YB Datuk menandatangani buku besar sebagai tanda penyempurnaan pelancaran tersebut.
Aku, anak aku N Athirah dan rakan-rakan penulis yang lain menerima buku dari YB Datuk sebagai penghargaan kepada penulis.
Antara buku yang dilancarkan waktu itu ialah Antologi Cerpen PELURU CINTA VICTORIA, Puisi SETIA MENGALIR, Antologi Cerpen Remaja AARRGGHH KANTOINYA AKU!! dan Novel SYAAKUR PEJUANG DUA DUNIA.
Antologi cerpen PELURU CINTA VICTORIA telah dicetak kali kedua dalam tahun ini. PERWILA juga pernah melancarkan buku terbitan PERWILA pada tahun 2009 iaitu buku antologi puisi SEPULAU SEKASIH KITA.
Jualan buku...
Dari kanan Hj Othman Mahali bendahari PERWILA, diikuti pengarah DBP Sabah dan YB Datuk Yussof Hj Mahal.
Akhir sekali, ibu happy Wathiqah pun happy juga hehehe...
8 ulasan:
adik watiqah tak tulis puisi ke?
hehe
Salam tehr.
Wathiqah melukis je...
wow hebatlah kak nor
Salam khairul.
Tak ada hebatnya pun, biasa-biasa je...
satu lagi hari bersama rakan2 seperjuangan di PERWILA yang sungguh menyeronokkan hehehe
Salam RESMANSHAH.
Yup... memang cukup menyeronokkan, tambahan pula bersama Resmanshah penulis hebat kita, moga ada kesempatan untuk kita melancarkan lagi buku2 baru dimasa akan datang insyaAllah.
Isk...Kita semua penulis yang hebat kak...Saya dan isteri cukup seronok hari itu
Salam RESMANSHAH.
Saya... oppts! bersaya pulang ni, sebenarnya aku merasa diriku belum hebat lagi, itulah sewaktu Hj Othman suruh berkurapak dihadapan kanak2 SK Tg Aru tu aku inda mau huhuhu...
*Senyuman isterimu cukup menenangkanku... hehehe
Catat Ulasan