Selasa, 30 Mac 2010

Pameran Kereta Dan Motor Di Manikar Beach Resort

Ahad lepas, aku buka gerai jualan sewaktu pameran kereta dan motor ini berlangsung.


Foto yang lain ada di ruangan foto
Kalau nak tengok lagi... ada di Blog Labuan Island

Sabtu, 27 Mac 2010

AWARD Dari JANETnorliah2001

Selesai aku buat posting tag dan award untuk Haffiz dan Hayati88, tiba-tiba aku terpandang dalam shoutmix aku ada pesanan dari JANETnorliah2001 "salam jgn lupa amik award kt blog sy". Ada award lagi... bestnya...yang bestnya, kali ini aku dapat award TOP BLOGGER 2010. Tahniah kepada diriku sendiri hehehe... cuma semalam tak sempat buat posting, bz sikit. Hari ini pun bz juga, tapi aku usahakan juga membuatnya.

AWARD TOP BLOGGER 2010

Pertama sekali, Terima kasih Janet kerana sudi bagi award mahal kat blog aku... Jom kita ramai2 p tengok blog Janet (saja nak kasi up traffic hehehe...)

Pass this award on to 20 Bloggers you've recently discovered and think are fantastic:

  1. Catatan Penulis Remaja Muslimah
  2. Hayat Seorang Remaja Muslimah
  3. Nucahaya Atikah
  4. Shopping Center
  5. Idda Hashim
Aku rasa cukuplah 5 orang ni saja, dan tiada syarat apa-apa yang diberikan untuk penerima anugerah kali ini. (Mesti dorang senang hatikan...)

Terima kasih sekali lagi untuk Janet

Anugerah/Award Dan Tag

Aku terima tag dan anugerah/award lagi... Kebetulan kedua-dua tag ini aku terima serentak semalam. Dan buat kali pertamanya, aku buat sekali dalam satu entri...

ANUGERAH PERANTAU LONDON TERHANGAT
Terima Kasih Kepada Long Haffiz Long Hassan (Coretan Perantau) kerana sudi memberi anugerah dan tag kepada makcik Norgadis hehehe

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD
Terima kasih kepada Cik Hayati88 kerana sudi memberi award dan tag kepada makcik Norgadis (mcm sama ayatnya? memang pun, kita copy je hehehe?)



~ 7 Things About Me

  1. 03 April ini adalah birthday aku yang ke 39 tahun (tuanya aku).
  2. 17 November akan datang adalah ulang tahun perkahwinanku yang ke 19 tahun (moga kekal dunia dan akhirat).
  3. Norgadis Labuan adalah nama pena dalam penulisan/karya puisi,cerpen dan skrip aku dan nama sebenar aku ialah Masmah Binti Mohd Ali.
  4. Hari ini aku ada mesyuarat PERWILA (aku merupakan biro sastera dlm tu) kami akan membincangkan banyak aktiviti, antaranya kembara sastera (aku bendahari utk aktiviti ini).
  5. Esok aku buka gerai sehari bersama adik aku di perkarangan Manikar Resort dari jam 7 pagi hingga 7 malam (tak dpt buka bloglah nmpknya huhuhu).
  6. Aku dapat call dari RTM Labuan minta aku buat skrip bertemakan Rukun Negara, mesti siap sebelum 4 April ni dan akan disiarkan pada 11 April jam 5.30 petang (bukan main pening kepala aku nak cari bahan utk skrip kali ini aduh aduh aduh).
  7. Aku sebenarnya surirumah sepenuh masa yang memang banyak menghabiskan masa harian aku di rumah bersama suami dan anak2. Dunia maya ini merupakan penghilang rasa bosan aku kerana asyik buat benda yang sama setiap hari. Jom tengok blog yg baru aku lahirkan LABUAN ISLAND (Mcm baru lepas bersalin pula bunyinya, bantai je lah...)

  8. ~13 bloggers yang istimewa adalah :-

    1. bloggers 1 LI
    2. bloggers 2 RN
    3. bloggers 3 SR
    4. bloggers 4 SF
    5. bloggers 5 SP
    6. bloggers 6 SCDC
    7. bloggers 7 UK
    8. bloggers 8 P
    9. bloggers 9 A
    10. bloggers 10 Z
    11. bloggers 11 CK
    12. bloggers 12 RS
    13. bloggers 13 SDKBNL

    Ensem Long Haffiz bila ketawa,
    Cik Hayati pula pemalu orangnya,
    Kalau nak tau blogger istimewa,
    Kliklah link cari pemiliknya.

