Hajjah baru selesai mengkhatam Quran. Beliau telah mengkhatam Quran buat kali yang entah ke berapa, aku pun tak ingat sudah. Majlis khatam Quran ini diadakan di rumah Hajjah dan disaksikan oleh Ustaz Aziz serta Ibu Mertua Ustaz Aziz, mereka berdua inilah yang bertanggungjawab membimbing kami belajar mengaji Quran di Masjid Layang-Layangan WP Labuan.. Kami sebilangan kecil kawan yang sama-sama belajar mengaji Quran juga turut hadir ketika itu.
Setiap hari isnin hingga khamis adalah waktu untuk kami belajar mengaji di Masjid Layang-Layangan, manakala hari jumaat pula adalah Majlis membaca Yassin di rumah-rumah atau Majlis Khatam Quran bagi yang telah khatam bacaannya.
Ustaz Aziz (baju putih), Hajjah (baju purple) dan Mertua ustaz Aziz (baju coklat)
Aku dan Zul kawan aku mengaji di Masjid Layang-Layangan
Bergambar kenangan
2 ulasan:
alhamdulillah...
Utk The Godfather.
Syukur...
Catat Ulasan