Ahad, 1 Mei 2011

Santai Puisi Perwila Meriah


Gambar Kenangan bersama Ahli Parlimen Labuan. YB Datuk Yusof Hj Mahal dalam Program Jom Baca Puisi anjuran PERWILA dan tetamu Undangan dari Dewan Bahasa Pustaka Cawangan Sabah.

YB Ahli Parlimen Labuan dengan Puisi "PARLIMEN" karya Samsa Harris dari Antologi SEPULAU SEKASIH KITA turut membaca puisi petang itu dan sekaligus memberi sumbangan sebanyak RM 5 ribu untuk Persatuan Penulis WP Labuan (PERWILA). Terima kasih daun keladi YB

Empat buah puisiku turut dibaca oleh mereka sewaktu Santai Puisi Perwila 30 April lepas.

Nurzafiah Nadirah (Puisi "Al-Amin")


Nur Najwa Naim (Puisi "Tekad")


Pn Rosminah (Puisi "Doa Seorang Ibu")


Adik Suhaila membaca Puisi "Ibu" karya aku ini hingga menitiskan air mata, benar-benar penuh pengahayatan.


Kemeriahan Santai Puisi Perwila baru-baru ini cukup membuat aku terharu. Program ini adalah kali pertama diadakan di Labuan oleh Perwila. Sebagai program pertama, kehadiran pecinta sastera amat dialu-alukan.


Kehadiaran Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yusof Hj Mahal, Pengarah DBP Caw Sabah dan Pengarah Pendidikan Labuan cukup menyuntik semangat ahli Perwila untuk terus memperjuangankan seni sastera di Pulau ini.

6 ulasan:

tehr berkata...

wah, memang bagus la
YB pun turun dan ambil bahagian jugak tu

tak lupa pula beri sumbangan
terima kasih YB

dan dahniah untuk perwila

Norgadis Labuan berkata...

@tehr
Salam dan terima kasih.
Saya pun tak sangka YB sudi hadir waktu tu sebab sewaktu dijemput belum ada kata putus dari beliau, maklumlah bz...

khairul berkata...

ish x reti la sy nk berpuisi2 ni...kena org seni baru btol2 leh sampaikan

Norgadis Labuan berkata...

@khairul
Salam, tak semua org minat dlm dunia puisi, yg penting teruskan minat anda sendiri... minat anda pun tidak kurang hebatnya...

Myfrin's story berkata...

Salam, norgadis. Wah, untungnya puisi2 norgadis turut dipersembahkan. Tahniah buat norgadis dan Perwila....:)

Norgadis Labuan berkata...

@Myfrin's story
Salam kembali kak Imun. Alhamdulillah... ada juga yg mau membaca puisi saya.