Khamis, 17 November 2016

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-25

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan hidup bersama hingga ke tahun ke 25 ini. Moga jalinan kasih bersama untaian cinta ini akan kekal menggenggam sebuah mutiara kebahagiaan hingga ke Mahligai Syurga-Mu Aamiin.
~Jubli Perak ni~

Sabtu, 21 Mei 2016

Mahrajan Persuratan Dan Kesenian Nusantara Ke-5

 Mahrajan Persuratan Dan Kesenian Nusantara Ke-5 berlangsung pada 20 Mei di Membakut dan 21 Mei di Hotel Seri Perkasa, Kota Kinabalu. Perserta yang hadir adalah penyair dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.
 
 

Ahad, 3 April 2016

Ulang Tahun Kelahiran Norgadis Ke 45 Tahun

Selamat Hari Lahir Selamat Hari Lahir Selamat Hari Lahir

 
Tahun ini sambut hari lahir bersama Atikah (anak) dan menantu (Aiman).  Kebetulan beza tiga hari dari tarikh lahir masing-masing dan anak cucu berkumpul sekali, bertambah ceria sambut hari lahir bersama tahun ini walaupun disambut secara sederhanna saja. 

Buat suami tercinta, terima kasih atas kasih sayang, bimbingan dan sokongan selama ini dan buat babah tersayang, terima kasih kerana menjadi seorang abah yang memahami...

 
Terima kasih kepada semua yang berikan hadiah hari lahir, moga kalian dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati Allah selalu aamiin.

Khamis, 31 Mac 2016

Selamat Hari Lahir Atikah Ke 19 Tahun




Selamat Hari Lahir anak ibu Nurcahaya Atikah, moga jadi anak soleha, berilmu, beramal, sihat gembira dan berjaya dlm semua bidang yang diceburi serta diberi rahmat dan berkat dari Allah swt aamiin.