Kelihatan begitu meriah sekali dengan kehadiran bekas pelajar SMK Mutiara Labuan. Seawal jam 10 pagi, bekas pelajar tingkatan lima 2010 ini telah mula membanjiri SMK Mutiara Labuan. Masing-masing setia menunggu keputusan yang bakal diterima dengan penuh debaran.
Akhirnya keputusan SPM 2010 diterima oleh mereka kira-kira jam 11 pagi. Ada yang menerima keputusan dengan senyuman dan ada juga yang menerima keputusan SPM mereka dengan kesedihan.
Kepada yang lulus, tahniah dari aku, dan kepada yang gagal, cuba lagi, jangan putus asa, berusaha sehingga mencapai kejayaan.
Buat anak aku, Nurfatihah Athirah (yang pakai tudung). Tahniah kerana telah lulus semua matapelajaran, walaupun tidak banyak dapat gred A namun dengan 7 (cemerlang+kepujian) pun sudah syukur bagi ibu... Jangan sedih, teruskan usaha hingga ketangga kejayaan dan doa ibu selalu bersamamu.
10 ulasan:
Salam, norgadis. Wah, tahniah buat anak norgadis. Doa ibu memang sentiasa berkat. Semoga dia akan berjaya hingga tercapai cita2nya, InsyaAllah.....:D
Anak ke dua kak akan mengambil SPM tahun ni, kak pun dah mula suspen ni, hehe......:D
Salam Kak Imun.
Kita sebagai ibu ni memang selalu lebih kerisauannya hehehe... anak2 biasa-biasa saja, kita yang lebih...
Moga anak kak Imun akan dapat cemerlang kelak...
salam...
tahniah buat nor...moga anak berjaya hingga keperingkat tertinggi.
Salam dan terima kasih pak long.
Saya pun berharap agar dia berjaya hingga keperingkat tertinggi.
tahniah di ucapkan
tahniah buat Nurfatihah Athirah
lepas ni sambung ke mana pula?
Salam dan terima kasih Abu Luqman
Salam dan terima kasih tehr.
Kalau layak dia nak masuk Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Saya pun risau sampai inda senang duduk menunggu keputusan adik saya. Tapi syukurlah, dia dapat 8A dan 2B+ walaupun bersekolah di sekolah biasa di Labuan.,.
Salam Tanpa Nama.
Tahniah, boleh tahan juga keputusan adik kamu tu ya. Walaupun bersekolah di sekolah biasa, kejayaan pasti dpt dicapai dengan kesungguhan...
Catat Ulasan