Ahad, 25 April 2010

Rendah Sangatkah Martabat Masyarakat Labuan Untuk Dihina?

ENTRI INI AKU COPY PASTE DARI BLOG CATATAN PENULIS REMAJA MUSLIMAH MINTA PARA SAHABAT SUDILAH KOMEN SIKIT...

Haa... ni bukan entri bab politik pula ya. Entri ini untuk melahirkan rasa kekesalan aku terhadap manusia yang kurang kesedaran diri dan tanpa segan silu menghina masyarakat Labuan di hadapan anak jati Labuan sendiri.

Petang tadi adik aku cerita kat aku, kat kelas dia adalah seorang guru tu yang mengata orang Labuan. Aku tak taulah cikgu tu ada adab ke tidak, ada disiplin ke tidak... tapi, sikapnya yang mengata orang Labuan tu betul-betul menyakitkan hati. Dia kata orang Labuan ni dan juga orang Sabah, fikirannya cetek. Lepas tu dia cakap orang Labuan tak tau pasal Semenanjung... yang orang Labuan tau cuma Indonesia, Filipina (What the hell?!). Dah tu, dia kata orang Labuan ni entah budaya apa yang diikut dengan style rambut segala macam > contoh: punk.

Hei... aku anak jati Labuan. Jangan la nak bikin malu Labuan, nak kutuk-kutuk Labuan. Dia kata orang Labuan ni cetek pengetahuan, tak tahu pasal Semenanjung Malaysia... Oh... dia ingat orang Semenanjung tu tau sangat pasal Labuan? Sesungguhnya Labuan ni lebih dikenali di luar negara dalam Pelancongan berbanding di Malaysia. Macamlah aku tak pernah terima soalan "Labuan tu di mana?" ketika chatting dengan orang semenanjung. Belum lagi yang mengatakan "oh, Sabah". Labuan ni Wilayah Persekutuan dah... bukan lagi Sabah.

Dia yang mengata orang Labuan tu tak pernah pergi KL ke? Aku ni, taklah pernah round Semenanjung sangat pun. Pernah pergi Kuala Lumpur saja... tu pun waktu Darjah 5 untuk mewakili Labuan dalam Pertandingan Nasyid Ikhtifal Sekolah-sekolah Rendah Agama Islam peringkat Kebangsaan. Jadi, tak adalah meround sangat pun di sana. Tapi, dari apa yang aku tahu, orang sana pun bukannya baik sangat. Entah budaya apa juga yang dorang ikut. Remaja perempuannya, petang Jumaat keluar, pagi Sabtu baru balik rumah. Macam lah aku tak tau masalah moral di sana tu macammana. Jangan nak mengata Labuan saja lah.
Ni lagi dia mengata pasal orang Labuan. Entah-entah yang dikatakannya tu sebenarnya berkaitan dengan orang-orang Philiphine di Ujana Kewangan tu atau di mana-mana ja lah kat Labuan ni. Ya la... mana tau dia tak tau bezakan orang Melayu/Labuan dan warga asing.

Aku sebenar-benarnya tidak suka guru yang bersikap begini. Dahlah mengutuk Labuan, sekaligus mengutuk bangsa sendiri pula. Beginikah moral Guru SMK Mutiara? Atau beginikah sebenarnya moral guru-guru yang berasal dari Semenanjung?

Orang semenanjung jangan tak sedar diri berada di tempat orang. Kau mau tahan lama di sini, jaga mulut kau. Jangan main-main dengan orang Labuan. Kau buat hal lagi, jangan kau menyesal. Sampai 'orang-orang pandai' di Labuan ni dengar, maunya dibuatnya kau, menyesal kau seumur hidup.

Kalau dah guru tu, datang sini untuk mengajar, buat cara mengajar. Bukannya nak mengutuk-ngata orang pula. Apa rendah sangatkah martabat masyarakat Labuan ni kau nak hina..? Orang Semenanjung datang Labuan tau mengaut keuntungan saja. Dorang kena transfer kerja kat Labuan, dapat elaun besar-besar. Orang Labuan kalau kena transfer kerja kat Semenanjung, sama ja elaun kecil. Macam aku tak tau masyarakat Labuan ni bukannya kena pandang sangat pun. Apa guna nama "Wilayah Persekutuan" di Labuan ni sebenarnya? Tetap juga masyarakat kami tak dipandang. Dah lah tak dipandang, dihina pula sedemikian rupa.

