Rabu, 28 April 2010

Sukanneka Tadika-Tadika Islam, WP Labuan

Memandangkan anak aku yang ke empat Nurwathiqah Masturah tu belajar di Tadika Islam Darul Izzah, maka aku dan abang (suami) pun dijemputlah untuk menghadiri sukanneka Tadika-Tadika Islam WP Labuan pada sabtu lepas, 24 April 2o10, di Padang Sekolah Menengah Teknik Wilayah Persekutuan Labuan.

Senamrobik oleh anak-anak Tadika Islam WP Labuan


Rehat, sementara menunggu giliran bersukan

Anak aku ikut acara bawa pundi kacang atas kepala (Slownya anak aku jalan...)


Ini acara makan kek (Inda nampak lagi, sudah dikerumuni ibubapa)

Dah bertahun aku tak menganyam ketupat, tetiba gatal pula hati nak join acara anyam ketupat ni.. Lantaklah... aku pun join sekali hehehe...

Anyam punya anyam... siap pula ketupat aku

Aku juga ikut acara tarik tali wanita (utk ibu-ibu sahaja) Hoo hoo! kami dari ibu-ibu Tadika Darul Izzah, Layang-Layangan menang dalam acara ini. Dah 2 tahun berturut-turut menang, tapi aku baru kali ini join hehehe...

Tercatatlah namaku sebagai pemenang kedua...(itu ketupat yg aku buat)


Acara tarik tali wanita

Ok... aku nak tunjuk hadiah aku pula... tengok kat bawah tu, satu hamper untuk hadiah anyam ketupat dan satu lagi untuk acara tarik tali. Alhamdulillah... dapat juga hadiah. Tapi esok harinya, sakit semua badan aku huhuhu...

6 ulasan:

Kasawari berkata...

wah meriah tu.. seronok tengok gambar kanak2 bersukaneka..

pak long berkata...

salam...
fuhh meriahnya sukan tu....

Norgadis Labuan berkata...

@Kasawari.
Anak-anak seronok, orang tuanya pun ikut seronok...

Norgadis Labuan berkata...

@pak long.
Salam cikgu, meriah sukan tu cikgu... seronok...

sonata anak kancil berkata...

salam...meriahnya dengan anak2 kecil ni....dulu2 pun pernah gak ikut macamni...

Norgadis Labuan berkata...

@sonata anak kancil.
Salam Sonata. Masa tu memang meriah sekali, anak-anak bersukan, ibubapa pun ikut sama.