    TAMAT


Rabu, 24 Mac 2010

Hadiah Sastera Perdana Malaysia

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mengumumkan suatu pengiktirafan dwitahunan yang diberikan ke atas karya sastera Melayu pelbagai genre yang memperlihatkan mutu penciptaan yang tinggi. Pengiktirafan ini dikenali sebagai Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Antara matlamat hadiah ini adalah untuk menggalakkan penciptaan dan penerbitan karya sastera bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu, dan mengiktiraf karya yang telah mencapai tahap mutu yang membanggakan.
Penilaian akan dibuat terhadap karya yang diterbitkan dalam tahun 2008 dan 2009 Seterusnya...

Ahad, 21 Mac 2010

Award Beautiful Blogger Dari Pak Long Sifu



Baru usai semalam menyiapkan tag dari Yun, tiba-tiba aku kena tag lagi huhuhu... Aku dapat arwad ni dah 3 kali dan ini kali ke 4. Dulu aku hantar tag dan award ini utk PaK Long Sifu @ Maulana Cikgu tapi kali ini dia hantar kat aku pula. Bagus bagus bagus huhuhu...


Soalan-soalannya ialah....
pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

  1. A
  2. B
  3. C
  4. empat
  5. lima
  6. enam
  7. tujuh
  8. eight
  9. nine
  10. ten
  11. eleven
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
Aku tau org yg kena kali ni pasti menerimanya dengan senang hati hehehe....

State 7 things about yourself....

  1. ibu
  2. anak
  3. nenek
  4. makcik
  5. kakak
  6. adik
  7. perempuan

Kalau ada sumur diladang.
mari mandi guna baldi,
kalau kemarau sudah datang,
guna paip untuk mandi...
hahaha....

Sabtu, 20 Mac 2010

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD DARI YUN

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD DARI YUN

Baru semalam kena tag, tau-tau pagi ni kena tag lagi ...Kali ni YUN pula yang tag aku... hahaha seronok-seronok...


1.Thank & link the person that gave u the award
Thanks ya Yun sbb sudi bagi Award n tag utk aku....ini BEAUTIFUL BLOGGER AWARDaku yang ke 3. Bestnya...

2.Pass diz award onto 15 bloggers u've recently discovered n think are fantastic
Hah..ni nama2 canggih yang terpilih..

  • Satu
  • Dua
  • Tiga
  • Empat
  • Lima
  • Enam
  • Tujuh
  • Lapan
  • Sembilan
  • Sepuluh
  • Sebelas
  • 2 Belas
  • 3 Belas
  • 4 Belas
  • 5 Belas

3.Contact said blogsand let them know they've won the award (dia tau sendirilah tu)

4.State 7 things about urself

  • Seorang ibu kpd 4 orang anak.
  • Suka... kumpul setem hahaha...
  • Anak ke 2 dari 4 org adik beradik (Sama mcm Yun)
  • Suka ketawa dan tersenyum (Sama mcm Yun)
  • zodiak Aries...bulan 4 ni. (Sama mcm Yun juga) sape yg sudi bg utk kami hadiah dialu2kan..hehehhe.
  • Suka tulis puisi
  • suka bisnes (mcm Yun juga) Banyak persamaan mcm Yunlah...

Dah tamat cerita....

Jumaat, 19 Mac 2010

Aku Kena Tag oleh Shalleyshalina

Balik dari mesyarat PERWILA kira-kira jam 10.20 malam tadi, aku terus on9 blog. Biasalah mula-mula tengok dulu buku tamu, tiba-tiba aku ternampak >>> shalleyshalina :Dhukhukhuk...ter "tag" awak..

Adui...!!! Aku Kena tag oleh shalleyshalina

Soalan-soalannya ialah...

1) siapakah diri anda di rumah?
Aku adalah seorang isteri kepada seorang suami dan aku adalah seorang ibu kepada 4 orang anak-anak aku huhuhu...

2) siapakah diri anda di samping rakan?
Itu kena tanya semua rakan-rakan aku, itu pun kalau ada orang yang anggap aku sebagai rakan hehehe...

3) 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai

*Jadi pramugari (ada sijil tapi tak cukup tinggi)
*Anak lelaki (anak aku semua perempuan)
*Jadi Jutawan (kena p indon dululah)
*Jadi businesswomen yang berjaya (tak tau nak jual apa hahaha...)
*Nak naik haji (umrah dah p)

4) siapakah nama pasangan anda
kena tengok dalam kad nikah aku...

5) ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda
* sbb dia lelaki bukan perempuan
*sbb dia laki aku
*sbb dia sayang kat aku
*sbb dia ayah kpd anak2 aku
*sbb dia memang pasangan aku

6) bila tarikh anda couple
* 1991 lepas dinikahkan hehehe...

7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
*tiada yang pahit, manis-manis belaka...

8) lagu tema cinta anda
* kau yang satu WOW

9)apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
* tiada perubahan

10) tag 10 rakan yg lain

  • A
  • B
  • C
  • D
  • E
  • F
  • G
  • H
  • I
  • J

p/s: Dah selesai...hahahahha

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI

(TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN,

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.



Bahan daripada Email Sahabat.

Rabu, 17 Mac 2010

Jemputan Dari RTM Labuan FM

Foto semasa bengkel menulis skrip>>

Malam ini jam 8.00 malam, aku dijemput oleh pihak RTM Labuan FM untuk membincangkan berkenaan ... emm aku pun kurang pasti apa yang nak dibincangkan tu. Panggilan telefon yang aku terima minggu lepas dari DJ RTM Labuan FM itu memang agak memeranjatkan aku. Malam lagi, aku memang tak suka kalau memandu kereta malam-malam ni, maklumlah aku ni rabun cahaya, kalau nampak saja cahaya lampu kereta orang lain, ha... silaulah mata aku huhuhu....


Selain daripada aku ada juga kawan-kawan PERWILA yang dijemput sama, antaranya, Dr Harun Hj Pudin, Cikgu Sahar Misron, Tn Hj othaman Mahali, Cikgu Yahya Ahmad Puteh dan Rafidah Mohamad.

Anew Clinical Derma-Full Facial Filling Cream



Jam sudah pun menunjukkan 4.23 petang. Aku baru balik dari mesyuarat di Butik Avon, Ujana Kewangan Labuan. Apa yang dibincangkan, sama seperti mesyuarat-mesyuarat yang lepas. Dist. Manager akan memperkenalkan barangan baru keluaran Avon. Kali ini diperkenalkan barangan baru keluaran Anew iaitu Anew Clinical Derma-Full Facial Filling Cream. Keistemewaan Anew Clinical Derma-Full Facial Filling Cream ini ialah:

  • Menjadikan kulit tampil dan terasa teranjak, anjal dan tegang saat menggunakannya.
  • Memenuhi kedutan untuk penampilan yang lebih muda dan kulit terasa tampil lebih licin dalam 2 minggu penggunaannya.
  • Mengurangkan kendur di kawasan bawah pipi dan rahang selama 4 minggu penggunaannya.

Ahad, 14 Mac 2010

COMMUNITY BLOGGER AWARD DARI SERI BAHASA

Petang + 7.15 malam tadi sewaktu aku on9 blog, macam biasalah... aku akan tengok BUKU TAMU aku dulu. Banyak juga pesanan masuk dari para sahabat, salah satu pesanan tersebut dari SERI BAHASA... "award persahabatan dari seri" hehehe... bunyi macam menarik saja tu. Aku ingat lagi, sewaktu aku terima tag & Beautiful Belogger Award, Seri ada beritahu nak bagi Award yang lebih cantik lagi. Nampaknya Seri benar-benar telah mengotakan katanya, tengoklah kat bawah tu, cantiknya Award dari Seri...

Terima kasih Seri, terima kasih banyak-banyak, aku rasa aku adalah antara follower Seri yang bertuah kerana dijemput untuk menerima SERI BAHASA AWARD community Blogger. Aku ni taklah pandai berbahasa yang indah-indah, namun kehadiran Award seperti ini akan menambah erat lagi tali persahabatan dalam dunia maya. Moga persahabatan ini akan terus terjaga dan diberkati oleh Allah yang maha esa...

Di rimba rusa dibandar rusa,
Kancil kenari siapa yang punya,
Terima kasih banyak Seri Bahasa,
Moga persahabatan kekal selamanya.

Khamis, 11 Mac 2010

I Love London Contest

Aku jarang join contest. Tapi kali ni nak join, manalah tau nasib baik dapat hadiah istimewa dari London...hehehe.

Soalan-soalannya...

