Jumaat, 29 April 2011

Santai Puisi Perwila Sabtu Ini



Setelah kejayaan Majlis PementasanTeater Perwila “INFLAKASTA’ aktiviti pertama Perwila bagi tahun ini awal april lepas, kali ini Perwila cuba melaksanakan pula aktiviti kedua iaitu Santai Puisi Perwila. Info terkini, rombongan DBP Caw Sabah, akan turut hadir memeriahkan Santai Puisi Perwila esok. Terima kasih atas sokongan dari mereka semua...



Dengan segala hormatnya mempersilakan para pencinta sastera hadir
ke Majlis Santai Puisi Perwila


Pada: 30 April 2011 (Sabtu)
Masa: 2.30 Petang
Tempat : Taman Damai, Kg. Layang-Layangan WP Labuan

Moga Kehadiran kalian akan dapat memeriahkan lagi Majlis Santai Perwila.

******************************************

Ahad, 24 April 2011

Anak Aku Dapat Tawaran Masuk KUIS


Surat ni dah sampai kat Labuan 13 April 2011, tapi baru jumaat lepas 20 April anak aku terima. Alasan dorang "13 April tu dah telefon tapi tak berjawab." Aku pelik jugalah, kalau sekali tak berjawab kenapa dorang simpan kat bakul je surat tu, kenapa tak telefon lagi... Agaknya dorang ingat kita ni asyik duduk tunggu telefon je... Geram aku...


Kita sambung cerita isi surat pula, anak aku Nurfatihah Athirah @ N Athirah yang selalu aku bawa setiap kali ada aktiviti Perwila dah dapat tawaran sambung belajar kat Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Syukur dan tahniah, dia memang teringin sangat nak sambung belajar kat sana, sebagai ibu, aku sokong je.


Jangan kata aku tak nangis dengar khabar gembira ni, aku memang nangis huhuhu... nangis gembira dan nangis sedih kerana aku akan berjauhan dengan anak sulung aku tu. Pasti aku akan terasa kehilangannya, selain daripada abang, si Puterilah yang banyak mengajar aku guna blog dan internet selama ni. Lupa nak bagi tau, Puteri adalah panggilan untuk anak sulung aku sejak kecil lagi.


Aku sebenarnya nak dia sambung belajar kat Sabah saja, sekurang-kurangnya senang nak melawat dan senang dia nak balik Labuan, tambang pun taklah semahal ke Semenanjung. Tetapi dia tetap memilih KUIS kerana dia memang mau melanjutkan pelajarannya dalam bidang tu. Nampaknya jaranglah aku dapat bertemu dengannya huhuhu....


N Athirah membaca puisi "PESAN" karya Norgadis Labuan di Temburong Brunei DS

Doa dan harapan sebagai seorang ibu, teman dan juga sahabatnya, moga dia menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat Amin...

Jumaat, 22 April 2011

Pelajar SMK Mutiara dan SM Sains Labuan Menjadi Wakil Ke Tuaran, Sabah

19-23 April 2011 Di Tuaran, Sabah

5 orang pelajar perempuan SMK Mutiara Labuan dan 5 orang pelajar lelaki SM Sains Labuan terpilih menjadi wakil Gala Ko-kurikulum Di Tuaran Sabah. Mereka ditemani oleh seorang guru dari sekolah masing-masing. Banyak aktiviti yang disediakan untuk mereka, antaranya berkayak dan berbasikal sejauh 17 km.


Pelajar SMK Mutiara Labuan (Termasuk anak aku Nurzafirah)


Pelajar SM Sains Labuan


Aku hantar anak aku sampai airport je...

Khamis, 21 April 2011

Award follower ke 1234 Untuk Knez's

Kalau dulu aku pernah memberikan award seperti ini kepada follower yang ke 999, 1000 dan 1001. Hari ini aku nak bagi award seperti ini juga kepada follower ke 1234... terima kasih sudi menjadi follower blogku , harap sudilah terima award khas ini.