Aku mohon sangat kepada pihak yang berkenaan... refleksilah diri tu. Sedar diri sikit. Jangan nak ikut kepala sendiri saja. Aku minta sangat guru yang berkenaan tu minta maaf atas sikapnya. Paling tidak pun, dia minta maaf la kat kelas yang dia cakap segala kata-mengata tentang orang Labuan tu. Budak-budak tu sakit hati bila masyarakat Labuan dihina sedemikian. Kami anak jati Labuan, kelahiran Labuan, bukannya untuk menjadi bahan hinaan masyarakat tanpa akhlak/moral. Jangan sampai kami serta ibu bapa kami buat tunjuk perasaan pula.

Aku siarkan cerita ni, jangan pula orang yang berkenaan tu cari aku dan salahkan aku apa yang aku buat ni. Ini hak aku, hak kami sebagai rakyat Labuan. Andai dengan tanpa segan-silu kamu menghina masyarakat Labuan, kami punya hak untuk menyampaikan kebenaran. Ini cukup baik aku belum tulis nama orang tu sekali. Jangan sampai satu masa nanti aku siarkan pula nama orang-orang yang bersikap sebegini.

Sebagai Islam, berfikirlah dengan cara ISLAM!!!

32 ulasan:

LaNuNsepet berkata...

hu3.. memang tak bermoral..
tu mesti cikgu yg amik kursus guru, dulu kursusu lain, xda kerja amik jadi cikgu..
tak minat tp amik jugak sebab takda kerja.. cikgu gni la yg selalu wat hal, sebab dier tak abadikan diri dier awal2 untuk jd guru, amik guru sebab terdesak.

mmg tak layak jd guru!!!

jed_biru berkata...

slm, sepanjang setahun belajar di labuan.. byk experience n memory yg sya dpt especially dalam bermasyarakat. maklumlah, pergi jauh sedikit dr kwsn asal sya. then apa yg saya tahu, Labuan merupakan 1 persinggahan "antarabangsa"..(sudah tentu2 sebab labuan merupakan salah sebuah pelabuhan cukai bebas.. so, banyak lah imigran2 yang berhijrah ke labuan.. bukan orang sabah saja, semenjg, sarawak, malah filipina, indonesia, n mat2 salleh yg kerja di labuan. ada juga permastautin tetap. ada beberapa premis perniagaan d Ujana Kewangan yang dimiliki oleh warga filipina(status not sure)... satakat pekerja asing, bila dah lama kerja kat labuan, gaya dan bahasa pertuturan adalah lebh kurang melainkan sesetengah individu yang masih lagi 'pekat' slengnya.. dulu asalnya labuan adalah sebahagian dari sabah, tapi dipisahkan menjadi negeri persekutuan.. so anggapan/pemikiran siapa yang cetek bila ada yang menganggap labuan adalah sabah?? Mungkin cikgu tersebut adalah seorang RACIST.. (normallah orang bila x pernah pergi ke semnjg dan ditanya pula tentang semenanjung,, sudah tentu x boleh jawab, begitu juga orang semnjg, yang x pernah peri ke BORNEO, they oso got no idea..)

Norgadis Labuan berkata...

@LaNuNsepet.
Terima kasih sudi komen entri ini, betul... jika seorang guru tidak berminat menjadi guru dan terdesak juga menjadi guru... ini boleh menjatuhkan nama baik guru sebagai pendidik. Rasanya lebih baik bersara dari merosakan nama baik guru contoh yang lain. (Saya sendiri pun berhenti menjadi guru kerana kurang minat dalam bidang tu)

Norgadis Labuan berkata...

@jed_biru.
Tahniah kepada anda kerana sempat memahami keadaan Labuan walaupun hanya setakat setahun belajar di sini. Orang2 seperti andalah yang disenang oleh mesyarakat Labuan kerana dengan jujur meluahkan dan membersihkan nama baik mesyarakat Labuan dari dicemari oleh insan yang belagak pandai tetapi hanya umpama tin kosong saja.

monica berkata...

sis..bukan saja labuan..malahan org pon penah hina negeri swk..sebagai anak jati swk..sapa yg x mrh kan??meka msh ckp org swk diam dlm gua..org swk diam atas pokok..semua yg meka lontarkan seakan2 org swk ni x da kemajuan langsung dlm hidup..

