Rabu, 23 Disember 2020

TANJAK BAHASA

 Syukur kepada Allah. Sajak saya tersenarai di dalam buku TANJAK BAHASA, Antologi Puisi sempena 50 tahun GAPENA, yang diselenggarakan oleh Datuk Jasni Matlani dan Tuan Zainal Abidin Suhaili.

Terima kasih GAPENA dan tahniah kepada semua penulis.

Rabu, 22 April 2020

MAAFKAN AKU


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Sepanjang PKP dan hari ini PKP ke-36, ramai yang terkesan bertapa kehidupan kita sedikit berubah dari kebiasannya. Kepada yang mendapat bantuan tu belajarlah bersyukur tanpa banyak mempertikai sumbangan yang diberikan. Kepada yang terjejas dan kesempitan, mohonlah bantuan. Saya sebagai surirumah bukan tak terjejas tetapi selagi ada beras untuk dimasak, insyaAllah berusaha tidak meminta... (kalau diberi, itu bererti sudah rezeki dan jangan ditolak).

PKP sebenarnya mengajar kita erti kesabaran, di dalamnya tersimpan sebuah cinta yang amat besar maknanya. Cinta kepada Allah swt, cinta kepada maha pencipta. Saat kita merasa lemas, takut, gusar, resah dan tak bermaya, saat itulah kita teringat Allah.

Kita menangis-nangis, merayu-rayu kepada Allah memohon perlindungan-Nya kerana kita yakin hanya Allah yang mampu menyelamatkan dan mematikan kita semua.
Kurangkanlah atau hentikanlah mencaci mencela, mengutuk dan mencari kesalahan orang lain di saat covid-19 ini melanda, tanya diri sendiri, di mana silap kita dan sentiasalah bersyukur atas nikmat yang telah kita terima selama ini.

Hargailah petugas barisan hadapan yang berkorban masa, tenaga dan terpaksa meninggalkan keluarga demi kita semua. Bantulah mereka, kita duduklah di rumah (kalau penat duduk, berdirilah, atau baring atau berjalan dari ruang tamu ke dapur)
Semoga dengan kesepakatan ini kita dan Malaysia akan selamat dari Covid-19 insya-Allah dan jika sudah sampai ajal, semoga kita mati dalam khusnul khotimah aamiin.

Akhir sekali, saya mohon ampun dan maaf segala salah silap saya kepada semua yang mengenali saya, samada saya kenal atau sebaliknya, semoga kita semua akan diberkati dan dirahmati Allah swt Aamiin Ya Robbal Alamin. Wassalam .
Tulus dari Norgadis Labuan
22 April 2020

HARAP TIGA KES COVID-19 SEGERA PULIH


Harap tiga kes Covid-19 segera pulih, Labuan boleh diisytihar zon hijau.

LABUAN – Zon kecil 1 dan 2 pulau ini merangkumi 70 peratus daripada jumlah kampung dan kawasan perumahan diisytihar zon hijau Covid-19.

Zon kecil 1 di pusat bandar terdiri daripada kampung-kampung air seperti Kampung Patau-Patau 1 dan 2, Kampung Gersik/Saguking, Kampung Batu Arang, Kampung Sungai Keling, Jalan OKK Abdullah, Jalan Tun Mustapha dan Kampung Rancha-Rancha menjadi zon hijau selepas enam kes aktif di sana telah pulih.

Tiga kes aktif di kawasan zon kecil 2 juga sudah pulih di mana merangkumi kawasan perumahan di Jalan Bukit Timbalai (Taman Mahkota Impian), Kampung Sungai Miri, Kampung Sungai Buton, Kampung Sungai Lada, Kampung Sungai Labu, Kampung Kilan/Pulau Akar, Kampung Layang-Layangan, Kampung Sungai Bedaun, Kampung Sungai Bangat, Kampung Belukot dan Kampung Bukit Kalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, kawasan zon kecil 3 pula kekal sebagai zon kuning kerana masih ada tiga kes aktif yang sedang dirawat.

Menurutnya, zon kecil 3 tertumpu di Kampung Bukit Kuda, Kampung Pantai, Kerupang/Nagalang, Kampung Lajau, Kampung Tanjung Aru, Kampung Batu Manikar, Kampung Ganggarak/Merinding, Kampung Lubok Temiang dan Kampung Pohon Batu.

“Kami harap ketiga-tiga pesakit dari zon kecil 3 akan sembuh dan Labuan akan diisytiharkan sebagai kawasan hijau Covid-19 bagi Wilayah Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mingguan mengenai Covid-19 di sini hari ini.
Beliau berkata, Labuan merekodkan 16 kes kumulatif dengan 13 pesakit dibenarkan pulang sejak 10 April lepas.

Katanya, jumlah pesakit dalam siasatan (PUI) yang dikuarantin di Hospital Labuan setakat semalam adalah 15 orang manakala 149 individu dalam pemerhatian (PUS) menjalani kuarantin sendiri di rumah.

“Terdapat 78 PUS di pusat kuarantin Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan dan 50 orang di Pusat Giat Mara,” katanya.

