Rabu, 29 Disember 2010

Hari Ke 2 Bercuti Di Kota Kinabalu

Rabu, 2010 Disember 22


Hari ke 2 bercuti di Kota kinabalu, aku dan famili ke Water World di Taman Tun Fuad. Bayaran masuk ke kolam mandi tersebut RM 10. Kepada anak yang tingginya 3 kaki kebawah, masuk adalah percuma.


Wathiqah anak aku yang paling kecil ni memang tak sabar nak mandi kolam, inilah kali pertama dia mandi kolam, selalunya kat Labuan kami bawa mandi laut je. Cuma anak aku Athirah kurang selesa mandi di sini kerana pengunjung yang mandi di sini tidak dibenarkan memakai tudung dan seluar panjang. "Lantak doranglah", yang penting aurat mesti dijaga, tudung dan seluar panjang tetap tak tanggal punya...


Meluncur ke kolam mandi adalah aktiviti yang amat disukai oleh Wathiqah


Kawasan kolam ini mempunyai pandangan yang menarik


Terdapat juga restoran di kawasan ini


Puding kelapa tu sedap tau!

Setelah penat di kolam mandi, kami ke Sepanggar menjamu selera dengan makanan laut di gerai kat tepi jalan. Walaupun perjalanan agak jauh, namun diusahakan juga agar anak2 pernah merasai ke kawasan yang berhampiran UITM.

8 ulasan:

S..U..D..@..I..S berkata...

wauuuu sedapnya air nyior tu.....selamat2 cuti2 msia

Norgadis Labuan berkata...

Salam S..U..D..@..I..S
memang sedap air kelapa tu, tambahan pula ianya disediakan dalam keadaan sejuk, nyaman terasa...

iena berkata...

Salam dtg cni...wah!!!bestnyer bercuti ;

Norgadis Labuan berkata...

Salam iena.
Memang cuti kali ini terasa best sebab dah lama tak bercuti begini...

ieMa ackLes berkata...

seronok2...
nk ikt......

Norgadis Labuan berkata...

Salam ieMa ackLes.
Nak ikut? Alaa dah terlambat.

tehr berkata...

tak pernah bawa anak2 mandi di kolam macam ni
cuti2 malaysia kami juga dah hampir tamat

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Inilah kali pertama bawa anak2 mandi kolam...