Jumaat, 31 Disember 2010

Kontest Ucapan Tahun Baru 2011 yang sempoi tapi best!!

Aku dapat tag kontest dari Ad'Rien Ichigo S. Kontes ini adalah tajaan oleh si gadis manis magnoliapert / magnosite. Kontest ini berakhir hari ini 31 Disember 2010. Samada penyertaan ini diterima atau tidak, aku tak kisah kerana aku memang nak bagi ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua yang mengenaliku.



Kalendar Untuk Sahabat

Ok sekarang aku nak buat ucapan pula ni...

Assalammualaikum para sahabat blogger,
Bertapa sayunya kulihat pabila 2010 bakal meninggalkan kita pergi bersama kenangan-kenangan pahit manis selama hidup berada di tahun 2010.

Gambar kenangan 2010 yang terindah...

Bercuti bersama keluarga di Kota Kinabalu/ Pelancaran Buku Antologi Puisi 'Sepulau Sekasih Kita' yang turut memuatkan puisiku didalamnya.

Program selama 12 minggu bersama pelajar 2 buah sekolah menengah / Kembara Sastera ke Brunei, Limbang, Lawas, Sipitang dan Beaufort.


Aku bersyukur, kemungkinan masih ada peluang untukku merasa hidup di tahun baru 2011. Moga tahun 2011 ini dapat kujalani hidupku bersama zikrullah memuji-Mu Ya Allah. Moga tahun 2011 ini tak kubiarkan malamku tanpa sujud kepada-Mu Ya Allah. Moga tahun 2011 ini tidak melalaikanku hingga terlupa memohon keampunan terhadap-Mu Ya Allah.

Kepada sahabat blogger yang telah meninggalkan dunia maya dan telah berakhir hayatnya, kuhadiahkan Al-Fatihah untuk mereka, agar mereka bahagia ditempatnya.



Akhir sekali, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011, kepada semua yang mengenali diriku. Andainya aku mempunya salah dan silap, samada sedar atau sebaliknya, maafkanlah aku, aku hanya manusia biasa yang terlalu lemah dan aku hanya mampu berserah kepada-Nya agar memberi petunjuk ke jalan yang lurus.

22 ulasan:

Abu Luqman berkata...

selamat menyambut tahun baru.......2011...semoga ceria selalu ye

Norgadis Labuan berkata...

Salam Abu Luqman.
Selamat menyambut tahun baru 2011. Moga keceriaan tu milik kita masing2...

A.D.A.M. berkata...

Moga ok2 sume nnti. =D May Allah bless us.

Seri Bahasa berkata...

tirai 2010 akan tertutup tengah malam ni. selamat menyambut tahun baru.

Norgadis Labuan berkata...

Salam A.D.A.M.
Selamat menyambut tahun baru 2011.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Seri Bahasa.
Selamat menyambut tahun baru 2011.

Ellen berkata...

Salam tahun baru dari ellen ya..semoga 2011 juga menjanjikan yang lebih baik untuk sis..

Norgadis Labuan berkata...

Salam Ellen.
**@@ Selamat Tahun Baru 2011 @@**
Moga impian terlaksana hendaknya seiring dengan hadirnya tahun baru ini.

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

TQ Norgadis, ucapan Selamat Tahun Baru, SRK pun ucapkan semuga di Tahun 2011 ini Norgadis bersama keluarga, di panjangkan umur dan di murahkan rezeki, Selamat Bercuti, hati hati peragut di KK.

Piasara berkata...

Selamat Tahun Baru 2011...Semoga tahun baru ini membawa kenangan manis semata..Namun kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan segala.

Ieqa Swetluv berkata...

selamat tahun baru.. semoga tercapai hendaknya azam baru ye hehe

zmah berkata...

Bestnya kalender gambar dia

Norgadis Labuan berkata...

Salam SUARA RAKYAT KUNAK.
Selamat Tahun Baru 2011 dan terima kasih atas komennya.

*Kami dah balik dari bercuti di KK, apapun peringatan itu amat berguna dimasa akan datang juga.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Piasara.
Selamat Tahun Baru 2011. Moga kenangan manis itu akan menjadi kenyataan.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Ieqa Swetluv.
Selamat menyambut tahun baru 2011. InsyaAllah... azam yang ditanam akan tercapai atas izin-Nya.

Norgadis Labuan berkata...

Salam zmah.
kalau best, elok buat kalender gambar zmah pula hehehe...

magnoliapert berkata...

Tahniah!


Kepada semua pemenang, sila emailkan detail2 di bawah ke

kecik_pert@ymail.com


1. Nama

2. Link blog

3. No telefon

4. Nama bank beserta no akaun

http://magnoliapert.blogspot.com/2011/01/satu-hari-di-tahun-baru.html

Norgadis Labuan berkata...

Salam magnoliapert.
Terima kasih atas kemenangan yang tak diduga ini.

| r i E n | berkata...

Salam TAHNIAH kepada empunya BLOG NORGADIS LABUAN!! cam xsangka plak yang ditag n yang mengetag menang!! Congrate~~~!! ;)

kakyon@kakrose berkata...

selamat tahun baru nor..semuga impian nur terlaksana tahin ini..

Norgadis Labuan berkata...

Salam | r i E n |
Memang tak sangka kita boleh menang bersama. Terima kasih kerana tag saya...

Norgadis Labuan berkata...

Salam kakyon@kakrose.
Selamat menyambut tahun baru 2011.
Sama2lah kita berdoa agar impian kita tercapai jua akhirnya...