P/S:klu da berada di tempat org..baik ikut cara dan adat org..jgn nak mengagung2kan budaya yg dibw dr sana..btl kan??:)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

memang xpatut..

nama je cikgu boleh plak cakap cam tu..

pemikiran dia yg cetek kowt sebab tu cakap cam tu.. tapi boleh pulak nak cakap orang lain pemikirannya cetek..

malu betul malaysia ada rakyat macam ni...

Norgadis Labuan berkata...

@monica.
Betullah Monica, kalau datang ke tempat orang tu, kenalah hormati adat budaya tempat tu, bukannya nak menghina orang pula, sepatutnya sebagai guru, dia perlu mendidik pelajar agar hormat menghormati bukan memberi contoh yang sebaliknya.

Norgadis Labuan berkata...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr.
Begitulah kalau ada yang merasa dirinya sudah terlalu pintar, sehingga sanggup menghina orang lain. Moga Allah buka pintu kesedaran buatnya...

windi berkata...

Cikgu kami dulu2 pernah juga cakap macam itu. Sabahan thumb down konon. Dia ketawakan lagi TYT sakaran dandai. Konon dah tua dan tau tido jak di istana. itulah kita kena buktikan mereka silap.

Anggapan mereka terhadap sabah, sarawak dan labuan adalah sama.

BUNGA berkata...

ada jugak cikgu mcm ni yer..mengajarla dgn ikhlas..insyaAllah, kalau ikhlas, tak timbul perkara mcm ni...

Norgadis Labuan berkata...

@windi.
Tidak hairanlah jika orang Sabah, Sarawak dan Labuan tidak suka dengan orang semenanjung. Ini berlaku atas sebab-sebab dari bawaan mereka sendiri, walaupun tidak dapat dinafikan memang ada orang semenanjung yang cukup baik dengan orang sini, namun kelancangan segelintir yang tidak mahu memahami adat orang sini menyebabkan tercemarnya nama baik mereka sendiri.

Norgadis Labuan berkata...

@BUNGA.
Inilah yang dinamakan guru tetapi dihatinya bukan seorang guru. Suka membeza-bezakan kaum. Dia langsung tidak memandang kita ni sebenarnya sama-sama rakyat Malaysia.

shameel Iskandar berkata...

Tidak sepatutnya hina mneghina sesama kita sebabnya kita satu Malaysia. Dari Perlis hingga ke sabah, itu milik kita.

Sejujurnya, saya hanya bebrapa kali ke Labuan. saya pernah berkhidmat hampir 6 tahun sebagai guru di Sek Men Sains Lahad Datu Sabah. Jujur dan iklhas, saya amat kagumi peribadi dan sahsiah masyarakata sabah. Mereka lebih peramah dan menghormati sesama manusia. Bnayak kenangan manis sekitar Lahad datu, Tamparuli, Ranau, kundasang.

Jujur, segenap ruang dinegeri sabah amat berbekas di hati saya. Dalam cerpen saya(mencari habil) yg pernah disiarkan dalam Berita minggu( nstp) saya turut memaparkan suasana di sabah( pantai tanjung Aru dan sumandak kadazan) meskipun ketika cerpen itu ditulis, saya sudah 2 tahun saya berpindah ke Perak. http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/01/mencari-habil.html

Jujur, sabah mekar di hati saya sampai bila-bila

Norgadis Labuan berkata...

@shameel Iskandar.
Salam cikgu. Jujur saya katakan bahawa saya amat terharu pabila ada guru yang memuji orang Sabah. Inilah guru yang patut dicontohi, mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan tanpa sedikit pun ada rasa jijik terhadap bangsa lain. Guru yang ikhlas, amat senang diterima oleh pelajar dan ibubapa. Saya pernah berjumpa seorang guru dari semenanjung yang datang bercuti ke Labuan dan beliau sanggup berkunjung ke rumah saya hanya sekadar ingin melawat anak-anak saya yang bekas pelajarnya satu ketika dulu.

tehr berkata...

kebaikan dan keburukan ada di mana-mana

bila seekor kerbau membawa lumpur, hampir pasti semua akan terpalit sama

guru sejati ibarat lilin yang membakar diri bukan api lilin yang membakar kain langsir - hehehe

saya pernah bertugas di pedalaman sarawak selama 6 tahun

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Keikhlasan sebagai seorang guru itu penting demi menjaga nama baik perguruan. Guru adalah contoh bagi pelajar, jika ada guru memberi contoh yang kurang baik, tidak mustahil jika rasa hormat pelajar semakin lama semakin pudar.

