Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan

Rabu, 29 Januari 2014

Himpunan Mega Bekas Pelajar SMK Labuan Bakal Diadakan

Himpunan Mega Bekas Pelajar SMK Labuan 1979 ~ 1988 bakal diadakan pada 1 Mac 2014 di SMK Labuan WP Labuan.  Sebelum ini bekas pelajar SMK Labuan tahun 1988 telah membuat reunion pada 14 Disember 2013 yang lepas dan mendapat sambutan yang sangat memuaskan.

 
2 dari 9 surat khabar telah menyiarkan berita reunion bekas pelajar SMK Labuan 1988

Setelah kejayaan mengadakan program reunion yang lepas, pihak AJK program merancang pula mengadakan program Himpunan Mega Bekas Pelajar SMK Labuan 1979 ~ 1988 untuk dimuatkan dalam Malaysia Book Of Record.  Moga apa yang dirancang akan terlaksana.

Aktiviti mencari rekod persekolahan bekas pelajar SMK Labuan 1979 ~ 1988 oleh AJK program

Mesyuarat AJK Pelaksana Program

Sidang Media untuk Program Himpunan  Mega Bekas Pelajar SMK Labuan 1979 ~ 1988.  Sama-samalah kita menjayakan program ini pada 1 Mac 2014

Isnin, 31 Disember 2012

Jadual Cuti Dan Persekolahan 2013



Ahad, 30 September 2012

Aku Di Papayas Beach Lodge

Hari Keluarga TM IT dan NT ini diadakan di Papayas Beach Lodge, Kg. Negalang, aku sekeluarga dijemput sekali, ini adalah kali pertama aku ke sana, suasananya sungguh menarik untuk bersantai bersama keluarga.

Santai saja...

Senaman pagi, aku malas ikut, ambil gambar saja...

Buat istana pasir, pandaikah tu?

Game isi air dalam botol


Cari gula-gula oren dalam tepung, Wathiqah macam makan tepung pula huhuhu....

Baca doa pertama abang pegang mic sendiri, tapi baca doa kali kedua, Papayas Man tolong pengangkan.  Bagus! dapat juga bergambar sama-sama hehehe...

 Jom makan... kalau biasa makan sikit, kali ni nak makan banyak...

 Untung dia dapat hadiah utama...

X tunang aku dan kakak iparku dapat hadiah tak utama, tapi tetap juga untung, dapat percuma memang untunglah...

Bergambar ramai sebelum balik.



Jumaat, 28 September 2012

Bajet 2013


 1.  RM200 one-off rebat bagi pembelian telefon pintar 3G untuk orang berumur 21-30 dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 atau ke bawah.
 
2.  BR1M 2.0: RM250 bantuan wang untuk individu tunggal yang berusia 21 tahun dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM2, 000. RM500 bantuan wang untuk isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3000. 
 
3.   Diskaun 50% ke atas tambang KTM Komuter diperluaskan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan perjalanan RM3, 000 dan ke bawah dan yang oleh KTM Komuter.
 
4.  Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 1 mata peratusan untuk pertama RM50, 000 pendapatan bercukai. Anak pelepasan cukai dinaikkan daripada RM4, 000 kepada RM6, 000 setiap kanak-kanak untuk kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima menerima pendidikan tertiari sepenuh masa.
 
5.  Baucar Buku RM250 untuk pelajar-pelajar di Tingkatan 6 serta Institusi Pengajian Tinggi. (Sebelum RM200)
 
6.  Pinjaman PTPTN: Insentif - pembayaran balik pinjaman penuh dari 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013, diskaun 20% akan diberikan ke atas pinjaman mereka. Pembayaran balik yang tetap mendapat diskaun 10%.
 
7.  Skim Rumah Pertama Saya pendapatan had bagi pinjaman individu yang dibangkitkan daripada RM3,000 kepada RM5, 000 sebulan.
 
8.  Bonus bulan 1.5 untuk penjawat awam, Separuh bulan dibayar semasa 2012 Hari Raya. Baki satu bulan akan dibayar dalam 50% pada Dis 2012 dan 50% Januari 2013.
 
9.  Sekolah Aids: RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah.
 
10. Mamografi saringan PERCUMA bagi wanita yang berusia di atas 40.
 
11. Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram dari 29 Sept 2012.

