Isnin, 5 April 2010

Sambutan Hari Lahir Norgadis Dan Atikah



Ini Birthday Cake aku dan anak aku Atikah (Kongsi kek je)

Hadiah hari lahirku dari abang (lakiku), anakku, abah dan mama, Asman dan Ayu, Liza dan Maslan, Zahli dan CT . Terima kasih semua...

Hari lahir aku yang ke 39 jatuh pada tanggal 03 April 2010 (dah jatuh tanggal lagi aduh2), tapi majlisnya dibuat pada 02 April 2010 (buat kecil2an je) , nak tau kenapa? Meh aku cerita sikit...

Pada suatu hari (macam cerita kanak2 pula) Emm... begini, ulang tahun kelahiran anak aku yang ke 3 Nuratikah Nazurah (13 tahun) pada 31 Mac dan aku pula 3 April, kira dekat2 jelahkan... jadi nak sambutan pun buat sama2 je (jimat hehehe) Mula cadangan tu nak berkelah hari ahad memandangkan semua free masa tu, tapi abang kata (laki aku), nanti penat pula nak masak (biasalah org yg sambut hari lahir yg kena masak). Maka cadangan berubah ke Restoran Raja Ayam atau Chicken King Restaurant (sumbang pula klu sebut dlm bahasa melayu)


Jumaat lepas 2 April, aku pun pergilah ke restoran Chicken King nak tempah makanan untuk 20 orang. Tempahan dibuat untuk majlis ulang tahun aku dan anak aku 3 April hari sabtu. Sayang seribu sayang, tempahan ditolak. Kononnya pihak restoran tidak menerima tempahan hari sabtu dan ahad. Aduh..! aku pun tukar jadual, buat tempahan untuk malam itu juga. Itulah sebabnya majlis tersebut dibuat sehari sebelum ulang tahun kelahiran aku. Tak apalah... janji dapat makan...



4 ulasan:

pak long berkata...

salam buat nor..
amboi cantiknyer kek....

Norgadis berkata...

@Pak Long. Salam kembali cikgu, kek je yg cantik ke...? hehehe...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

selamat hari lahir, semoga apa yg diimpikan tercapai

Norgadis Labuan berkata...

@Wan Nur Hanis. Terima kasih Hanis, semoga dirimu diberkati selalu.