M a W a D D a H berkata...

tak patut lor nak kutuk mengutuk ni..tak baik...

cikgu adalah contok pada anak2 didik tuk menjadi orang yang berguna...jangan sampai kerana cikgu yang macam nie..habis anak murid kacau bilau...

tapi tak sume cikgu cam tue...

Norgadis Labuan berkata...

@M a W a D D a H.
Memang tak semua guru macam tu, ramai lagi yang baik dan ikhlas sebagai pendidik, tapi kerana nila setitik, habis susu sebelanga...

pak long berkata...

salam...
spisis ni tak sayang mulut...

Norgadis Labuan berkata...

@pak long.
Salam cikgu. Memang gitulah agaknya, tak sayang mulut. Nanti boleh ganti dengan mulut murai....

Seri Bahasa berkata...

mungkin dia nie orang baru kat sabah jadi tak dapat bezakan antara masyarakat sabah, indonesia atau filipina. walau siapa pun mereka kita tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan mereka terutama melibatkan sesuatu kaum. jadi perbuatan cikgu nie memang dah terlampau dan boleh diambil tindakan tatatertib oleh kementerian pelajaran. mungkin ini satu kesilapan yang tak disengajakan dan boleh dimaafkan. tapi kalau perkara ini berulang tindakan susulan harus diambil kerana ini boleh menjejaskan masyarakat semenanjung yang bekerja dan menetap di sabah.

Norgadis Labuan berkata...

@Seri Bahasa.
Inilah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta. Sebenarnya ramai juga org Semenanjung yg terus menetap di sini kerana terasa lebih aman dan tenteram. Mereka langsung tidak terasa terasing di sini. Orang yg merasakan terasing tu selalunya org yg tak pandai bergaul dan suka berlagak di tempat org.

Steward berkata...

Hi kak, lama tak jenguk blog akak ni.. Masuk2 tiba2 nampak pula pos ni... Apalagi, terus terjah la.. hehe..

Kalau pasal ni, entahlah kak, dorang sukahati jak cakap walaupun tidak tahu. Pasal orang macam tu la fikiran dorang tka berubah. Adakah pernah orang dari semenanjung tanya kalau orang Sabah ni masih tinggal atas pokok.

Masih ingat lagi waktu jadi facilitator untuk kemasukkan pelajar baru ni. Siap ada pelajar dari semenanjung bawa bantal datang KK sebab risau kalau kedai tiada jual benda tu.. Adakah patut.. Ingat orang Borneo masih tinggal dalam gua? Bukan la mau menunjuk, tapi dorang ni kena juga ubah persepsi pemikiran dorang tu.

Norgadis Labuan berkata...

@Steward.
Terima kasih sudi singgah.
Sebenarnya dorang ni yang tidak tahu pasal orang kita, tapi suka menunjuk-nunjuk macam orang pandai. Sebenarnya dorang yang cetek pengetahuan tentang orang sini. Sombong tidak bertempat... orang macam ni sepatutnya dihantar balik saja ke tempat asalnya.

Tanpa Nama berkata...

Sabah dan Labuan negeri jiran terdekat saya. Sdr saya pun ada di sana. Terasalah juga, bak kata orang cubit paha kanan, paha kiripun terasa.

Norgadis Labuan berkata...

@Tanpa Nama berkata...
Betul. Sabah dan Labuan adalah jiran dan bersaudara. Sebelum Labuan menjadi wilayah, kita dibawah 1 bumbung kekeluargaan yang akrab bersama Sabah. Apa yg berlaku di sana pasti akan dirasa di sini juga, begitulah sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

Jangan ada sempadan untuk hubungan kekeluargaan, persahabatan, kejiranan walau kita berlainan negeri dan politik, ukhwah Islamiah menyebabkan kita sentiasa bersatu...

Norgadis Labuan berkata...

Utk Tanpa Nama.
Persaudaraan seagama tidak memandang bangsa keturunan. Moga persaudaran yg kuat ini dapat dikekalkan.

Tanpa Nama berkata...

It seems remarkable idea to me is

Tanpa Nama berkata...

Yes you the talented person

Tanpa Nama berkata...

Hi,saya orang labuan nak cari kedai or boutique untuk menjual alat kosmetik dari korea.ada sesiapa yang berminat?sila emel kn saya & sy akan emel balik details tentang barang tu.TQ. alamat email - loliz@live.com.my

Norgadis Labuan berkata...

Utk Tanpa Nama.
Elok saudara huar-huarkan di FB We Love Labuan, mungkin ada yang boleh membantu.