Award Follower Ke 1234 Blog Knez's

Rabu, 20 April 2011

CONTEST PENULIS SENJA TERAKHIR



Kepada sesiapa yang belum join contest PENULIS SENJA TERAKHIR ini, jomlah join, dia dah hebohkan contest ni dari blog sampai ke FB. Ini adalah contest pertama beliau, marilah kita meriahkan contest ini semeriah-meriahnya. Kenapa tajuk PENULIS SENJA TERAKHIR? Apa yang terakhir tu? Korang tanyalah dia sendiri ya...

Apa? Nak tau kenapa aku join contest ini? Walaupun aku sibuk sangat sekarang ni, tapi aku usahakan join contest ini bukan hanya sekadar memeriahkan contest pertama beliau tetapi yang berat sikit tu, aku telah di tag oleh beliau sendiri... huhuhu... maka dengan itu aku turunkanlah sebuah puisi yang aku karang... (bukan karang di laut) Puisi ini aku tulis di hari ulang tahun ku ke 40, 3 April baru-baru ini... Nak mengarang puisi ni pun express... (jam 12.39 pagi) dan nak dibaca malamnya...


3 April Ini
Karya: Norgadis Labuan

Dalam pelarian waktu yang singkat ini
dan dikala mentari beradu di kaki langit
dan dikala usiaku yang semakin singkat
mampukah aku menganyam semangat
untuk kuhampar tikar harapan
agar aku terus bisa memeluk puteri-puteriku
dan mengucup mesra tangan suamiku
sebelum aku dibungkus rapi
dengan selendang putih peneman diri

3 april ini
kulakarkan sebuah puisi
bukan sebagai hamba seni
bukan jua meminta simpati
namun
aku kini mula sedar dari kealpaan
setelah cuba menelaah diri
bertapa rentetan perjalanan hidup
mula menghimpit bersama dosa-dosa lalu
sakit dan perit
bagai luka berdarah merah

Dalam pelarian waktu yang singkat ini
masih adakah ruang untukku
menghimpun indahnya zikrullah
melagukan ayat-ayat suci-Mu
menggengam mahligai iman
bersama kejernihan air mata taubatku
sebagai pengiring menyahut seruan-Mu.

03 April 2011
12.39 pagi


*******************************************************
Kepada yang nak join....
Syarat untuk jOin contest penuLis senjA KLIK SINI

Tarikh tutup contest : 25 apriL 2011

Hadiahhhhhh ... KLIK SINI


Lastly tag 3 org member ... biasalah tu... Norgadis nak tag :

1. N Athirah
2. Sajak2 Pendek
3. Shameel Iskandar

Ahad, 17 April 2011

Aku Tak Puas Hati

16 April 2011, Sabtu

10 orang wakil dari KUSMA dijemput untuk menghadiri Bicara Eksekutif Koperasi sabtu lepas di Dorset Hotel. Antara 10 orang tu termasuklah aku dan suami (kali ni sebut suami dah...)


Majlis dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Hj. Yunus B. Kurus, Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Merangkap Pemangku pengerusi UMNO Bhgn Labuan (PMW, DSM, BSK)


Y.Bhg Tuan Haji Idris B. Ismail, Pengarah maktab Koperasi Malaysia


Acara bermula jam 9.30 pagi walaupun mengikut aturcara sepatutnya dimulakan jam 9 pagi (biasalah tu... asyik menunggu peserta yang terlewat)


Penceramah Kertas 1, Hj Saiful Bahari B. Hj Omar,
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Negeri sabah)


Penceramah Kertas 2, Puan Nursafariza dari Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan


Kelihatan antara ahli KUSMA


Sambutan dari peserta amat menggalakan sekali


Apa yang aku tak puas hati, penganjur meminta 20 org pelajar keluar dari dewan untuk memberi ruang kepada peserta yang baru hadir waktu tu. Sepatutnya penganjur menambah kerusi, bukannya meminta pelajar tu keluar, lagi pun pelajar-pelajar tu dah berkumpul dari jam 8.45 lagi, utamakanlah yang hadir dulu, bukannya utamakan orang yang selalu terlewat. Aku betul-betul tak puas hati waktu tu...

