Ahad, 26 Disember 2010

Hari Pertama Bercuti Di Kota Kinabalu

Selasa, 2010 Disember 21

Kira-kira jam 8 pagi, aku dan famili berangkat dari darmaga WP Labuan menaiki ferry kenderaan dan penumpang.

Kami sampai di Menumbok kira-kira jam 9.45 pagi

Tiba di Kuala Penyu jam 10.30 pagi dan di Beaufort jam 10.45 pagi

Perjalanan diteruskan ke Sipitang. Kami sampai di Sipitang jam 11.30 pagi, rehat sebentar makan tengahari di Pekan Sipitang. Seterusnya kami ke Lubuk Darat kawasan tanah aku yang jarang sekali kukunjungi. Di sana aku menandatangani surat kebenaran untuk pecah tanah yang dibuat oleh Lizawati yang mana selama ini kami menggunakan geran tanah yang sama. Setelah selesai urusan di sana, kami singgah sebentar di Surau Kg Pisukau, Sipitang untuk solat zohor.
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kota Kinabalu. Kami tiba di sana dah waktu petang, sedikit kecewa kerana rumah bomba yang ditempah untuk 3 malam telah dimasuki penghuni lain, entah dimana silap pengurusan kali ini. Sabar je lah...

Kami cuba pula ke Tabung Haji, sekali lagi hampa kerana semuanya penuh. Setelah percubaan mencari kali yang ke 4, baharulah kami dapat penginapan di Api-Api Centre. Curi-cuti sekolah begini memang susah nak dapat hotel kosong.

Malamnya, kami makan malam di Tanjung Aru, tak sangka... makanannya mahal-mahal belaka, malam tu je belanja makan minum mencecah RM 80+ untuk kami sekeluarga.

12 ulasan:

Aida Zafirah berkata...

pergi bercuti....seronok ni...saya tak pernah pergi KK...:)

ab@h_Izz berkata...

wah..bilala nak pergi belah2 borneo ni...KK & KCH, destinasiku yg menjadi pilihann..

A.D.A.M. berkata...

Syoknye jalan. =)

khairul berkata...

bila la sy dapat jejak kan kaki ke sana lak yer ?

Norgadis Labuan berkata...

Salam Aida Zafirah.
Aida belum pernah pergi KK ya, saya sebenarnya jarang ke KK ni. Asyik berkurung saja kat Labuan hehehe...

Norgadis Labuan berkata...

Salam ab@h_Izz.
Ada masa dan rezeki, bolehlah jalan2 ke Sabah dan Sarawak, Labuan jangan pula dilupakan...

Norgadis Labuan berkata...

Salam A.D.A.M.
Jalan2 memang syok, cuma letih tetap terasa...

Norgadis Labuan berkata...

Salam khairul.
InsyaAllah satu hari nanti akan tiba juga masanya.

tehr berkata...

biar pun cuti2 malaysia ni meletihkan
tapi sungguh seronok
dapat tampah pengalaman buat anak2

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Apa yang penting, anak2 seronok bercuti...

Mata Hati berkata...

musim cuti sekolah, hampir semua tempat penginapan sendat. terasa jugak nak pergi sabah..nak pi daki gunung

Norgadis Labuan berkata...

Salam Mata Hati.
Dulu masa muda2 teringin juga nak mendaki gunung Kinabalu, tapi dah tua2 ni, takut tak larat pula nak sampai kemuncaknya huhuhu....