Siapa yang belum join Peladang? Jom join... banyak keistemewaannya. Aku kongsikan sikit objektif Pertubuhan Peladang. Objektif Pertubuhan Peladang ialah bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meningkatkan hasil dan pendapatan, membaiki cara hidup ahli2 serta mengwujudkan satu mesyarakat tani yang progresif, berdikari dan bersatupadu. (Ayat copy je tu...)
Selama aku join Peladang ni, aku dapat diskaun kalau membeli baja, racun rumput dan peralatan peladangan, aku diberi benih pokok untuk ditanam secara percuma, aku juga sudah menerima keuntungan dari saham Peladang (walaupun tak berapa banyak bergantung kepada perlaburan kita) dan 2 anak aku pernah menerima hadiah Tabung Derma Pelajar dari Peladang.
"Bergerak Maju Bersama Peladang"
10 ulasan:
nak join peladang macam mana, nor
tanah pun ada lot rumah ni je
tanam serai boleh le
hehe
Salam tehr.
Betullah, bagaimana nak join peladang kalau tanah cuma lot rumah je... Tapi masih boleh lagi menanam serai, cili dan bunga2an mungkin...
salam kenal...
waa minat peladangan ye...yela takkan rugi kalau berbakti pada tanah ni kan...
ikut mampir comment.. semoga anda sukses selalu... from Indonesia
Salam, norgadis. Seronoknya berkebun, dapat bantuan lagi tu. Itulah yg menaikkan semangat pengusaha pertanian kita....:)
Salam Sham.
Nak kata minat sangat tu tak jugalah tapi join peladang ni banyak faedahnya. Tak rugi kalau menjadi ahli peladang...
Hai d'zaro.
Terima kasih sudi mampir di sini, moga anda juga sukses selalu.
salam...
waaanor memang aktif la...syabas
Salam kembali kak Imun.
Begitulah kehidupan di kampung ni kak Imun, kalau dulu bersawah padi sekarang di Labuan tidak lagi. Nampaknya kena mencuba tanaman lain pula...
Salam pak long.
Inilah kehidupan saya cikgu. Surirumah yang sentiasa sibuk mengalahkan orang bekerja pula tu hahaha... sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang saya, taklah bosan jadi surirumah sepenuh masa. Yg penting, masa bersama keluarga tetap diutamakan.
Catat Ulasan