Sabtu, 13 Februari 2010

Happy Chinese New Year


Happy Chinese New Year... hehehe...
Selamat Tahun Baru Cina untuk makcik-makcikku, pakcik-pakcikku, sepupu-sepupuku dan anak-anak saudaraku... Semoga kalian gembira menyambut Tahun Baru Cina kali ini... Jangan lupa sediakan limau kegemaran aku ok.

Selain daripada keluarga sebelah mama yang menyambut Tahun Baru Cina ini, aku juga ingin ucapkan Happy Chinese New Year kepada kawan-kawanku yang merayakannya.

Seperti tahun-tahun yang lalu, sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, aku sibuk buat kek. Membuat kek untuk Tahun Baru Cina ni sudah menjadi kebiasaanku sejak bujang lagi. Bujang atau perawan? Mana-manalah... Walaupun agama berbeza, namun tali persaudaraan sebelah mama (mama berbangsa cina Hokkian) tidak pernah terputus.

Ok sampai di sini dulu, sibuk ni... nak buat persiapan untuk makan malam di rumah nenek lagi...

Jumaat, 12 Februari 2010

Snow atau Salji

Cantiknya salji-salji tu...

Mesyuarat AJK KUSMA


Semalam 11 Febuari 200, KUSMA atau Koperasi Usahawan Malaysia Labuan Berhad, mengadakan mesyuarat di Balai Informasi Taman Pertanian Kilan, Wilayah Persekutuan Labuan. Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu dipengerusikan oleh En Abd Aziz Kadasat - Pengerusi KUSMA sesi 2009-2010.

Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memaklumkan berkenaan KUSMA
atau Koperasi Usahawan Malaysia Labuan Berhad telah mendapat kelulusan pertubuhan pada 27 Januari 2010 yang lalu. Kelulusan ini telah ditunggu-tuggu sejak Mesyuarat Agung Permulaan pada 12 Julai 2009 yang lepas. Berita ini merupakan satu khabar yang sudah pasti akan mengembirakan semua ahli KUSMA.

Selain daripada itu, mesyuarat juga membincangkan berkenaan lokasi pejabat yang baru untuk KUSMA menjalankan aktivitinya dimasa akan datang.

Mesyuarat berakhir kira-kira jam 1o malam.