Lama dah tak berkelah, akhirnya aku dan keluarga membuat keputusan mendadak berkelah di pantai Pancur Hitam berdekatan dengan Kg. Pohon Batu ahad lepas. Kalau berkelah minggu ni, aku sibuk dengan aktiviti PERWILA, kalau buat minggu depan, anak aku si Puteri dah balik kolej kat Selangor. Itu yang buat mendadak, tak kisahlah janji pergi pantai hehehe...
Macam orang sambut birthday pula, tiba-tiba time makan baju dah tukar color, huhuhu... aku lepas mandi laut tu..
Si Puteri dan Atikah ni memang rapat tapi dah yang kakak belajar jauh, jaranglah dapat bersama. Wathiqah lepas mandi laut, sejuk... terus masuk khemah sambil makan kek coklat.
Sempat pula kanda dan Zafirah ni buat latihan silat, aku tengok je, maklumlah dah bersara dalam dunia persilatan, hahaha... (biar betul)
Ini anak kecil aku Wahiqah dan anak saudara aku Adam Qais yang manja...
20 ulasan:
amboi romantisnya hehe
Salam khairul.
Dari muda hingga tua, memang macam tu lah keadaannya hehehe...
contoh keluarga bahagia
tahniah kerana selalu ambil peluang untuk bersama anak2
moga2 sentiasa mendapat rahmatNYA
nice family outing.
@tehr.
Amin... moga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya....
@thomas
Terima kasih...
dah lama x pergi pancur hitam.. dulu masa di KML selalu pergi.. =)
Salam aisya
Dulu belajar kat Labuan ya...
hehe romantisnya..keluarga bahagia insyaallah :)
http://stylobrader.blogspot.com/
seronoknya bekerluarga...nk jugakla,,,hehe
picnic kat pantai ngan keluarga memang seronok...tempat seri pantai yg cantik jauh kat felda sahabat 16
Salam, norgadis. Wow....romantika de amor, hehe.... Seronoknya bw budak2 berkelah di pantai, lucu pulak nmpk anak2 tu dlm khemah, hihi....
Ada aksi silat lagi.....:D
Suke2 tengok org bahagia. Moga bahagia terus. Amin. Kite pun suka jalan2 cam tu bawa famili. Happy.
@sis92
InsyaAllah... moga bahagia selama-lamanya Amin...
@OhMyLord
Hehehe... apa lagi, jangan tunggu lama-lama, ciptalah keluarga sendiri...
@Seri Bahasa.
Kalau di Labuan ni, semuanya dikelilingi laut, memang senang nak berkelah di pantai...
Salam Kak Imun.
"de amor" hehehe...
memang seronok berkelah dengan budak-budak. Nasib baik tiada yg ambil gambar waktu mandi...
*Waris silat masih ada, dulu masa muda2 memang ada belajar silat, sekarang dah tua, biar anak2 yang sambung...
@naga.
Sama-samalah kita berdoa moga keluarga kita akan terus bahagia dan diberkat oleh-Nya Amin...
http://wanwidget.com/
syoknyerr dapat berjalan jalan, best
@Wan85.
Kalau ada masa terluang, itulah masanya bawa anak2...
Catat Ulasan