Pasti ramai yang happy dengan Bajet 2013 yang baru dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Baju Raya Dah Siap

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus akhirnya siap juga baju raya untuk tahun ni.  Tiap-tiap tahun pun jahit baju sendiri.

 Persiapaan untuk aktiviti menjahit bulan ramadhan.

 Sesi jahit menjahit.

 Buat riben untuk baju Wathiqah.

 Baju Wathiqah ni buat poket tampel kad depan je...

 Malas jahit tangan, aku guna mesin semuanya termasuklah untuk leher baju kurung. (Orang yang tak minat menjahit ni, memang nak buat yang senang je hehehe)

 Anak-anak mau hujung tangan baju macam ini, sama macam baju raya tahun lepas.

Taaa daaa... Dah siap semuanya, syukurlah, adalah baju raya untuk anak-anakku pakai dilebaran nanti.

Selasa, 7 Ogos 2012

Tolong Jahitkan Baju Raya Aku

Salam para sahabat blogger, kalian dah beli kain untuk buat baju raya?  Tak sedar masa begitu cepat berlalu, hari ini dah hari ke 18 kita berpuasa, aku baru berkesempatan turun ke bandar hari ahad lepas, banyak dah kuih raya dijual.  Baju raya yang siap sedia pun banyak, cantik-cantik pula tu, tapi harganya pun cantik juga...

Emm... apa warna baju raya kalian untuk tahun ini?  Aku sebenarnya tak terfikir nak warna apa untuk baju raya, aku membiarkan anak-anak yang memilihnya.


Ada yang suka warna kuning, ada pula yang suka warna hijau, inilah kain untuk baju raya yang dipilih oleh anak aku, warna kuning ada, warna hijau pun ada.  Aku ok saja, asalkan sesuai dipakai bersama jadilah.

Kalau sekarang ni, agak-agak ada tak yang masih terima kain untuk dijahit, huhuhu... tak diterima lagi, jom tolong aku jahit kain ni untuk buat baju raya...

Khamis, 2 Ogos 2012

Dua Puisi Norgadis Tersiar Di RTM Labuan FM

TAUBAT RAMADHAN

Rancangan "Citra Syahadah Ramadhan" di RTM Labuan pada 27 Julai 2012 telah memuatkan 2 buah puisiku yang bertajuk "Taubat Ramadhan" dan "Kala Ini"

 KALA INI

Selain daripada puisiku terdapat juga 4 puisi lain yang ditulis oleh 2 orang sahabatku iaitu Sani La Bise dengan puisinya, Lailatulqadar dan Tak Kala Ramadhan Datang serta seorang lagi penulis muda Gabriel Kimjuan dengan puisinya Mengiringi Perjalananmu dan Mencari Sesuatu Yang Hilang.

Kalau puisi dah keluar, itu bermakna rezeki nak datang, alhamdulillah... rezeki bulan ramadhan.

Ahad, 29 Julai 2012

Majlis Khataman Sempena Tadarus Quran Di Bulan Ramadhan

Setiap bulan ramadhan, majlis bertadarus akan diadakan dimana-mana masjid dan surau, begitu juga dengan Masjid Layang-Layangan Labuan.  Kumpulan pelajar mengaji di masjid tersebut telah mengadakan tadarus Quran waktu pagi bermula 1 ramahadan sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Lebih 40 Orang Pelajar Mengaji Menghadiri Majlis Khataman Sempena Tadarus Quran Di Bulan Ramadhan Di Masjid Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Jika tahun-tahun yang lalu, bertadarus ini akan berlangsung selama 10 hari dan hari ke 11 ramadhan akan diadakan khatman Quran, memandangkan ramai yang hadir, tadarus Quran tahun ini berlangsung hanya 8 hari dan hari ke 9 ramadahan telah diadakan Khataman Quran.

Senyum... dah selesai khataman sempena tadarus Quran.
Setelah majlis selesai, semua yang hadir bertukar-tukar hadiah, maklumlah bualan puasa, tiadalah jamuan makan minum dibuat.

Selesai dah...

Bergambar bersama guru mengaji Ustaz Aziz, terima kasih untuk beliau atas bimbingan selama ini.

Terima kasih kepada semua sahabat mengaji atas hadiah yang banyak ini...

