Ahad, 6 Mac 2011

Kenapa Aku Yang Terpilih?

Petang itu aku memang sibuk sangat, namun aku usahakan juga menghadiri Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwila walaupun hanya seketika.

Petang itu selain ada temujanji dengan kawan di Lubuk Temiang, aku juga sebenarnya perlu ke lapangan terbang menjemput lakiku yang sering kupanggil sebagai bekas tunang, kekasih atau abang. Dia baru balik dari Lahad Datu atas urusan kerja. Sebenarnya petang itu sudah dikira cukup baik sebab urusan tanah yang perlu dirundingkan sudah selesai terlebih awal.

Kenapa Aku Yang Terpilih?
Aku terima sms dari anakku Athirah semasa aku berada di airport, katanya aku juga yang dipilih. Keputusan itu kusambut dengan rasa kecewa, kenapa aku yang terpilih? Astagfirullah... kenapa bukan orang lain? Aduh!
Mungkin ada orang yang tersenyum lebar andainya dia yang terpilih, tetapi orang itu bukan aku.

Apalah ada pada diriku, aku hanyalah seorang surirumah yang masih ketandusan bicara, malah aku juga sering kekurangan kata-kata, apatah lagi untuk menyusun ayat-ayat yang indah, memang aku tak layak untuk dipilih.

Kenapa Aku Yang Terpilih?
Maafkan atas apa juga kekuranganku, betulkanlah apa jua kebodohanku, tunjukkanlah apa jua kesilapanku, didiklah aku atas semua ketidak pandaianku, kerana aku bukanlah pilihan yang tepat dan aku masih terlalu banyak kekurangan.


Dari kanan Hj Othman Mahali (Bendahari), Dr Harun Hj Pudin (Ketua 1) dan Sahar Misron berbaju batik (Ketua 2)

Kepada cikgu Ag Asim, AJK Perwila yang mencadang namaku, terima kasih kuucapkan, walaupun aku tak tau dari sudut mana dia memandang kelayakanku untuk memegang jawatan itu, kerana bagiku dialah yang lebih layak.

Kepada cikgu Hj Othman Bendahari Perwila yang banyak memberi aku semangat untuk terus berkarya sejak 1986, sebenarnya telah lama berusaha memujukku untuk memegang jawatan ini, namun semuanya kutolak dengan alasanku sendiri. Tahniah! kerana cikgu berjaya juga melihat aku memegang jawatan ini akhirnya.

Kepada cikgu Sahar, ketua 2 Perwila, terima kasih atas sokongan cikgu selama ini, walauun kita baru kenal tahun 2008 sewaktu Dialog Teluk V di sini, namun kepercayaan yang cikgu berikan cukup membuat aku terharu.

Kepada Dr Harun, ketua 1 Perwila, terima kasih kerana beliau sering menganggap aku umpama anaknya, mungkin kerana kami sudah lama kenal sejak zaman aku bersekolah lagi dan yang penting keceriaan diwajahnya kelihatan apabila dia menyatakan kebanggannya bahawa anaknya (aku) dilantik menjadi setiausaha Perwila sesi 2011-2o13 kali ini.

Kepada cikgu Yahya (setiausah 2009-2011) dan Rafidah (pen. setiausaha 2009-2011). Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian berdua. Kenangan, kerjasama serta bantuan semasa kita dalam biro sastera dan bahasa tidak dapat kulupa. Kalian berdua memang yang terbaik, harap masih sudi membantu diri ini.

Kepada Hajjah Hasnah, Haji Suili, keluarga, anak-anak dan insan tercintaku, terima kasih kernana memberiku semangat dan kekuatan.

Kepada semua AJK dan ahli Perwila yang sebulat suara menyokong perlantikan aku sebagai setiausaha kali ini, aku ucapkan terima kasih. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk menjalankan tugas ini. sekiranya ada salah dan silap, sila buat teguran dan sekiranya ada yang sudi menggantikan tugas aku ini, aku bersedia letak jawatan bila-bila masa saja. Apa yang utama bagiku adalah kepentingan Perwila.

Bukan nama yang kucari
Bukan jawatan yang kuingini
Hanya sekadar ingin berbakti
Agar Perwila tak akan mati.

Ketua1, Ketua2 , pen setiausaha dan Bendahari
Sekalung tahniah ucapan diberi
Kepada semua AJK tidak dilupai
juga buat yang hadir mesyuarat baru-baru ini.

24 ulasan:

syairahmohdanuar berkata...

chill :)

Norgadis berkata...

Salam syairahmohdanuar.
Cool... hehehe...

Fantastic Ajane berkata...

because you rthe best..:) b happy k sis..:)

Norgadis berkata...

Salam Fantastic Ajane.
Saya belum merasa yang saya "the best" huhuhu...

kpah k-poh Sharifahnor berkata...

Yang terbaik..pastilah dipilih...

Tanpa Nama berkata...

orang terbaik dan layak akan terpilih... tahniah...

tehr berkata...

tahniah untuk nor
tanggungjawab yang dilaksanakan dengan ikhlas pasti akan membuahkan hasil jua nanti

asal benang menjadi kain
asal kain menjadi baju
usah diingat perkara lain
puncak jaya hendak dituju

Norgadis berkata...

Salam kpah k-poh.
Terharunya saya... walaupun saya tau, saya bukanlah yang terbaik.

Norgadis berkata...

Salam Cekodok.
Terima kasih...
Huhuhu... saya buka yang terbaik, ada yang labih baik lagi.

Norgadis berkata...

Salam tehr.
Terima kasih kerana memberi saya semangat untuk meneruskan tugas ini.

Jalan dipaya pergi ke gua
Rehat sebentar diatas titi
Walaupun payah kucuba jua
Moga kecewa tiada dihati

Terbang jauh burung kenari
Hinggap dibahu datuk menteri
Berat sungguh tugasku ini
Kerana kutahu kelemahan diri

-anidaothman- berkata...

ada tOKokh nie....tuh pasal terpiLih..ehehehehe

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Tahniah ya. Mereka percaya kebolehan norgadis...:D

Norgadis berkata...

Salam -oP_ida-
Tokoh jual lipstick ada mungkin hehehe...

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih Kak Imun.
Kepercayaan dorang yang tinggi tu yang membuat saya takut...

Pia berkata...

"Tahniah..tentu diorang semua nampak apa istimewanya Nor.."

pak long berkata...

salam....
tahniah diucapkan....

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih Piasara.
Entah apa keistemewaan yg dorang nampak. Saya memang sudah lama menolak jawatan tu sebenarnya. Takut tak terangkat.

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih pak long.
Saya tidak pernah mengharap untuk mendapat jawatan tu sebenarnya cikgu...

caliph shuriken berkata...

congratz.. smoga dpt jalankan tggjawab dgn sempurna ^^

latest en3: ~ blue diamond ~

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih caliph.
Itulah yg saya takutkan. Takut tak dpt jalankan tggjawab dgn sempurna.

PariPari Puteri berkata...

tahniah auntie =)

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih pari-pari puteri. Senyummu manis sekali...

Pn Kartini berkata...

Salam:)

Tahniah..
Pastinya apabila terpilih..sudah pasti yang selayaknya..dan yang terbaik:)

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih Pn Kartini.
Mudah-mudahan saya dapat buat yang terbaik tu...