Jumaat, 21 Oktober 2011

Akhirnya, Yue Yue Meninggal Dunia



GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.

Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.

Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.



Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.

Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.

Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.

“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.

“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.

6 ulasan:

tehr berkata...

satu contoh sikap dan peraturan yang diciptakan oleh manusia

satu bukti nyata bahawa akal manusia gagal menguruskan manusia itu sendiri

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr
Itu namanya undang-undang yang dicipta manusia tidak sempurna malah membawa akibat buruk kepada manusia itu sendiri...

khairul berkata...

kesian la sy tgk

Kunang-Kunang berkata...

Keadaan ini tak mungkin berlaku di negara kita. InsyaAllah.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Khairul.
Memang kasihan, tak tau nak kata apa.

Norgadis Labuan berkata...

@Kunang-Kunang.
Harap2 begtulah, moga tidak terjadi di negara kita...