Khamis, 2010 Disember 23
Hari ke 3 bercuti di Kota kinabalu, aku dan famili pergi pula ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi atau Lok Kawi Wildlife Park. Sebenarnya agak jauh juga untuk menuju ke kawasan tersebut, kira-kira 25km dari Kota Kinabalu.
Bayaran masuk ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi ini RM 10 untuk 18 tahun ke atas dan pelawat dibawah 18 tahun RM 5, manakala warga tua 60 tahun ke atas dan OKU percuma masuk ke kawasan ini.
Taman ini merangkumi sekitar 280 hektar, termasuk Botani Situs dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Pada waktu ini, taman ini mempunyai lebih dari 100 spesies mamalia termasuk burung, yang disimpan di dalam sangkar besar.
Kira-kira jam 11 pagi, kami menyaksikan persembahan 'Animal Show'. Turut membuat persembahan ialah Orang Utan, Ular, Burung Enggang dan sebagainya hehehe...
Menunggang gajah ini adalah ativiti terakhir kami di sini, anak aku Wathiqah yang kecil sekali tu teringin sangat nak duduk atas gajah. 2 kakaknya menemaninya bersama.
14 ulasan:
Wah, bestnya...dapat naik gajah lagi, hehehe..........
Salam Kak Imun.
Hehehe... anak saya yg kecil tu yang teringin sangat nak naik gajah.
Eh lebih kurang sama crita ngan noor...cuti2 malaysia mesra alam
seronoknya dapat pergi bercuti 2!! even dalam malaysia : ))
http://aqilasafuan.blogspot.com/2010/12/sumpahtakpayah-pakai-heels-untuk-nampak.html
wah, seronoknya bercuti
jelesnye...best gile...
Salam S..U..D..@..I..S.
Sekali sekala cuti2 Malaysia mesra alam pula hehehe...
Salam Aqila Safuan.
cuti dalam malaysia jimat sikit, yang penting anak-anak seronok.
Salam Mohd Fitri.
Cuti memang seronok, skrg sekolah nak buka dah...
Salam duan lang.
jeles ya, kalau jeles ikut je hehehe...
antara sebab saya kurang berminat bercuti ke luar negara ialah kera dalam negara pun belum habis dilawati
tak tahu bila akan sempat ke sabah
Salam tehr.
Bagi saya bercuti di luar negara tu banyak belanja yang perlu dikeluarkan. Bercuti di dalam negara pun tak kurang hebatnya, negara kita sendiri mempunyai tempat2 yang indah untuk dilawati.
Semasa berkhdimat di Queen Elizabeth Hospital saya tidak berkesempatan berjalan-jalan di Kota Kinabalu.
Tahu-tahu sahaja dah pindah ke Semenanjung
Hai akubiomed.
kadang-kadang sibuk dengan tugas menyebabkan tiada masa untuk bersiar-siar ke tempat lain walaupun tempat itu tak jauh sebenarnya.
Catat Ulasan