Isnin, 28 Disember 2009

Ambil Siput Lagi

Ahad, 27 Dis 2009, Kalau tempohari saya pergi ke Pulau Burong untuk mengambil siput @ takuyung, kali ini saya pergi ke Betara pula(Kawasan Tg. Kubung). Rasanya tidaklah semudah pergi ke Pulau Burong yang hanya menaiki bot dan terus sampai ke pantai kawasan mengambil siput. Di Betara, kami hanya sekadar menggunakan kereta saja. Namun begitu, memandangkan kawasan pantai agak jauh dan tiada jalan untuk kenderaan, kami terpaksa meninggalkan kereta di atas sebuah bukit di kawasan tersebut. Saya dan anak ke-dua saya Fira bersama dengan mama dan babah terpaksa meredah sedikit belukar yang curam untuk menuju ke kawasan pantai. Alhamdulilah, hajat mengambil siput pun kesampaian. Walaupun siput yang diperolehi tidak sebanyak yang kami perolehi di Pulau Burong namun ianya cukup menyelerakan untuk hidangan makan malam kami pada malam itu.

Perjumpaan PERWILA

Sabtu, 26 Dis 2009, saya menghadiri perjumpaan atau mesyuarat kecil bersama-sama ahli PERWILA. Kami membincangkan beberapa aktiviti yang bakal dijalankan pada tahun 2010. Perjumpaan kali ini dihadiri oleh Ketua 1 PERWILA, Dr Harun Haji Pudin dan beberapa ahli PERWILA yang lain. Cerita seterusnya bolehlah dibaca di dalam Blog PERWILA klik

SEKADAR RENUNGAN

~Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

~Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.
~Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

~Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. ~Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.
~Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
~Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
~Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.
~Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.
~Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.

Jumaat, 25 Disember 2009

Khamis, 24 Disember 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest


Ini adalah penyertaan saya untuk BLACK & WHITE PHOTO Contest.


Gambar ini diambil ketika Majlis Anugerah GC AVON 2009 dengan tema pakaian Black Or White.

Aku mendapat bunga lagi....

**UNTUK RENUNGAN BERSAMA ...
TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA PUN, SAMA ADA YANG HIDUP ATAU PUN YANG MATI...

Aku mendapat bunga hari ini meski hari ini bukan hari istimewa dan bukan hari ulangtahunku. Semalam untuk pertama kalinya kami bertengkar dan dia melontarkan kata-kata menyakitkan. Aku tahu ia menyesali perbuatannya karena hari ini dia mengirim aku bunga.

Aku mendapat bunga hari ini. Ini bukan ulangtahun perkawinan kami atau hari istimewa kami. Semalam dia menghempaskan aku ke dinding dan mulai mencekikku. Aku bangun dengan rasa sakit sekujur tubuhku. Aku tahu ia menyesali perbuatannya kerana dia mengirim bunga padaku hari ini.

Aku mendapat bunga hari ini, padahal hari ini bukanlah hari Ibu atau hari istimewa lain. Semalam dia memukul aku lagi, lebih keras dibanding waktu-waktu yang lalu. Aku takut padanya tetapi aku takut meningggalkannya. Aku tidak punya wang. Lalu bagaimana aku bisa menghidupkan anak-anakku? Namun, aku tahu ia menyesali perbuatannya semalam,kerana hari ini dia kembali mengirimi aku bunga.

Ada bunga untukku hari ini. Hari ini adalah hari istimewa, kerana mulai hari ini dia berjanji tidak akan melontarkan kata-kata menyakitkan untukku lagi, dia tidak akan menghempaskan aku ke dinding lagi, dia tidak akan mencekikku lagi dan dia tidak akan memukulku lagi kerana hari ini ada hari teristemewa untukku, kerana hari ini adalah hari pemakamanku. Ia menganiayaku sampai mati semalam. Kalau saja aku punya cukup keberanian dan kekuatan untuk meninggalkannya, aku tidak akan mendapat bunga lagi hari ini....


HENTIKAN KEKERASAN PADA WANITA!!!

Isnin, 21 Disember 2009

Pasti Dapat Hadiah...


Hai. Kawan saya nama Adney ada buat contest. Contest dia ni pelik sikit. Apa yang saya tahu saya join saja dan saya kompem-kompem dapat hadiah. Dapat TOPUP FREE, dapat DUIT FREE, dapat TEMPLATE FREE.

Kalau nak tahu lagi pasal contest ni boleh rujuk sendiri di laman blog saudara Adney sendiri di sini.

Jumaat, 18 Disember 2009

Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada umat islam semua...semoga hari-hari mendatang akan bertambah kebaikan dan keberkatan untuk kita semua...

Rabu, 16 Disember 2009

Berkelah Di Pulau Burong

Kalau minggu lepas saya dan keluarga ke pantai Pancur Hitam, berkelah dan merayakan Hari Lahir Tyra dan Fira, minggu ini pula kami berkelah dan mengambil siput di Pulau Burong. Sudah bertahun kami tidak mengunjung pulau kecil tersebut, namun apabila sampai di sana, keseronokan berkelah di pulau tersebut akhirnya terasa kembali.

 Istana Pasir ini akhirnya hancur dilanda ombak pantai Pulau Burong. Kami dapat dua periuk siput dan setengah karung kerang. Sayang sekali, lupa pula ambil gambar kerang yang banyak itu.

Khamis, 10 Disember 2009

Selamat Hari Lahir Tyra Dan Fira

Happy Birthday
<b>imikimi</b> - sharing creativity

8 December 2009, selasa, kami sekeluarga berkelah di Pantai Pancur Hitam. Cadangan pertama sebenarnya kami mahu berkelah di Pulau Burung, tetapi rancangan ke Pulau Burung telah dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan. Akhirnya sambutan hari lahir untuk anak sulong Nurfatihah Athirah dan anak ke dua Nurzafirah Nadirah dibuat di Pantai Pancur Hitam. Acara itu disambut secara sederhana dan dikalangan keluarga sahaja.
Ada pula yang sibuk nak menanam pokok hehehe...

Sabtu, 5 Disember 2009

Roselle Collection

Hadiahku


Pada 4 Disember 2009, saya telah menerima hadiah cabaran Aktif Dan Menang dari Avon. Hadiah merupakan barangan koleksi pinggan mangkuk dari 'Roselle Collection'. Untuk layak menerima hadiah tersebut, saya perlu aktif dari kempen 16 hingga kempen 18 dengan pembelian tidak kurang dari RM300.00 dan jualan terkumpul sebanyak RM2,300.00 selama tiga kempen.