1. Kenapa saya suka menulis blog?

Aku suka menulis blog kerana ianya boleh mengisi masa lapang. Maklumlah, aku ni surirumah, asyik duduk kat rumah saja... kalau ada blog ni, taklah bosan hari-hari yang kulalui.

2. Kena letak gambar sendiri... ini gambar aku, ceria atau tak... entahlah...

Deadline/ tarikh tamat: 24th MARCH 2010 Siapa yang ingin join contest ni... sila klik banner I Love London kat atas tu, atau layari blog di bawah ini...
http://heyanakjawa.blogspot.com/2010/01/i-love-london-contest.html

Ahad, 7 Mac 2010

Penghargaan Avon GC 2009 pada 5 Mac 2010

Sabtu lepas 6 Mac 2010, aku dan tiga anak gadisku menghadirkan diri ke acara Penghargaan Avon GC 2009, di Tiara Hotel WP Labuan. Acara ini memang diadakan setiap tahun untuk memberi penghargaan kepada GC yang berjaya, cuma tempat mengadakan majlis saja yang berbeza. Acara dimulakan dengan tarian bollywood oleh GC Avon Labuan.


GC Avon menari lagu Bollywood (aku yang tak pandai menari pun kena tarik juga huhuhu)


Aku menerima Sijil dan Pin Golden Circle Unit Executive daripada IP Encik Wan


Sempat juga menyumbangkan sebuah lagu yang sumbang untuk hiburan di majlis tersebut hehehe...


Aku dan dua anak aku, Nurzafirah Nadirah yang tersenyum tu(kanan), Nuratikah Nazurah bertudung hitam(kiri)


Anak Sulung aku Nurfatihah Athirah, nyanyi juga dia macam aku...



Sesi bergambar...

Aku bersama Rose Stewart Unit Director 2009 (Bekas kawan sekolah aku di SMK Labuan tahun 80-an)


Sabtu, 6 Mac 2010

LABUAN WILAYAHKU

KARYA: NORGADIS LABUAN

Hari Sabtu, bagaikan ada perhimpunan remaja di Ujana Kewangan Labuan. Keriuhan suasana semakin menghimpit ruang legar. Anak-anak remaja seronok menggayakan fesyen pakaian ala barat. Rambut gaya punk turut dinodai dengan warna-warni. Leher dihiasi rantai perak, bagaikan rantai pengikat haiwan piaraan, turut dihiasi loket berbentuk tengkorak. Baju berlapiskan jaket kulit atau jean bagai berada di luar negara. Anak dara pula bergaun pendek, malah ada lagi yang lebih berani dan merasa seronok berseluar pendek. Juga senang menggayakan baju jarang, yang membayang susuk tubuh yang menarik kaum lawan. Semua dilakukan agar banyaklah mata akan melirik dan tertarik dengan fesyen terbaru yang mereka peragakan.

“Hish! Ramainya budak-budak ni, macam ada pesta remaja pula,” ujar Fatimah sambil meneruskan langkah di sebalik kebanjiran remaja di ruang legar Ujana Kewangan itu.

“Biasalah, hari Sabtu, inilah masa mereka berseronok. Bukan kau tak tau, dari hari Isnin hingga hari Jumaat, dah banyak mereka habiskan masa di sekolah, asyik-asyik menghadap muka cikgu.” Katy terus melangkah menghampiri Fatimah. Seterusnya...

Isnin, 1 Mac 2010

Saat Aku Jadi Pengantin

Karya: Norgadis Labuan

Saat aku jadi pengantin
aku dimandikan seluruh tubuh
aku digosok mesra sebersih-bersihnya
aku disucikan sesuci sucinya.

Saat aku jadi pengantin
aku dipakaikan gaun putih
gaun putih yang penuh dengan wangian
berlapis-lapis dengan sempurna.

Saat aku jadi pengantin
aku dimahkotakan dikepala
aku berkalung dibadan
dan aku bergelang kaki.

Saat aku jadi pengantin
aku diusung dan diarak menuju pelamin
pelamin tempat aku beradu
beradu bersama pasanganku.

Saat aku jadi pengantin
saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai
menghantar aku buat kali terakhir
bersama wajah yang pelbagai
tenang, sabar, ikhlas, duka, sayu, kecewa dan tangis
penuh warna warni.

Saat aku jadi pengantin
aku menunggu penuh debar
pabila kadi liang lahat
berjabat mesra dengan pasanganku
yang disaksikan tiang-tiang nisan
penuh makna dan rahsia.