Selasa, 7 Disember 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah


Hijrah
Karya: Norgadis Labuan

Sewaktu ku berhijrah
aku mengatur langkah pasrah
membawa dosa tidak terkira
mengira butir-butir tasbih
hingga menjejak kaki di Jeddah.

Sewaktu ku berhijrah
aku merenung kerdil diriku
jahil yang tidak terhingga
menyedarkan diri dari alpa
tika menginjak Masjid Nabawi
lembut hatiku melakukan ziarah
makam rasulullah dan sahabatnya.

Sewaktu ku berhijrah
aku menghimpun zikirullah
sehingga tibanya di Mekah
kumerasa terik mentari
tika tujuh kali mengelilingi kaabah.

Sewaktu hijrah ku berakhir
air mata keriangan mengalir mesra
namun disudut hatiku
aku ingin kembali lagi ke sana.


*DEWAN SASTERA 2000 / Labuan FM 2009
*ANTOLOGI PUISI GEMA MEMBELAH GEMA 13 - 2000

4 ulasan:

emieysandra berkata...

salam maal hijrah
~_^

Norgadis berkata...

Salam maal hijrah ♥-- emieysandra --♥

tehr berkata...

salam maal hijrah
semoga sentiasa diberkati dan mendapat rahmatNYA

Norgadis berkata...

Salam tehr.
Sama2lah kita berdoa moga keberkatan dan rahmat sentiasa bersama kita...