Ahad, 28 Jun 2009

Untuk Renungan Bersama

Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau,bahawa sesungguhnya setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan menghalang pahala amal ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.

1. Langit pertama: Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji

2. Langit kedua: Bermegah dengan kebendaan - pangkat,jawatan,wang,nama,ilmu dan sebagainya

3. Langit ketiga: Takabbur - seorang yang sombong,bongkak,merendahkan orang lain

4. Langit keempat: 'Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri

5. Langit kelima: Hasad dan dengki - seorang yang hasad, dengki, cemburu kejayaan orang,iri hati dan sebagainya

6. Langit keenam: Tidak bersifat rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang kepada semua makhluk

7. Langit ketujuh: Riak - seorang yang suka memperlihatkan 'amal, menunjuk-nunjuk,mencari pujian manusia

Setelah pahala amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di tujuh lapisan langit tersebut, maka pahala amalan seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt. Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat "Kamu semua penjaga amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu". Sebenarnya amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-mata,maka laknatkan ke atasnya". Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya.

Diterima daripada Sahabat Tagged (NzN)

Khamis, 25 Jun 2009

Mengendali Blog

Selain daripada saya mengurus blog saya yang tidak seberapa ini, saya turut mengurus atau mengendalikan blog untuk Persatuan Penulis Wil Per Labuan PERWILA bersama ketua 2, En. Sahar Misron dan Setiausaha En. Yahya Ahmad Puteh. Semoga dengan adanya blog ini akan memudahkan dan memberi manfaat kepada penulis WP Labuan.

Blog Persatuan Penulis Wil Per Labuan PERWILA


Dan ini Blog Saya....Dan boleh juga berkunjung ke http://www.tagged.com/norgadis

Hakikat Ilmu

SUATU hari ketika seorang hamba membuka sebuah buku yang membincangkan mengenai iman, tanpa disengaja tajuk taubat menjadi pilihannya. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap perkataan yang dibaca dan akal berfikir kebenarannya. Akhirnya dia berkata: “Alangkah jauhnya penyelewengan yang sudah aku lakukan selepas Allah memberi petunjuk kepadaku suatu masa dulu.” Tetapi dalam penyesalan itu muncul satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, bahawa betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang lama hilang daripada jiwanya. Ada sedikit kebenaran pada perkataan sebahagian ahli makrifah yang bermaksud, ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat. Kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya. Berbanding dengan seseorang yang berasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa berasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan melampau atas nama ilmu dan amal. Selepas menyedari keadaan seperti itu, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang boleh membawa kepada kefahaman dan penghayatan sebenar mengenai diri kita, Allah dan tabiat dunia yang fana ini.

Hakikat ilmu itu, ia datang dan pergi, sehingga Rasulullah SAW pernah mengingatkan sahabat dengan satu perumpamaan yang bermaksud: “Ikatlah ilmu itu kerana ia terlalu cepat hilang berbanding unta yang terikat.


Diterima daripada sahabat Tagged (NzN)

Selamat Ulang Tahun Wathiqah Ke 3 Tahun

24 Jun 2009



Sambutan Ulang tahun anak bongsu saya, kami raikan bersama keluarga dengan makan malam di salah sebuah restoran segera di WP Labuan.

Selasa, 23 Jun 2009

Wasiat nabi buat muslimah sejati

SAIYIDATUNA 'Aisyah r.a meriwayatkan : Bahawa Rasulullah s.a.w (mafhumnya), "Hai 'Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini".

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut:
Hai, Aisyah, pilaharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu :

(a) tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar;

(b) tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya (mensyukuri nikmat);

(c) mengkufurkan nikmat;

(d) membanyakkan kata-kata yang sia-sia;


Wahai, Aisyah, ketahuilah :
(a) bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya;

(b) bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya;

© bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat;

(d) bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami- nya (yang harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada
dua kakinya di dalam neraka;

(e) bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya;

(f) bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapa pun;

(g) bahawa wanita yang berzina akan diderakan di di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina dengan delapan puluh cemeti daripada api;

(h) bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahla seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah;

(i) bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;

(j) bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fi sabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah.


Diterima dari sahabat Tagged (NzN)

Jumaat, 19 Jun 2009

FADZILAT ZIKIR

20 fazilat zikir yang diperolehi oleh orang-orang yang berzikir apabila orang itu benar-benar mengerjakan zikirnya menurut cara yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.

