Sabtu, 29 Oktober 2011

Aku Dihari Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsan Peringkat WP Labuan


YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal (Ahli Parlimen Labuan) menyempurnakan pelancaran tiga buah buku terbitan PERWILA dan sebuah Novel Syaakur Pejuang Dua Dunia karya ahli PERWILA, sdr Resmanshah yang telah diterbitan oleh PTS.


YB Datuk menandatangani buku besar sebagai tanda penyempurnaan pelancaran tersebut.


Aku, anak aku N Athirah dan rakan-rakan penulis yang lain menerima buku dari YB Datuk sebagai penghargaan kepada penulis.



Antara buku yang dilancarkan waktu itu ialah Antologi Cerpen PELURU CINTA VICTORIA, Puisi SETIA MENGALIR, Antologi Cerpen Remaja AARRGGHH KANTOINYA AKU!! dan Novel SYAAKUR PEJUANG DUA DUNIA.


Antologi cerpen PELURU CINTA VICTORIA telah dicetak kali kedua dalam tahun ini. PERWILA juga pernah melancarkan buku terbitan PERWILA pada tahun 2009 iaitu buku antologi puisi SEPULAU SEKASIH KITA.


Jualan buku...


Dari kanan Hj Othman Mahali bendahari PERWILA, diikuti pengarah DBP Sabah dan YB Datuk Yussof Hj Mahal.


Akhir sekali, ibu happy Wathiqah pun happy juga hehehe...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Nak Kek Coklat, Nak Kek Coklat


"Wathiqah nak kek coklat... nak nak nak... nak juga..." Katanya sambil memujuk. Macam nak buat cerpen pula. Tapi memang itulah yang diluahkannya, manja betul anak aku tu... Aku pun jawab "Oklah, nanti ibu buatkan". Bukan main happy lagi dia...


"Seronoknya seronoknya seronoknya..." senyum memanjang masa tu... Nasib baik bahan dah sedia ada, buat pun ekspress je... janji ada hehehe...


Kek coklat dah siap...


Tak sampai sehari, tinggal tu je lah, mulut tangan semua bercoklat, lupa pula ambil gambar masa tu. Bukan main seronok lagi dia makan bersama kakak-kakaknya...

Kacang Belibit Atau Kacang Botol


Kacang Belibit yang kutanam dah berbuah, yang besar tu buah pertamanya, seronok rasanya pabila tanaman kita dah berbuah.


Kacang Belibit panggilan kat Labuan, ianya juga dipanggil kacang botol. kalau jawa panggil kecipir (mungkin) dan kalau orang Kedah panggil kacang kelisa (betulkan aku kalau silap)


Kacang Belibit Atau Kacang Botol ini sedap dimasak tumis belacan (goreng belacan) atau masak lemak tapi aku suka buat ulam. Nyam nyam nyam...


Pucuknya kalau dimasak tumis bersama udang pun sedap. Masak tumis tu samalah seperti goreng belacan. Pernah cuba tak?


Kacang Belibit aku ni jenis besar, walaupun buahnya besar tapi masih muda. Jom ramai-ramai tanam kacang belibit, kalau nak makan tak payah beli, percuma je...

Selasa, 25 Oktober 2011

Bersantai Di Pancur Hitam


Lama dah tak berkelah, akhirnya aku dan keluarga membuat keputusan mendadak berkelah di pantai Pancur Hitam berdekatan dengan Kg. Pohon Batu ahad lepas. Kalau berkelah minggu ni, aku sibuk dengan aktiviti PERWILA, kalau buat minggu depan, anak aku si Puteri dah balik kolej kat Selangor. Itu yang buat mendadak, tak kisahlah janji pergi pantai hehehe...


Macam orang sambut birthday pula, tiba-tiba time makan baju dah tukar color, huhuhu... aku lepas mandi laut tu..


Si Puteri dan Atikah ni memang rapat tapi dah yang kakak belajar jauh, jaranglah dapat bersama. Wathiqah lepas mandi laut, sejuk... terus masuk khemah sambil makan kek coklat.


