Ahad, 6 Mac 2011

Majlis Penghargaan GC Avon 2011

Majlis Penghargaan GC Avon 2011 ini telah berlangsung di Grand Dorset Hotel, WP Labuan (Hotel 5 Bintang) pada 26 Feb 2011 ( sabtu) yang lalu. Tema adalah Fesyen 60-an... Sebenarnya waktu itu juga ada Majlis Pengucapan Puisi Nasional Ke 18 di Binsulok, Membakut. Sayang sekali aku tidak dapat menyertainya kerana Majlis Penghargaan GC Avon 2011 ini dibuat pada masa yang sama. Namun kehadiran Tuan Hj. Othman Mahali, Tuan Hj Suili Bakar dan Hajjah Hasnah Sambas sebagai wakil Perwila pun sudah cukup baik sekali.

Ok sambung lagi cerita penghargaan GC Avon. Ini adalah kali ke-tiga aku datang ke Grand Dorset Hotel, itupun sebab ada majlis, kalau nak saja-saja makan selalu di sini, adoi!!! pengsanlah... bagi aku mahal sangat, tapi kelau memang yang biasa mewah tu, harga RM 50+ sekepala tu mungkin kira berbaloilahkan.

Majlis Penghargaan GC Avon 2011 kali ini diserikan dengan persembahan dari GC Avon sendiri, pertandingan menari 60-an, cabutan bertuah dan sebagainya.



Adik aku si Liza tu memang selalu bertuah kalau bab cabutan ni. Wanita manis yang 4 orang tu staff Avon Butik, yang pakai tudung tu Hjh Haryani pemilik Avon Butik dan yang seorang lagi ti Emely Dst. Manager Avon 312.


Pelancaran Herve Leger Eau De Parfum / Pertandingan 60-an dari GC



Abang yang baru sampai dari KL tu pun aku bawa ke majlis ini


Aku bersama Rose Sterwart (kawan sekolah) dan gambar sebelah kanan tu, aku bersama Emely Dst. Manager Avon 312


Aku bersama Fatmah (GC Avon) dan setelah selesai acara, aku pulang...


Bag untuk semua penerima anugerah GC / ada lambang GC lagi tu


Sijil GC 2011 (kalau tak tau nama sebenar aku, tengoklah sendiri kat sijil tu... ) dan pin GC 125th Avon (cantikkan pin tu?)


Hadiah tiket bertuah dan hadiah kehadiran

10 ulasan:

Yaya berkata...

Wahh, orang kuat avon rupanya!

Norgadis berkata...

Salam Yaya.
Nak kata orang kuat tidak juga, mungkin kebetulan bernasib kali ini agaknya.

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Bestnya dpt turut serta. Penuh dgn aktiviti lagi....:D

Norgadis berkata...

Salam kembali kak Imun.
Sekali sekala kalau ikut aktiviti seperti ini memang best...

pak long berkata...

SALAM..
amboi cantiknyer kain akakkkkkk...

Norgadis berkata...

Salam pak long.
Sempat pula tengok kain ya cikgu hehehe...

a loqman berkata...

wah ..tahniah ye..orang kuat avon

Norgadis berkata...

Salam a loqman.
Terima kasih... belum kuat lagi tu..

Fantastic Ajane berkata...

waaaa... buli tahan oooo..:) congrats...:)

Norgadis berkata...

Salam Fantastic Ajane.
Hehehe... thanks ya...