1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal soleh ini.

2. Menghasilkan rahmat dan hidayah Allah.

3. Memperolehi sebutan dari Allah di hadapan hamba-hamba yang pilihan.

4. Membimbing hati dengan mengingat Allah dan menyebut Allah.

5. Melepaskan diri dari azab.

6. Memelihara diri dari gangguan syaitan khannas dan membentengi dari maksiat.

7. Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi Allah.

9. Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan keruhan jiwa.

10. Menghasilkan tegaknya satu rangka dari Iman dan Islam.

11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan di hari kiamat.

12. Melepaskan diri dari penyesalan.

13. Memperolehi penjagaan dan pengawalan dari para malaikat.

14. Menyebabkan Allah bertanya kepada para malaikat yang menjadi utusan Allah tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.

15. Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk berserta orang-orang yang berzikir, walaupun orang yang turut duduk itu orang yang tidak berbahagia.

16. Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan meperolehi kebaikan.

17. Menghasilkan keampunan dan keredhaan Allah.

18. Menyebabkan terlepas dari suatu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tidak mahu menyebut Allah (berzikir) dihukum orang yang fasik.

19. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.

20. Menyebabkan para Nabi-nabi dan orang-orang Mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi.


Diterima dari sahabat Tagged

Jumaat, 12 Jun 2009

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..
Berhati2 semua terutama para wanita.
Bahaya....!!!
Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.
" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.


Diterima daripada Mazuin (kawan Tagged)

Dari Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita

Rabu, 10 Jun 2009

Sabtu, 6 Jun 2009

Kata Imam Ghazali

Imam Ghazali; Apakah yg paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1; Orang tua

Murid 2; Guru

Murid 3; teman

Murid 4; Kaum kerabat

Imam Ghazali; Semua jawapan itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah al imran:185)


Imam Ghazali; Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Murid 1; Negeri Cina

Murid 2; Bulan

Murid 3; Matahari

Murid 4; Bintang-bintang

Imam Ghazali; Semua jawaban itu benar. tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Imam Ghazali; Apa yang paling besar di dunia ini?

Murid 1; Gunung

Murid 2; Matahari

Murid 3; bumi

Imam Ghazali; Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Imam Ghazali; Apa yang paling berat di dunia?

Murid 1; Baja

Murid 2; Besi

Murid 3; Gajah

Imam Ghazali; Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-azab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah swt sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali; Apa yang paling ringan di dunia ini?

Murid 1; Kapas

Murid 2; Angin

Murid 3; Debu

Murid 4; Daun-daun

Imam Ghazali; Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


Imam Ghazali; Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab; Pedang

Imam Ghazali; itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Kawan

Bukan "1"
tapi berjuta.....

Bukan untuk diguna
tapi untuk dijaga......

Bukan untuk dimusuhi
tapi untuk disayangi.......

Bukan untuk sementara
tapi untuk selamanya.......

Bukan untuk dilupakan
tapi untuk diingati........

Bukan untuk ditingalkan
tapi untuk dirindui........

Bukan hanya disini
tapi dimana-mana.......

Bukan setakat ini
tapi hingga ke hujung nyawa......

Isnin, 1 Jun 2009

Berkelah Di Pantai Pancur Hitam


Sudah lama tidak berkelah bersama keluarga, pagi tadi kami mengambil kesempatan berkelah di Pantai Pancur Hitam sempena cuti sekolah dan cuti ganti untuk perayaan pesta menuai yang jatuh pada hari sabtu dan ahad...

Walaupun perkelahan kali ini tidak diselitkan dengan acara mandi laut namun keseronokan tetap juga terasa. Pada awalnya memang ada bercadang hendak mandi laut seperti perkelahan sebelum ini, tetapi setelah dinasihatkan supaya jangan mandi laut kerana khuatir terdapatnya banyak anak obor-obor (balung) yang mungkin akan membawa bahaya kepada sesiapa yang mandi, maka niat untuk mandi laut terpaksa dibatalkan.

Seperti biasa, kami tidak akan bersendirian berkelah di pantai, kami selalunya ditemani oleh kakak ipar saya Syimona dan keluarganya. Nampak seronok saja mereka membina istana pasir.