Jumaat, 27 Julai 2012

Penemuan Mangsa Kebakaran Kapal Alpinia

LABUAN: Perkembangan terkini kejadian Kebakaran Kapal Alpinia di Labuan.  Mayat Mohamad Hanafi Khalil 24 tahun dan Zahari Hassim 46 tahun ditemui terapung sejauh 30 meter dari lokasi kejadian semalam.
Bilik Berita Rtm Labuan :27/O7/2012
ANGGOTA polis dan bomba membawa mayat mangsa tragedi kebakaran Kapal tangki minyak Bunga Alpinia ke bilik mayat Hospital Nuklus Labuan petang tadi. Dua daripada empat mangsa yang hilang berjaya di temui petang tadi. - Foto Edmund Samunting
 
*************************
LABUAN: Usaha akan terus dipergiat dalam mencari Muhammad Nazrin bin Khamsani, seorang lagi anak kapal Bunga Alpinia milik MISC yang masih hilang sejak kejadian itu pada Khamis lalu.
Sementara itu, mayat Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun ditemui terapung di kawasan perairan kampung Nagalang kira-kira 11.7 kilometer dari Jeti Petronas Methanol Labuan.
 
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Labuan, Jainal Madasin berkata, mangsa ditemui oleh penduduk kampung berhampiran kira-kira pukul 09.04 minit pagi tadi.  Mangsa dibawa ke Hospital Labuan untuk dibedah siasat.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM Labuan.

Bilik Berita Rtm Labuan :28/O7/2012


************************** 

LABUAN: Mangsa terakhir kebakaran Kapal Bunga Alpinia Dijumpai tengah hari tadi.

Mangsa terakhir, Muhammad Nazrin Khamsani telah dijumpai di atas kapal tersebut. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Encik Zainal Maasin berkata mangsa yang berumur 20 tahun dijumpai pada jam 01.42 tengah hari tadi (Isnin).
Menurutnya operasi mencari mangsa tersebut dilakukan setelah pihaknya melakukan operasi kerja – kerja menutup permukaan kapal dengan menggunakan buih. Encik Zainal berkata mangsa berjaya dikeluarkan di Jeti Polis Marin Labuan pada jam 3.10 petang.
Bercakap ketika dihubungi sebentar tadi beliau berkata, pihaknya masih lagi melakukan operasi mencari itu bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut serta Polis Marin, di sekitar perairan Labuan. Mangsa telah di bawa ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.
Kapal Bunga Alpinia milik MISC terbakar pada jam 2.45 minit pagi Khamis lalu di Jeti Petronas Methanol Labuan. 19 anak kapal terselamat manakala 5 lagi terkorban daripada 24 anak kapal Bunga Alpinia dalam insiden itu.


Khamis, 26 Julai 2012

Kapal Bunga Alpinia Terbakar Di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan


LABUAN, pagi tadi, 26 Julai 2012, seorang maut, 3 cedera dan 4 hilang dalam kejadian kebakaran Kapal Bunga Alpinia di jeti terminal loji Petronas Methanol Labuan Sdn Bhd (PML).

Kapal milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Seramai 32 anak kapal dilaporkan membawa muatan 12-ribu tan liquefied natural gas menuju ke Jepun. 
Kenyataan Ketua Penyelaras Misi Penyelamat, Leftenan Komander Nor Azmi Mohd Dahan berkata, kapal itu telah disasarkan sejauh 150 meter dari jeti PML dan usaha memadamkan api kebakaran sedang dilakukan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan (JBPM) Labuan, Encik Zainal Madasin seramai 61 anggota bomba dan 6 jentera sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran berkenaan.Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.  Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM Labuan.
Bahan : RTM Labuan FM
Gambar oleh : Warga WELL
Wartawan lokasi : Asmah Asmuni

***********************

LABUAN: Seorang krew kapal Bunga Alpinia yang meletup ketika memindahkan minyak, Sharil Azmi Baharuddin, 28, disahkan maut apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Empat lagi mangsa, Muhammad Azrin Khansani, 20; Mohd Hanafi Kalil, 24; Zahari Hassim, 46; dan warga Filipina, Errol Calauan Colangay, 32, masih gagal ditemui. Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi.


Artikel ini disiarkan pada : 26/07/2012