Jumaat, 28 Oktober 2011

Kacang Belibit Atau Kacang Botol


Kacang Belibit yang kutanam dah berbuah, yang besar tu buah pertamanya, seronok rasanya pabila tanaman kita dah berbuah.


Kacang Belibit panggilan kat Labuan, ianya juga dipanggil kacang botol. kalau jawa panggil kecipir (mungkin) dan kalau orang Kedah panggil kacang kelisa (betulkan aku kalau silap)


Kacang Belibit Atau Kacang Botol ini sedap dimasak tumis belacan (goreng belacan) atau masak lemak tapi aku suka buat ulam. Nyam nyam nyam...


Pucuknya kalau dimasak tumis bersama udang pun sedap. Masak tumis tu samalah seperti goreng belacan. Pernah cuba tak?


Kacang Belibit aku ni jenis besar, walaupun buahnya besar tapi masih muda. Jom ramai-ramai tanam kacang belibit, kalau nak makan tak payah beli, percuma je...

21 ulasan:

khairul berkata...

mcm2 gelaran rupanya

Emma FNK berkata...

Sy tahu kacang ne..
Dulu emak sllu tanam kat kebun dia..

Kami panggil kacang belibit~

mira_nas berkata...

huhu.. sy panggil kacang sayap.. tak berapa suka makan ni... ngee

HaiDa HiDa berkata...

saya pggil kacang botol je.. tak tahu lak ada macam2 nama.. info menarik ni.. kat kg pun mak tanam gak.. time nak makan baru g petik.. saya wat ulam je... :)

hyz berkata...

kacang botol ni, sy suka tanam, tapi x makan.. haha sedekah kat orang je...

Norgadis Labuan berkata...

Salam Khairul.
Macam-macam gelaran tetapi rupa tetap sama hehehe...

Norgadis Labuan berkata...

Salam Emma FNK.
Samalah kita, kami pun panggil kacang belibit.

Norgadis Labuan berkata...

Salam mira_nas.
Kacang sayap, baru kali ni pernah dengar.

Norgadis Labuan berkata...

Salam HaiDa HiDa.
Apa khabar, lama tak dengar berita, masih manulis?

Kacang ni kalau nak buat ulam, memang sedap kalau yang baru dipetik.

Norgadis Labuan berkata...

@hyz.
Wah rajinnya menanam kacang, napa tak tanam yang boleh makan je? Tapi kalau niat nak sedekah tu, elok juga, untunglah jiran-jiran terdekat ya.

Si Pengembara berkata...

sangat suka kacang botol!!

Si Pengembara berkata...

sangat suka kacang botol!!

Norgadis Labuan berkata...

@Si Pengembara
Kalau suka kena tanam sendiri, dapat makan free...

thomas berkata...

org semenanjung panggil kacang botol je,
masak sambal belacan memang sedap.

ziana berkata...

Akak panggil kacang sireh..yang muda I LIKEEEEEE...menjadi yer tanaman...

tehr berkata...

buat ulam je, nor
memang boleh terbalik periuk nasi
haha

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Cara masak lebih kurang je, cuma nama yang lain-lain.

HaiDa HiDa berkata...

Salam.. Alhamdulillah sihat kak..
masih menulis tapi terbatas la sikit masa tu.. :)

Norgadis Labuan berkata...

Salam HaiDa HiDa.
Masih menulis rupanya, alhamdulillah.

*Kemana pula perginya netQueen?

Seri Bahasa berkata...

kalau buat ulam kacang ceper ni pekena ngan sambal belacan....sedapnye...

Norgadis Labuan berkata...

@Seri Bahasa.
Betul tu Seri, buat ulam sambal belacan memang sedap...