Rabu, 8 Disember 2010

Jangan Tinggalkan Aku Pergi

Salam para sahabat blogger,
Catatan kali ini adalah untuk diriku sendiri, untuk meluahkan perasaan sedihku yang inginku lafaskan meskipun sukar untukku membicarakannya.

Aku cuba mempamerkan senyumanku namun disudut hatiku, aku amat sedih sekali, sedih yang bercampur baur dengan rasa simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh dia yang kusayang...

Sayangku, kalaulah kau mendengar bisikan hatiku tika ini, pastinya kau tidak akan membiarkan kesedihanku berlarutan seperti ini. kasih sayang bertahun yang kita jalin, bukannya mudah untukku melupakan begitu saja.

Walaupun sebanyak mana rasa sayang yang kuluahkan padamu namun aku juga akur dengan penyakit yang telah lama kau deritai, pastinya saat-saat sedih seperti ini akan hadir jua.

Beberapa hari disaat kau koma, aku masih lagi mengusap wajahmu. Sebelum ini wajahmu yang menenangkanku itu akan kurenung sebelum tidurku dan wajahmu yang ceria itu akan kulihat setiap jagaku. Namun keceriaan itu tidak lagi terpamir diraut wajahmu. Kau tak mengenali diriku lagi... mengapa harus ini terjadi?

"Otaknya tidak berfungsi lagi," kata doktor pribadimu yang sering merawat jika kesihatanmu terganggu. Apa yang harusku lakukan? Haruskah aku menjerit sekuat hatiku untuk mempamerkan rasa sedih dan dukaku? Oh tidak! Kalau kau sedar, pasti kau tak setuju, kerana aku memerlukan keimanan untuk mengatasi semua memungkinan.

Sayangku, andainya otakmu yang tidak berfungsi itu boleh diganti yang lain dan kau sedar dari komamu, pastinya kau tidak akan mengenali diriku seperti sebelum ini namun aku redha dan aku akan gembira andainya kau masih boleh hidup bersamaku meskipun kita mempunyai jarak kemesraan kerana kau tidak mengenaliku.

Akan kuusahakan menanam rasa sayang antara kita meskipun aku terpaksa bermula dari awal untuk mencapai kasih sayang antara kita seperti dulu.

Belanja pembedahan RM 200+ dan keputusan pembedahan Otak BERJAYA...
Dia yang kusayang telah sedar dari komanya dan aku ucapkan ribuan terima kasih kepada Doktor A (suami tercinta @ bekas tunang) kerana telah menyembuhkan komputer ribaku...

16 ulasan:

Mrs Nurul berkata...

BEKAS TUNANG =P

Norgadis berkata...

Hai ░♥si lampu neon♥░
Bekas tunang... lps kawin tak jadi tunang lagi, dah jadi laki pula hehehe....

a.samad jaafar berkata...

ceh..! 4 kali ceh tu..hihihi.. terkene gue..takpe..gue sabo ni..

Unknown berkata...

hehehe..rupanya itu kesudahannya:)

Norgadis berkata...

Salam a.samad jaafar.
Janganlah marah... laptop saya memang rosak, nasib baik abang pandai baiki...

Norgadis berkata...

Salam Mata Hati.
Biarpun itu kesudahannya, tapi ini adalah kisah benar, laptop saya rosak baru2 ni...

tehr berkata...

noor memang pandai tulis cerita
saspen je baca
best

Norgadis berkata...

Salam tehr.
Saspen ke... ini cerita benar cuma cara penceritaan tu je yang diperindahkan (indah ke?) hehehe perasan...

noa berkata...

ceh saba je la kan

Norgadis berkata...

Salam nora.
Sekali ceh je...
Aku pun terpaksa sabar pabila laptopku hilang ingatan @ memori beb, hancuz semua file... sabar je lah...

Cempakamelati berkata...

Laaaaa ingat sapa la yan gkoma..komputer rupanya.

Norgadis berkata...

Salam Cempakamelati.
Ya... laptop saya tu hilang ingatan pula, sampai semua file tak boleh baca, aduh! sakit jiwa... nasib baik boleh baiki, tatapi memori file hilang semuanya...

Mrs. Q! berkata...

b strong ok...
jgn sedih

Norgadis berkata...

Salam Kie-yu.
Dah tak sedih lagi... thanks ya sudi komen.

Puteri berkata...

bekas kekasih + bekas tunang
= suami sekarang

hu.hu

Norgadis berkata...

Salam puteri.
Bekas tunang ertinya setelah kawin tak jadi tunang lagi.
Kekasih tetap kekasih sebab setelah berkawin masih bercinta lagi dgnnya,semain hari semakin bertambah kasih hehehe... bestkan?