Ahad, 6 Jun 2010

Yang mana satu?

Yang mana satu? Macam lagulah pula. Yang mana satu aku? Mana mana mana..? Tak kan tak tau lagi, kita kan dah lama kawan... tak kenal kawan ya...
Oklah aku nak kenalkan sedikit dari yang ramai AJK untuk Program Kesihatan dan Kesenian untuk para pelajar yang terpilih... (Aktiviti aku bersama pelajar setiap hari sabtu)

Dari kanan mengikut pandangan mata sekarang ni ialah makcik Hajjah Hasnah, Cik Rabiah Aisah (seumur anak aku), Norgadis Labuan (tak perlu diperkenalkan lagi PERASAN!!) dan Cik Rafidah merupakan perancang program ini. Ok dah kenal kan...


Memandangkan sekarang ini masa cuti sekolah, program sabtu lepas tak ramai pelajar yang hadir, maklumlah dah balik kampung... Sabtu depan pula, program kesihatan dan kesenian ditunda ke sabtu akan datang lagi sebab AJKnya pula akan membuat aktiviti Kembara Sastera yang akan melawat para sahabat penulis/karyawan di Limbang, Temburong Brunei, Lawas, Sipitang, Beaufort dan Membakut. Harap-harap perjalanan kami akan berjalan dengan lancar Amin...

2 ulasan:

pak long berkata...

salam...
waaa..rajin buat program sastera..kita doakan moga berjaya..

Norgadis Labuan berkata...

Utk pak long.
Salam kembali cikgu,
Berkhidmat utk negara kah kah kah...!
Dah minat dlm bidang tu cikgu, jadi kita kongsi2 pula dgn para remaja pula, maklumlah... remaja sekarang ramai yg tak minat dlm bidang sastera ni.