...

Contest ni mudah saja, jom kita tengok syarat-syaratnya...

  1. Perlu ada blog sendiri
  2. Mesti jadi follower blog aku http://norgadis.blogspot.com/ dan follow juga blog suami aku http://nurabbas.blogspot.com/
  3. Letakkan banner "Norgadis Contest 2" di sidebar blog anda sepanjang contest ini dan linkkan ke entri ini.
  4. Tulis entri mudah tentang contest ini dan jawab 2 soalan dari aku. Tinggalkan link entri berserta jawapan korang di ruangan komen ini.
  • Soalan 1. Berapa orangkah anak perempuan aku
  • Soalan2. Berapa orangkah anak lelaki aku

* Jika ramai yang mempunyai jawapan yang tepat, pemenang akan dipilih secara cabutan ...

Norgadis Contest 2 bermula pada hari ini 17 November 2010 dan berakhir pada: 17hb December 2010, jam 12.00 malam.

Aku tunggu penyertaan dari kalian...Sekian, terima kasih!

Senarai Nama Peserta Contest Ada Di Sidebar Blog Ini, Jika Ada Nama Yang Tercicir, Sila Beritahu Saya Di Ruang Komen Entri Ini.

Selasa, 16 November 2010

Salam AidilAdha



Selamat menyambut hari raya aidiladha / korban / haji kepada para sahabat yang sering berkunjung ke blog aku. Kepada yang menunaikan haji di mekah, semoga dipermudahkan segala urusan ibadah semuanya dan semoga mendapat haji yang mabrul. Doa dan harapan untuk kita semua... moga kita semua akan sentiasa diberkati Allah swt bersama...

Sabtu, 13 November 2010

Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara Labuan

Sabtu 13 November 2010, jam 8.00 pagi aku dan suami menghadiri Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara Labuan di Dewan Perbadanan Labuan. Majlis ini diadakan adalah untuk memberi anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
Alhamdulillah, ketiga-tiga anak aku yang bersekolah SMK Mutiara Labuan terpilih untuk menerima anugerah motivasi pada pagi itu.

Nurfatihah Athirah dari tingkatan 5 HBS

Nurzafirah Nadirah dari tingkatan 3 CST

Nuratikah Nazurah dari tingkatan 1 HBS, (Terbaik Mata Pelajaran Matematik)

Persembahan Silat Menyambut Ketibaan Ahli Parlimen WP Labuan

Majlis dirasmikan oleh YB. Kol (K) Haji Yussof Bin Haji Mahal, Ahli Parlimen WP Labuan yang turut memberi sumbangan cek bernilai RM 5,000.00 kepada Puan Hajjah Zam-Zam Binti Hj. Abdul Rashid (Pengetua) untuk kegunaan SMK Mutiara Labuan.

Selasa, 9 November 2010

Majlis Konvokesyen Tadika-Tadika Islam MAIWP, 2010

Anak aku Nurwathiqah Masturah dan aku suami isteri mendapat jemputan Majlis Konvokesyen Tadika2 Islam MAIWP peringkat WP Labuan di Dewan SRJK (C) Chi Wen, WP Labuan pada 9 November 2010 bersamaan 2 Zulhijjah 1431H. Di WP Labuan, terdapat 4 buah tadika islam iaitu:
  1. Tadika Islam Al-Iman Layang-Layangan
  2. Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru
  3. Tadika Islam Membedai
  4. Tadika Islam Nurul Iman

Kad jemputan pun lumayan...

Bacaan ayat suci Al-Quran dari salah seorang anak didik Tadika Islam WP Labuan membuat aku terharu.

Persembahan Nasyid

Aku hadir memberi sokongan

Nurwathiqah Masturah bersama hadiah kehadiran. Wathiqah yang berusia 4 tahun ni, masih menyambung sekolahnya di Tadika Islam Al-Iman, Layang-Layangan selama 2 tahun lagi sebelum masuk ke sekolah rendah.

Cerianya anak2 comel ni...

Ada 2 orang anak saudara aku Balqis dan Afzah yang akan menamatkan persekolahan mereka di Tadika Islam ini.

Bergambar ramai...

Isnin, 8 November 2010

Cek Nuffnang Dan Topup

Gambar surat je, cek dah bank in, lupa pula nak ambil gambarnya

Baru-baru ini aku dapat cek nuffnang lagi. Cek kali ini adalah cek kedua yang pernah aku terima dari nuffnang, terima kasih aku ucapkan kepada semua sahabat yang berkunjung ke blog aku dan terima kasih juga kepada Mr Nuffnang atas kiriman cek ini. . Terima kasih daun keladi hehehe...


Gambar hiasan, buat sendiri hahaha....

Ini apa pula? Meh aku cerita, baru-baru ini aku di tag oleh anak aku N Athirah untuk join contest ~Teka Teki Dik Rizki~. Untuk tidak menghampakannya... aku pun joinlah... tak disangka tak diduga, aku telah memenangi hadiah saguhati kerana menjadi follower ke 100 di blog sallcontest.
Terima kasih banyak-banyak untuk Sall atas hadiah yang telah diberi untuk aku. Nanti bolehlah buat contest lagi...

Nak cerita sikit ni, hadiahnya topup RM 5. Handphone aku tu jenis berdaftar, jadi hadiah tu telah kuberikan kepada anak aku N Athirah yang tag aku untuk join contest tu. Memang dah rezeki dialah tu...

Sabtu, 6 November 2010

Majlis Penyampaian Bengkong Silat Gayong Di SMK Mutiara Labuan

Majlis Perlimau Tapak/Seni telah berlangsung semalam jumaat 5 November 2010, di SM Sains Labuan, manakala Majlis Penyampaian Bengkong Silat Gayong telah diadakan pagi tadi di SMK Mutiara WP Labuan. Jom kita layan gambar2 ini...




Sempat pula kedua-dua anak aku ini diminta untuk membaca puisi


Anak sulong aku Nurfatihah Athirah (17) menerima sijil dan bengkong merah


Anak kedua aku Nurzafirah Nadirah (15) juga menerima sijil dan bengkong merah


Anak ketiga aku Nuratikah Nazurah (13) menerima bengkong putih





Hanya 2 orang pesilat wanita dari SMK Mutiara yang mendapat bengkong merah. Selain daripada mereka berdua ini, ada seorang lagi anak aku yang iaitu Nuratikah Nazurah (13) anak aku yang ketiga telah mendapat bengong putih hari ini. Nuratikah Nazurah merupakan pelajar yang baru masuk silat Gayong pada awal tahun 2010.


Persembahan silat yang menggunakan senjata pisau


Bersedia...


Ini dua-dua anak aku


Bergambar ramai


Anak-anak aku bergambar dengan Guru Silat Gayong Tuan Haji Amin Hamzah. Dari kiri Nuratikah Nazurah (13), Nurfatihah Athirah (17), Tuan Haji Amin Hamzah dan Nurzafirah Nadirah (15)

Akhir sekali, kami bergambar sekeluarga, cuma abang yang tidak bersama kerana bertugas.