Katanya, seramai 522 pekerja dalam sektor berkaitan minyak dan gas, kebanyakannya dari luar Labuan dikuarantin di hotel masing-masing.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai yang tidak bekerja dalam perkhidmatan perlu supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – WILAYAHKU

Khairul Idin April 22, 2020 12:09 am

Sumber WILAYAHKU

Selasa, 21 April 2020

HARI KE-35 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hari ke-35 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin



#LawanCovid19 #DudukDRumah #DoaUtkLabuan #DoaUtkKualaLumpur #DoaUtkMalaysia

Isnin, 20 April 2020

HARI KE-34 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hari ke-34 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 21 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,482 kes dengan 61.09% telah sembuh bersamaan 3,349 pesakit dan 1.68% atau 92 kematian.


#Lawan Covid19
#DudukDRumah
#DoaUtkLabuan
#DoaUtkKualaLumpur
#DoaUtkMalaysia

Ahad, 19 April 2020

HARI KE-33 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hari ke-33 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin


Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 19 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,389 kes dengan 59.32% telah sembuh bersamaan 3,197 pesakit dan 1.65% atau 89 kematian.


#Lawan Covid19
#DudukDRumah
#DoaUtkLabuan
#DoaUtkKualaLumpur
#DoaUtkMalaysia


Sabtu, 18 April 2020

HARI KE-32 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hari ke-32 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin



Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 18 April 2020. Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,305 kes, manakala sembuh adalah sebanyak 3,102 kes. Dua (2) kes kematian baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan sebanyak 88 kes.

COVID-19: ZON KECIL 2 LABUAN DIISYTIHAR ZON HIJAU

LABUAN: Beberapa kampung dan kawasan perumahan di zon kecil 2 Labuan diisytihar sebagai zon hijau atau sifar kes COVID-19 selepas tiga kes aktif berjaya diselesaikan.

Perkampungan di zon kecil itu merangkumi kawasan Kampung Bebuloh, perumahan di Jalan Bukit Timbalai (Taman Mahkota Impian), Kampung Sungai Miri, Kampung Sungai Buton, Kampung Sungai Lada, Kampung Sungai Labu, Kampung Kilan/Pulau Akar, Kampung Layang-Layangan, Kampung Sungai Bedaun, Kampung Sungai Bangat, Kampung Belukot dan Kampung Bukit Kalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Labuan, Dr Fary Akmal Osman, berkata baki zon kecil 1 dan 3 kekal sebagai zon kuning, iaitu masing-masing mempunyai satu dan tiga kes yang aktif.

Zon kecil 1 tertumpu di pusat bandar dan sekitarnya, Kampung Patau-Patau 1 dan 2, Kampung Gersik/Saguking, Kampung Batu Arang, Kampung Sungai Keling, Jalan OKK Abdullah, Jalan Tun Mustapha dan Kampung Rancha-Rancha.

Zon kecil 3 terdiri daripada Kampung Bukit Kuda, Kampung Pantai, Kerupang/Nagalang, Kampung Lajau, Kampung Tanjung Aru, Kampung Batu Manikar, Kampung Ganggarak/ Merinding, Kampung Lubok Temiang dan Kampung Pohon Batu

Dr Fary Akmal berkata, Labuan merekodkan jumlah kumulatif kes sebanyak 16 orang dengan 12 pesakit telah dibenarkan pulang sejak 10 April lalu.

Katanya, jumlah pesakit yang dikuarantin di rumah, hotel dan pusat kuarantin berkurang dengan ketara daripada 2,000 kepada 735 orang.

“Di pusat kuarantin Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan, kami mempunyai 66 orang di sana dengan 57 adalah lelaki dan sembilan wanita, manakala di Pusat Giat Mara terdapat 67 orang iaitu 42 lelaki dan 25 wanita,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - BERNAMA

Sumber BH ONLINE

Jumaat, 17 April 2020

HARI KE-31 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hari ke-31 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin


Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 17 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,251 kes dengan 56.50% telah sembuh bersamaan 2,967 pesakit dan 1.64% atau 86 kematian.


Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

#Lawan Covid19
#DudukDRumah
#DoaUtkLabuan
#DoaUtkKualaLumpur
#DoaUtkMalaysia

Khamis, 16 April 2020

HARI KE-30 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hari ke-30 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin
Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 16 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,182 kes dengan 53.37% telah sembuh bersamaan 2,766 pesakit dan 1.62% atau 84 kematian.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

#Lawan Covid19

#DudukDRumah
#DoaUtkLabuan
#DoaUtkKualaLumpur
#DoaUtkMalaysia

Rabu, 15 April 2020

HARI KE-29 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hari ke-29 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin
Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 15 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,072 kes dengan 52.18% telah sembuh bersamaan 2,647 pesakit dan 1.64% atau 83 kematian.


Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

#Lawan Covid19 #DudukDRumah

#DoaUtkLabuan #DoaUtkKualaLumpur #DoaUtkMalaysia 

Selasa, 14 April 2020

HARI KE-28 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

#LawanCovid19
#DudukDRumah
#DoaUtkLabuan
#DoaUtkKualaLumpur
#DoaUtkMalaysia
Hari ke-28 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin


Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 14 April 2020.

Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 4,987 kes dengan 49.69% telah sembuh bersamaan 2,478 pesakit dan 1.64% atau 82 kematian.


Isnin, 13 April 2020

HARI KE-27 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

#LawanCovid19
#DudukDRumah
#DoaUtkLabuan
#DoaUtkKualaLumpur
#DoaUtkMalaysia
Hari ke-27 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 13 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 4,817 kes dengan 47.24% telah sembuh bersamaan 2,276 pesakit dan 1.60% atau 77 kematian.