Rabu, 16 Mac 2011

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwila 2011


Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwila 2011,telah dilaksanakan 6hb. Mac 2011 (Ahad) lepas di Dewan C, SMK Lajau WP Labuan. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Dr Harun Hj Pudin dan Hj Othman Mahali sebagai pencatat minit.


Aku sebenarnya tidak dapat mengikuti sepenuhnya mesyuarat tersebut kerana terpaksa keluar atas urusan lain. Aku cuma memdapat tahu yang aku dilantik menjadi setiausaha atas sokongan semua yang hadir sewaktu aku berada di lapangan terbang menanti ketibaan abang dari Lahad Datu. Apapun, terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepadaku.



AJK Perwila 2011-2013 yang dilantik ialah...
Ketua Satu : Dr Harun Haji Pudin
Ketua Dua : En Sahar Misron (Samsa Haris)
Setiausaha : Puan Masmah Mohd Ali (Norgadis Labuan)
Pen. Setiausaha : Cik Nadirah Junior
Bendahari : Haji Othman Mahali (On Malini)

10 orang AJK : En Ag Asim Ag Besar, Puan Hjh Hasnah Sambas, Puan Fatimah Ibrahim, Haji Abdul Rahman Hj Lamudin, En Matali Ibrahim, En Matusin Awang Damit, Hj Suili Bakar, Puan Jijah Mohamad Suhai, Puan Rosminah Jambol dan En Gabriel Kimjuan. Manakala Juruaudit ialah En Tawil Beddu dan En Abdul Laham Rudin.

Baru-baru ini, aku diminta untuk menghadiri mesyuarat Gapena di Kuala Lumpur. Permintaan tersebut terpaksa kutolak kerana ada tugas lain yang tidak dapat dielakkan. Hehehe... aku tak dapat tinggalkan sekecil tu, tak sampai hati rasanya...

8 ulasan:

pak long berkata...

salam...
waaa...tahniah dilantik sebagai SU..

Norgadis berkata...

Salam kembali dan terima kasih pak long. Moga dapatlah saya menjalankan tugas ini dengan baik.

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Wah, tambah sibuk skrg ya. Tapi masih lg utamakan keluarga, Alhamdulillah....:)

Norgadis berkata...

Salam kembali kak Imun.
Sesibuk manapun dgn persatuan, kita sebagai surirumah mesti utamakan keluarga. Keluargalah segala-galanya, tanpa izin keluarga, kita tak akan ke mana...

tehr berkata...

bila aktif berpersatuan, memang banyak masa perlu diberikan
tapi, keluarga memang sentiasa perlu diutamakan
tahniah, nor

Norgadis berkata...

Salam tehr.
Aktif atau tidaknya berpersatuan bagi seorang surirumah semuanya bergantung atas izin suami, jika ada izin, bolehlah ikut berpersatuan tapi jika sebaliknya lebih baik jangan membantah utk kebaikkan bersama.

d'zaro berkata...

sepertinya anda seorang pemerhati sgraris.. luar biasa ! saya salut dengan orang yang gemar di bidang agraris...

Norgadis berkata...

Hai d'zaro.
Saya sebenarnya minat dalam bidang penulisan ini sejak masih sekolah lagi. Dalam bidang ini banyak yang bisa kita ceritakan...