Jumaat, 4 Mac 2011

Asterawani Di Labuan


Khamis, 17 Februari 2011 yang lalu, Asterawani (Angkatan Sasterawan Dan Sasterawani Brunei) telah berkunjung ke WP Labuan. Perwila (Persatuan Penulis Wil Per Labuan) selaku persatuan penulis di Labuan ini telah menyambut baik kunjungan tersebut, malah pihak Perwila telah mengadakan Majlis Malam Mesra Perwila dan Asterawani di Labuan Laberty Port Management (LLPM)

Hehehe... sebenarnya, aku demam masa tu, setelah makan ubat dan berkat keizinan Allah swt, dapat juga aku menghadiri majlis tersebut. Selain daripada bacaan sajak dari penulis Labuan dan Brunei, terdapat juga persembahan angklung, sketsa, syair dan sebagainya. Keesokkan harinya, Asterawani di bawa melawat RTM Labuan FM dan tempat-tempat menarik di Labuan ini.


Nampak aku tak? Walaupun demam, tapi masih mampu tersenyum


Sambutan sungguh mengkagumkan, lebih 30 orang rombongan Asterawani yang hadir ke Wilayah Persekutuan Labuan


Persembahan angklung dari pelajar OKU SMK Lajau (aku kagum dengan kebolehan dorang ni)


Bacaan sajak Kembara dari anak aku N Athirah



Antara persembahan yang sempat dirakam...

6 ulasan:

tehr berkata...

bahasa jiwa bangsa
aktiviti yang sangat bagus, nor
sambil beramah mesra, dapat juga mengangkat martabat seni budaya
tahniah kepada asterawani dan perwila

Norgadis berkata...

Salam tehr.
kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memertabatkan bahasa kita ya tak? Itulah yang sering diperjuangkan oleh pencinta sastera. Kita berharap orang-orang muda turut memperjuangkannya.

zul permatang badak berkata...

Norgadis...
tapi orang muda sekarang.....tak berminat....
tengok berapa ramai yang suka lepak2 dan membuang masa....
jika diperhatikan dalam kelompok/grup bilamana mereka lepak....tidak ada seorang pun memegang buku....atau pen untuk memcatat sesuatu........

Saya perhatikan dalam diri mereka tiada perjuangan .....untuk memertabatkan sesuatu....
padahal melatih diri untuk menulis tidak memerlukan modal pun.....

saya terlibat dengan menulis....ketika lepak2..,menganggur..tak ada apa nak buat...yang penting.... banyak membaca.....o.k selamat menulis..

Norgadis berkata...

Salam zul permatang badak.
Memang remaja sekarang kurang minat dalam dunia sastera, terpaksalah yang tua ni berjuang dan menarik minta remaja.

Saya sendiri pernah terlibat selama 12 minggu bersama pelajar dlm aktiviti sastera ini. Alhamdulillah anak2 saya semuanya berminat dalam bidang yang sama dengan minat saya sendiri.

pak long berkata...

salam...
memang berbakat anak tu baca sajak...

ala kenapa tak rendahkan sikit mike tu masa dia baca sajak...sian dia..

Norgadis berkata...

Salam kembali pak long.
hehehe... itu yang saya tergelak ketawa tu, anak saya tu memang rendah, adik dia yang ke tiga lebih tinggi dari dia.

Entah kenapalah dia tak rendahkan mike tu, selalu pandai dia rendahkan sendiri.