Jabatan Perkhidmatan Veterinar WP Labuan
08 April 2010, khamis, jam 9 pagi, aku dan abang (lakiku) menghadiri Seminar Pembangunan Industri Burung Walit di Ruang Legar Bahagian Pembangunan Industri Ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar WP Labuan.
Aku nak kongsi sedikit tentang Burung Walit
- Burung Walit bukan burung layang-layang.
- Burung Walit berwarna hitam
- Burung Wait tidak hinggap di atas pokok atau wayar elektrik (atau yg setempat dgnnya).
- Burung Walit mendapatkan air dari udara (bukannya tasik, kolam dan sebagainya)
- Burung Walit makan serangga yang berterbangan (makan sewaktu terbang)
- Burung Walit membuang najis hanya di tepi sekitar sarangnya (tak pernah membuang najis merata-rata)
- Sarang Burung Walit boleh dimakan tetapi sarang Burung Layang-Layang tidak.
- Sarang Burung Walit bernilai RM 3 hingga 4,500 sekilo (harga belum diproses) dan setelah diproses sarangnya bernilai RM15,000 (mahalnya tu)
Sarang Burung Walit
2 ulasan:
wahh first time tgk sarang burung walit
before nie dgr je
=)
mishl i n z. Sekurang-kurangnya dapat juga dikongsi bersama, tak dpt pegang, tengok pun jadilah ya...
Catat Ulasan