Sempat pula kanda dan Zafirah ni buat latihan silat, aku tengok je, maklumlah dah bersara dalam dunia persilatan, hahaha... (biar betul)


Ini anak kecil aku Wahiqah dan anak saudara aku Adam Qais yang manja...

Aku Happy! Blog Aku Dah Sembuh.



Salam sahabat blogger semua, blog aku dah ok, dah kembali ke wajah asalnya. Happy happy happy aku memandangnya. Terima kasih kepada... tehr , Admin, khairul, HAW , Kak Imun, Wanie Anina , Dinar, thomas , ibnuismaini, Seri Bahasa kerana telah sudi memberi komen, pendapat serta bantuan. Terima kasih juga kepada yang sudi memberi komen diruang shoutmix saya, perhatian kalian amat saya hargai...


Terima kasih sekali lagi buat kalian, terasa ramai blogger berada disisi saat aku memerlukan, huhuhu... terharu pula rasanya (aku yang perasan) Oppst! Dah dah dah... tak perlu nangis, blog dah ok, aku mesti happy hari ini.

Dengar khabar dari berita alam maya, puisi aku terpilih antara 3 puisi terbaik, aku happy...

Buku Peluru Cinta Victoria cetakan kedua akan dilancarkan pada 29 oktober ni oleh YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal, ada cerpenku didalamnya, aku happy...

Aku baru klim nuffnang, sebulan dua datanglah cek, aku happy lagi...

Syukur atas segalanya. Ya Allah, moga kegembiraanku ini tidak membuat aku lalai dari mengingati-MU Amin...

Ahad, 23 Oktober 2011

Apa Hal Blog Aku Ni? Tolong Tolong!!

Selalu aku tengok kalau buka blog aku ni macam gambar kat atas tu lah, tapi sekarang kalau aku buka blog kat laptop aku ni, dia dah jadi macam kat bawah tu pula...


Nampak putih, tiada latarbelakang langsung... huhuhu...


Sedih tengok, reka letak pun lurus je ke bawah, tiada sidebar langsung, siapa boleh tolong ni. Malas betullah aku nak nengok blog aku ni. Sakit kepala. Dah cuba juga tukar tamplate tapi tak berkesan langsung. Bukan saja blog utama, malah blog yang lain pun kena, hanya sudut foto dan sudut rakaman je yang selamat...

Siapa yang tau nak selesaikan masalah aku ni tolong tolong....!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

Akhirnya, Yue Yue Meninggal Dunia



GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.

Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.

Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.



Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.

Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.

Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.

“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.

“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.

Ahad, 16 Oktober 2011

Karipap Oh Karipap


Satu hari di majlis ilmu...
Pagi itu waktu rehat kami makan dan minum bersama. Tiba-tiba aku digamit oleh sahabat yang duduk disebelahku dan dia memperlihatkan aku sesuatu.


Kuih karipap yang telah separuh dimakannya


Aku melihatnya dan berkata "kenapa?" Katanya "tengok ni"


Nampak tak apa yang aku nampak tu?


Dah nampakkan? Habis cerita untuk hari ini... Berhati-hati pabila makan...

Sabtu, 15 Oktober 2011

Aku Di Majlis Bicara Buku "Peluru Cinta Victoria"


Kami sempat bergambar bersama perasmi majlis iaitu
YB Datuk Hj Yunos Bin Hj Kurus.


Panel untuk Majlis Bicara Buku ini ialah Dr Harun Hj Pudin
dan sdr Resmanshah Indrat


Moderator Puan Siti Khatijah dan pengacara majlis,
sdr Yahya Ahmad Puteh


Pelajar Universiti Malaysia Sabah (Kampus Antarabangsa Labuan)
dan Ahli PERWILA


Cik Rafidah pengurus PA Sistem dan dibantu oleh Cik Nurzafirah


Dah selesai tugas, kita pulang dulu...