Sabtu, 12 Mac 2011

Tsunami Di Jepun Dahsyat


Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.

Dilaporkan sehingga kini beratus-ratus orang terbuh dan akan meningkat lagi.
Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.

Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.

Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.

Sebuah kapal besar “disapu” ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.

Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.

Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini. Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.

Bahan dipetik dari MIMPI SENJA


*Sebuah gunung berapi di Indonesia telah meletus dipercayai kesan gegaran gempa bumi tersebut Gen Fujita

12 ulasan:

Unknown berkata...

Allah Maha Agung..ada penyebab ditimpakan sesuatu bencana tu, betul tak kak nor?

Gen Fujita berkata...

Sebuah gunung berapi di Indonesia telah meletus dipercayai kesan gegaran gempa bumi tersebut, check it out at my blog.

Norgadis berkata...

Salam leyzajamil.
Betul tu Leyza, adalah sebabnya tu, Allah yang maha mengetahui..

Norgadis berkata...

Hai Gen Fujita.
Gunung berapi di Indonesia meletus lagi, bahaya tu, moga tiada korban.

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Gempa bumi dan letupan gunung berapi makin kerap buat masa ni..

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah, amin......

Norgadis berkata...

Salam kembali Kak Imun.
Betul... gempa bumi, gunung berapi dan banyak lagi musibah yang berlaku, ini semua amaran utk kita yg hidup agar kembali ke jalan-Nya.

Moga kita sentiasa dalam jagaan Allah swt...

pak long berkata...

salam....
moga ia jadi peringatan buat diri ini...

Norgadis berkata...

Salam kembali pak long.
Ya... sama-samalah kita beringat selalu...

tehr berkata...

harap2 tempiasnya tak sampai ke sabah

Norgadis berkata...

salam tehr.
Harap-harap begitulah, setakat ni sabah, miri dan labuan masih seperti biasa.

Unknown berkata...

hmmm ni semua ketentuan Allah....banyak bersabar

Norgadis berkata...

Salam perondajaketbiru74.
Bersabar itu lebih baik dari mengeluh...