Selasa, 25 Oktober 2011
Aku Happy! Blog Aku Dah Sembuh.
Salam sahabat blogger semua, blog aku dah ok, dah kembali ke wajah asalnya. Happy happy happy aku memandangnya. Terima kasih kepada... tehr , Admin, khairul, HAW , Kak Imun, Wanie Anina , Dinar, thomas , ibnuismaini, Seri Bahasa kerana telah sudi memberi komen, pendapat serta bantuan. Terima kasih juga kepada yang sudi memberi komen diruang shoutmix saya, perhatian kalian amat saya hargai...
Terima kasih sekali lagi buat kalian, terasa ramai blogger berada disisi saat aku memerlukan, huhuhu... terharu pula rasanya (aku yang perasan) Oppst! Dah dah dah... tak perlu nangis, blog dah ok, aku mesti happy hari ini.
Dengar khabar dari berita alam maya, puisi aku terpilih antara 3 puisi terbaik, aku happy...
Buku Peluru Cinta Victoria cetakan kedua akan dilancarkan pada 29 oktober ni oleh YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal, ada cerpenku didalamnya, aku happy...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 ulasan:
Wah, blog sudah kembali normal? Bagus2, bertimpa2 hepi hari ni ye. hepi blogging~
alhamdulillah.. semoga segala yg terbaik buat Nor
terbaik..dah ok..hehe..caer baru terigt..dah lame x dtg blog ni..ape2 pon caer still igt norgadis lg..antara kwan yg same2 mule2 blogging ngan caer dlu =)
kami sentiasa disisi kak nor
Salam ibnuismaini.
Happy sangat, terima kasih atas tunjuk ajar dan saranan...
Salam HAW.
Syukur sangat, moga kita sama-sama mendapat yang terbaik Amin...
Salam mohd sasuke.
Wah! masih ingat saya ya, syukur, ingatkan sudah lupakan kita di sini maklumlah dah lama tak datang berkunjung.
Salam khairul
"sentiasa disisi"
"bersamamu..." (keluar iklan)
Apa pun, terima kasih kerana sentiasa menyokong saya (perasan lagi aku) hehehe....
Waaa... Sukurlah dah okey semula, hehehe... Tahniah juga ya, nampaknya banyak karya norgadis yg tersiar. Ehem2..nuffnang lagi, hehe....:D
Salam Kak Imun.
Syukur. rezeki dari Allah, moga kita sama-sama mendapat rezeki yang diberkati oleh-Nya Amin...
Selamat "berblog" kembali.hehehe
@Hardy Boy
Terima kasih... ini pun tengah berblog ni hehehe...
Alhamdulilah semuanya dpermudahkan...happy blogging dear :0
Salam Cik Azizah.
Syukur alhamdulillah, kerisauan dah berakhir...
syukur alhamdulillah
rezeki melimpah-limpah nampaknya, nur
tahniah
banyaknye rezeki datang bergolek...blog pun dah mcm biasa...mesti hepi punye hari ni....
Salam dan terima kasih tehr.
Rezeki dari Allah semuanya, syukur...
@Seri Bahasa
Hari ni happy sangat, moga rezeki kita semua dipermudahkan oleh Allah Amin...
Catat Ulasan