Isnin, 14 Jun 2010

4 Hari 3 Malam Kembara Sastera PERWILA

Hari pertama aku dan Kembara Sastera PERWILA dari Labuan menaiki bas PUSKOWILA. Perjalanan pertama menuju ke Limbang mengambil masa lebih kurang 10 jam. Tiga kali menaiki ferry dan 4 kali cop pasport. Perjalanan yang agak meletihkan sebenarnya, namun begitu perjalanan ini adalah perjalanan yang paling mencabar yang pernah aku rasa...

10 Jun 2010 (pagi)
Dermaga Ferry Wil Per Labuan sebelum berangkat ke Menumbok

10Jun 2010 (malam)
Bersama karyawan Limbang, Sarawak

11 Jun 2010 (pagi)
Bersama karyawan Temburong Brunei DS

Temburong Brunei DS

11 Jun 2010 (malam)
Bersama karyawan Lawas, Sarawak (Lupa nak ambil gambar beramai)


12 Jun 2010 (pagi)
Sipitang, Sabah

12 Jun 2010 (petang)
Bersama karyawan Beaufort, Sabah

12 Jun 2020 (malam)
Bersama karyawan Membakut, Sabah

Walaupun perjalanan Kembara Sastera ini memenatkan kerana aktivitinya berjalan siang dan malam. Sambutan dari para sahabat penulis di Brunei, Sarawak dan Sabah cukup membuat aku terharu. Meriah sangat, tidak terbayang olehku akan disambut semeriah itu.

Ingin kulakarkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada karyawan, ketua kampung, ketua mukim, YB dan semua yang terlibat menyambut kedatangan Kembara Sastera PERWILA Wil Per Labuan. Kami berangkat pulang ke Wil Per Labuan pada 13 Jun 2010 (pagi) dan sampai di WP Labuan kira-kira jam 12 tengahari.

4 ulasan:

pak long berkata...

SALAM BUAT NOR...
amboi best jelajah tu..nanti kongsi la pengalaman kembara tu...

Norgadis Labuan berkata...

Utk pak long.
Salam kembali buat cikgu...
Kembara tu memang bestlah cikgu, yang best apabila kunjungan kita disambut dengan meriah sekali...

tehr berkata...

jauh perjalanan luas pengalaman
...tumpang pengalaman kamu

Norgadis Labuan berkata...

Utk tehr.
Rasanya pengalaman saudara lebih luas dari pengalaman saya, tapi tak salah berkongsi pengalaman..