Ahad, 23 Oktober 2011

Apa Hal Blog Aku Ni? Tolong Tolong!!

Selalu aku tengok kalau buka blog aku ni macam gambar kat atas tu lah, tapi sekarang kalau aku buka blog kat laptop aku ni, dia dah jadi macam kat bawah tu pula...


Nampak putih, tiada latarbelakang langsung... huhuhu...


Sedih tengok, reka letak pun lurus je ke bawah, tiada sidebar langsung, siapa boleh tolong ni. Malas betullah aku nak nengok blog aku ni. Sakit kepala. Dah cuba juga tukar tamplate tapi tak berkesan langsung. Bukan saja blog utama, malah blog yang lain pun kena, hanya sudut foto dan sudut rakaman je yang selamat...

Siapa yang tau nak selesaikan masalah aku ni tolong tolong....!!

26 ulasan:

tehr berkata...

nampak ok je ni, nor
macam biasa je

saya buka guna chrome

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Kalau buka guna komputer lain memang nampak ok, cuma kalau buka guna laptop saya ni je yg jadi lain, tak tau kenapa...

Admin berkata...

nice blog,simple...
semua putih...
hari nih,sy melawat blog semuanya jdi mcm nih,enth kenapa...

khairul berkata...

sy pki chrome ..ok jer pon

HAW berkata...

laa! ingatkan blog Haw je kena.. rasanya ada kena mengena dgn Crome.. Haw cuma kena kat Chrome kat rumah.. kat pc lain semua ok.. kat browser lain pun ok.. tp tetiba dah ok balik dah.. so Nor tak payah risau sbb kitarang tengok ok je.. nanti dia ok lah tu!

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Kak akan menghadapi masalah macam ni klu line terlalu rendah. Tapi mungkin ada problem lain barangkali...

Norgadis Labuan berkata...

@Admin.
Nampaknya bukan blog saya saja yang ada masalah ni...

Norgadis Labuan berkata...

Salam khairul.
Nanti nak cuba juga...

Wanie Anina berkata...

saya tengok blog akak ok je. mungkin kena bukak guna chrome.

Norgadis Labuan berkata...

@HAW.
Ingatkan blog saya je jadi macam tu, rupanya ramai yang kena. Kalau guna komputer atau laptop yg lain kat rumah, nampak ok je...

Norgadis Labuan berkata...

Salam kembali Kak Imun.
Sekarang line memang tak berapa elok, slow macam kura-kura. Harap oklah blog saya ni nanti...

Norgadis Labuan berkata...

Salam Wanie Anina
Nanti saya cuba buka guna chrome...

Dinar berkata...

nape nor? ok je ni...

Norgadis Labuan berkata...

@Dinar
Kalau guna laptop saya,jadi putih belog saya ni, tapi kalau guna laptop anak2, ok je...

thomas berkata...

Mcm laptop yg ada hal,
saya buka dgn internet explorer dan crome ok je.

ibnuismaini berkata...

Kt komputer sendiri je yg prob ye? Cuba cleankan komputer tu.

Rujuk sini: Bersihkan komputer dengan CCleaner

beritahu perkembangan ok?

Norgadis Labuan berkata...

Salam ibnuismaini,
saya dah buat seperti saranan awak, tapi blog saya masih mcm tu juga, saya tengok ada juga blog blogger yg lain kelihatan sama spt blog saya. Apa pun terima kasih atas tunjuk ajarnya...

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Mungkin juga masalah laptop. Tapi tak tau nak buat apa huhuhu....

Seri Bahasa berkata...

takde masalah mcm biasa je...cuba check kat laptop tu browser guna I.E. atau Mozilla. biasa pemandangan template kita akan berbeza kalau di buka kat browser I.E. (Internet Explorer).

Norgadis Labuan berkata...

Salam Seri Bahasa.
Saya dah tengok guna IE, Mozilla dan googal chrome, semua sama saja,memutih atas ke bawah hehehe...

ibnuismaini berkata...

kalau cara tadi tak berkesan. kita cuba yang ni lak:

close dulu semua aplikasi yang sedang dijalankan (firefox, ym, skype, movie dsb)

1. Pergi RUN
2. taipkan prefetch
3. lepas tu tekan OK. (folder prefetch akan dibuka)
4. cuba delete semua fail yang ada dalam folder prefetch tu.
5. kemudian try bukak semula browser pastu view blog, kembali normal tak?

Norgadis Labuan berkata...

@ibnuismaini
Dah buat seperti yang disarankan tetapi blog saya masih gitu juga...

Seri Bahasa berkata...

tak usah kacau2...tunggu 2-3 hari cuba buka semula melalui laptop tu semula, kalau ada masalah lg cuba uninstall browser yg ada kat laptop tu dan reinstall semula.

Norgadis Labuan berkata...

@Seri Bahasa
Pagi ni dah ok blog saya, terima kasih atas komennya...

Supplier Seragam Kerja berkata...

kenapa emangnya

supplier seragam kerja indonesia
http://surewi-seragam.com
exchange comment :)

Norgadis Labuan berkata...

@Supplier Seragam Kerja
Ini blog saya tiba-tiba berubah, tiada latar warna dan tiada sidebarnya, tapi sekarang udah kembali seperti biasanya.