Bulan mac lepas, aku cubalah menebus hasil nuffnang aku sebanyak RM 120 (kalau tak silap akulah). Entah tanpa ribut, tanpa taufan, tetiba isnin lepas aku tengok nuffnang aku dah RM0.01. Terkejut aku..!!!
Aku tengok lagi hasil minggu lepas... sah! RM0.00, apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa tidak ada pemberitahuan... tiada pula nuffnang email sebab-sebabnya, pelik-pelik... Tak taulah aku nak menjawabnya...
Emm... dah bukan rezeki aku agaknya, dari 8 blog yang aku daftarkan dengan nuffnang, sekarang aku dah batalkan pendaftaran 2 blog aku. Labuan Island dan Ruang Niaga Norgadis. Yang lain masih lagi bersama nuffnang, walaubagaimanapun ruangan iklan nuffnang telah aku kurangkan, kecuali laman utama.
Apa pun kepada sahabat blogger yang pernah klik nuffnang untukku, aku ucapkan terima kasih bebanyak, kalian memang bestlah.
Insya-Allah kalau ada masa, nanti aku cerita lagi pasal kerugian RM 3K+ aku sewaktu join klik klik Add Add dapat duit...
25 ulasan:
ouh..kenapa jadi camtu ehh?
salam norgadis,cuba anta tiket bertanya pada nuffnang..dan lagi satu kan..jgn daftarkan 8 blog sekali dalam satu email.. :)
salam..
pak long pun tak berapa tahu bab nuf ni..
@CikKeju. Tak taulah kenapa jadi camtu...
@Faheem Jr. Salam kembali. Saya dah hantar tiket kat nuffnang, tapi sampai sekarang tak ada jawapannya. Apa berlaku klu daftar banyak blog dalam 1 email?
@Pak Long. Salam kembali. Hehehe... samalah kita cikgu, saya pun kurang faham bab nuffnang ni.
uisyh..sedihnya..cmner nk blnja sy cmnie gk??
@Long Haffiz Long Hassan. Nampak gayanya, tak dapatlah nak belanja Haffiz huhuhu...
uiks...pelik jugak nie...Nak tanya sikit..8 blog tu Norgadis jalankan tak..atau Norgadis guna 1 aje yg aktiv...
Em..tiket dah antar,,tapi nuff x jawap..! cuba antar sehari 1 e-mail,tajuk berbeza tapi yg berkai dgn masalah Norgadis..
sabar ek~~
pelik yer . napa jadik cam tu?.. uda pun tak berapa arif ngan nuff ni.. belum lagik merasa..
@mimi. Memang blog saya nampak banyak, setiap blog ada ruangan yang tersendiri, klu nak campur 1 blog, rasanya sukar utk disusun atur... sebab terlalu banyak bahagiannya, puisi,cerpen, foto,rakaman dll.
Emm... dah tak ada rezeki kat situ, sabar jelah hehehe.... Thanks sudi komen...
@Uda. Pelik tapi benar... hehehe...
Biasalah tu, kadang untung, kadang rugi, nasib baik join nuffnang ni free, taklah ada ruginya... ya tak?
Hai saudari Masmah,
Menurut rekod kami, tiada tiket yang kami terima yang dihantar oleh saudari Masmah mengenai perkara ini.
Namun demikian, senario yang digambarkan oleh saudari dalam post ini amat jelas kepada kami kerana pendapatan saudari telah ditarik balik oleh sebab-sebab tertentu yang telah kami emelkan kepada saudari beberapa hari lepas.
Sila rujuk emel anda untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut.
Harap maklum.
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffanng Sdn Bhd
Saudara Robb Chew. Saya tidak menerima sebarang email dari nuffnang berkenaan sebab2 pendapatan saya ditarik balik dan berkenaan tiket, saya telah hantar 12 April yang lepas.
Hi Masmah,
Sebarang emel yang kami hantar akan dihantar ke alamat emel yang anda daftar dengan sistem kami.
Tiket yang saudari hantar telah pun dibalas sejurus selepas diterima. Apabila kami membalas sebarang tiket, emel akan dihantar kepada emel yang anda daftar dengan kami, sekali lagi untuk memaklumkan anda tentang balasan kami.
Memandangkan saudari masih tidak mendapat sebarang maklumat mengenai senario ini, kemungkinan besar, emel tersebut telah dihantar ke Bulk/Spam Folder emel anda. Sila semak folder tersebut untuk mendapat maklumat lanjut tentang perkara ini.
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd
@Robb Chew. Terima kasih, nanti saya akan semak di email saya.
pelik tapi benar....tak tahu nape jadi cam tu kan rasa kecewa sgt2 kan...harapkan rezeki dtg bergolek akhirnya dah terlepas plak...saya pun tak mahir bab nuff ni..agaknya kl dah cukup 50 inggt tak yah simpan lah..takut ilang terus cash je kot...
haa tu ada balasan..semak jgn tak semak....
salam ziarah..
huhu..1st time jumpa kes cam nie..risau jg..apa sebabnye yer sis?
ni mesti kes klik2 iklan sendiri. padan muka ko. tulah, x baca tnc diorang
@miemiey. Tadi baru dpt email dari nuffnang, email sebelum ni tak tau sangkut kat mana, mamang saya tak terima.
@Azrai Ahmad Zamri.Menurut nuffnang "saya menjana klik dan menggalakkan pengunjung berbuat demikian" Tak tau nak katalahkan, rasanya kekawan yang klik nuff kita tu ikhlas nak nolong, bukan nak minta balasan pun. Selam ni, saya tak canang pun minta klik iklan saya. Tapi tak apalah, dah bukan rezeki...
@Azwan. Terima kasih sudi komen entri kali ini.
Kesiannya. Takpelah. Anggap takde rezeki.
@Bo the Nerd. Thanks sudi komen, memang tak ada rezekilah tu, klu ada tentu email pemberitahuan dari nuffnang saya terima lebih awal, tapi entah tersangkut kat mana email tu. Email terbaru ni lancar pula sampainya... hehehe
Catat Ulasan