Khamis, 6 Oktober 2011

LABUAN WILAYAHKU

“Hish! Kau ni kolot sangatlah Fatimah, rancangan kampungan itu yang kau suka. Tiada rancangan lainkah yang kau minat? Aku bab-bab cakap kedayan ni malulah aku nak dengarkan kat orang luar. Kita dah dua puluh lima tahun jadi Wilayah, kau masih nak agung-agungkan bahasa kampungan itu, aku hairanlah kau ni,” Katy tersenyum sinis melihat kawannya Fatimah.

“Aku masih ingat masa kita sekolah rendah dulu, kau langsung tak pandai cakap kedayan, aku suruh kancing pinjawan pun kau tak tau, adakah patut kau kata aku suruh kencing jendela pula, hehehe... luculah kalau aku ingat masa tu,” Katy ketawa kecil.

“Betullah, masa tu aku memang tak faham bahasa kedayan ni, mak aku cina, kau pun tahukan. Bapa aku memang kedayan, tapi di rumah kami cakap melayu. Aku membesar di Petagas. Aku berkawan dengan orang-orang bajau di sana. Mereka semua cakap melayu dengan aku, sebab aku memang tak pandai cakap bajau pun,”

“Di Sabah, kaum lain cukup bangga dengan bahasa mereka, cina, india, bajau, kadazan, dusun dan banyak lagi suku lain yang cukup fasih dengan bahasa mereka, walaupun mereka pandai berbahasa melayu tapi mereka tak pernah melupakan bahasa nenek moyang mereka. Kau yang memang asal keturunan kedayan sepenuhnya, kenapa pula kau harus malu dengan bahasa nenek moyang kita sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan mengagung-agungkan bahasa kita tu.” Terselit rasa kesal dihati Fatimah melihat perubahan Katy.

“Aku rasa itu bukan satu isu yang besar untuk kita persoalkan, sepatutnya kau berbangga menjadi penduduk Labuan yang telah maju setelah menjadi Wilayah. Bukannya sibuk nak mempertahankan bahasa kampungan tu.” Katy mencebik bibir.

“Kau tengok Labuan sekarang. Sudah ada Universiti, Martikulasi. Kau tengok Ujana Kewangan ni, ini satu kebanggaan untuk penduduk Labuan. Kita telah dimajukan setelah bergelar Wilayah. Sekolah-sekolah dah dinaik taraf, lapangan terbang juga tidak kurang hebatnya. Kau ni bagaikan menolak kemajuan. Kau tengok sendiri, taraf ekonomi penduduk Labuan juga turut meningkat. Tak perlu lagi kita bersusah payah menanam padi dan mengisar kopi. Kita semua dah mampu membeli di kedai.” Ujar Katy tidak mahu mengalah.

“Katy... Katy... Aku tak pernah menolak kemajuan. Aku juga cukup bangga menjadi penduduk Labuan yang semakin maju ini,”

“Habis tu?” Katy mencelah.

“Bagi aku, sama ada kita di bawah Sabah atau dah menjadi Wilayah seperti sekarang, kemajuan Labuan tetap juga akan berjalan. Kerajaan pusat akan memberikan dana untuk kemajuan setiap negeri sama ada di bawah Wilayah atau tidak. Kau tengok jalan Menumbok Beaufort. Sekarang dah beralas tar. Dulu hanya tanah kuning saja. Jalan-jalan ke daerah lain juga sudah beralas tar, perjalanan sekarang mengambil masa yang singkat untuk sampai ke destinasi yang dituju kerana jalanraya yang cukup baik. Bukankah itu satu kemajuan yang dimiliki rakyat Sabah walaupun bukan dalam Wilayah.” Kata Fatimah.

Baca seterusnya KLIK SINI
Antologi Cerpen "Peluru Cinta Victoria"

12 ulasan:

khairul berkata...

teringin nk menjelajah kesana.tp rezki blom d izinkan Allah lagi

Wan85 berkata...

http://wanwidget.com/
xpernah lagi pergi labuan

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Betul tu, walaupun negeri kita semakin maju, tak perlu lupa asal-usul dan bahasa ibunda.......:)

Norgadis Labuan berkata...

Salam Khairul.
insyaAllah.. ada izin Allah, datanglah ke sini tu nanti..

Norgadis Labuan berkata...

@Wan85.
Nanti datanglah Labuan...

Norgadis Labuan berkata...

Salam Kak Imun.
Saya sendiri memang terasa rugi pabila tak pandai bercakap dalam bahasa cina sedangkan mama saya berbangsa cina.

thomas berkata...

Singgah membaca cerita org Labuan.

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Terima kasih kerana sudi membaca cerita orang Labuan...

Rama88 berkata...

tempatnya sangat bagus ya,, jadi pengen kesana,, hehehe,, :D

Norgadis Labuan berkata...

@Rama88.
Ramai orang Indonesia tinggal di Labuan...

santai berkata...

bila le duit tabung aku ni nak cukup.. teringin nak kesana..

Norgadis Labuan berkata...

@santai
Senang-senang, datanglah Labuan...