Rabu, 2 Jun 2010

Selamat Pengantin Baru

Majlis perkahwinan Rohaya, sepupu aku (kawan sekolah anak aku dulu) diadakan di Kg Sungai Lada WP Labuan pada ahad lepas 30 Mei 2010.

Entah siapa punya cadangan, tiba-tiba aku pula dipilih menjadi pengapit pengantin. Sewaktu makcik aku (ibu pengantin) yang aku panggil kakak Siti Hawa berkahwin 20 lebih tahun yang lalu, aku yang jadi pengapitnya. Sekarang kahwin anak sulungnya, aku juga yang jadi pengapit pengantin. Kadang-kadang kalau diingat, macam lucu hehehe...

Kenapa aku panggil makcik aku kakak? Sebabnya makcik aku tu hampir sebaya dengan umur aku, cuma dia tua dua tiga tahun dari aku je... Tulah aku panggil kakak...


Tak nampak muka pengantin, kena tutup dengan kipas sebelum pengantin lelaki tiba.

Selamat Pengantin Baru, Moga Bahagia Di Dunia Hingga Akhirat


Gambar pengantin bersama Ayah dan ibunya (kakak Siti Hawa, makcik aku)

Majlis Potong Kek

Makan bersuap-suapan




Aku Dan Sepupu aku

Sekian Dan Terima Kasih...

6 ulasan:

penjejak maya berkata...

salam,

selamat pengantin baru untuk kedua-dua mempelai moga berbahagia sampai ke anak cucu..

Norgadis Labuan berkata...

Utk penjejak maya.
Salam kembali,
Sama2lah kita berdoa...

shameel Iskandar berkata...

meriah ya majlis kahwin kat Labuan. Bagi saya kena ucapkan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat. Biar bersama sebagai suami isteri sampai ke akhir hayat. Biar ajal yg memisahkan. biar bercerai mati. Tak gitu.

Norgadis Labuan berkata...

Utk shameel Iskandar.
Betul betul betul...
tapi saya lebih suka ucapkan
"bahagia dunia hingga akhirat"
Biar didunia bahagia bersama, diakhirat kelak pun bahagia bersama juga, tak gitu?
Apa pun ucapan kita, yang penting keikhlasan, ya tak..

pak long berkata...

salam...
amboi lawanya pengapit pengantin tu....silap tertukar ngan pengantin..

Norgadis Labuan berkata...

Utk pak long.
Adoi!!! Cikgu... menyakat saya ya,
mana boleh lawan lawa pengantin, ibarat ibu dan anak tu...