Isnin, 11 April 2011

Terima Kasih Mr Nuffnang

Kebelakangan ini aku benar-benar sibuk dengan aktiviti Perwila, sebagai setiausaha (belagaklah tu...) bukan nak berlagak tapi aku ingin buat yang terbaik untuk Perwila. Aku sayang persatuan ni, aku telah join Perwila ni sejak tahun 1986 (sejak zaman sekolah aku...)

Ok sekarang aku nak cerita sikit berkenaan gambar kat atas tu. Ini adalah cek ketiga yang aku terima dari nuffnang, terima kasih aku ucapkan kepada semua sahabat yang berkunjung ke blog aku dan sudi klik dengan ikhlas iklan-iklan yang ada, serta terima kasih juga kepada Mr Nuffnang atas kiriman cek yang membuat aku tersenyum ini... Terima kasih daun keladi hehehe...

Ahad, 10 April 2011

Norgadis Bermesyuarat Lagi


Gaya bz surirumah yang jadi setiausaha, setia berusaha hahaha...
(Yang sebelah aku tu, Nadirah penolong SU dan yang guna topi haji tu Hj Othman, bendahari)


Anak aku N Athirah setia menamani aku setiap kali ada mesyuarat.


Alhamdulillah, mesyuarat kali ini Ketua 1, Ketua 2, Setiausaha (akulah), Pen. Setiausaha dan bendahari semuanya hadir dan ditambah lagi beberapa Ajk serta ahli yang kuat memberi sokongan insyaallah ianya akan melancarkan aktiviti PERWILA.

Insyaallah dalam waktu terdekat ini PERWILA akan mengadakan aktiviti
Santai Puisi PERWILA.

Jumaat, 8 April 2011

Aku Dapat Jemputan Mesyuarat ALK

Tiba-tiba aku mendapat jemputan untuk menghadiri mesyuarat ALK oleh setiausaha KUSMA, Pn. Simun Hj Mahmood. Sedikit terperanjat juga sebab aku bukan Ahli Lembaga koperasi, aku hanyalah ahli biasa saja. Untuk tidak menghampakan, aku pun hadir setelah abang berikan lampu hijau hehehe... sekaligus menemankan abang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.


Aku dan abang menghadiri mesyuarat ALK atau Ahli Lembaga koperasi KUSMA (Koperasi Usahawan Malaysia Labuan Berhad.) 8 April, Jumaat, jam 7.30 malam, di Balai Raya Kg. Layang-Layangan, WP Labuan.


Antara agenda mesyuarat ialah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, mengesahkan peletakan jawatan timbalan pengerusi, melantik pemangku timbalan pengerusi, menyusun semula ALK, menyusun semula Biro-Biro koperasi dan sebagainya.


Secara sebulat suara En Asmadi telah dilantik sebagai Pemangku Timbalan Pengerusi dan aku pula dilantik sebagai ALK yang baru sekaligus memegang peranan sebagai Biro Promosi. Aku baru hadir mesyuarat ALK terus dilantik... huhuhu berat berat...


Mesyuarat tersebut juga membincangkan program-program yang akan dijalankan oleh koperasi. Insyaallah... Program memancing pantai akan dijalankan dalam waktu terdekat ini.

Rabu, 6 April 2011

Apa Yang Berlaku Di Malam Pementasan Teater PERWILA

Seperti yang pernah kuceritakan dientri yang lepas, ulang tahun kelahiranku kali ini sibuk dengan aktiviti bersama PERWILA. Kebetulan tarikh 3 April tersebut dipilih oleh PERWILA untuk mengadakan pementasan teater buat pertama kalinya dalam tahun ini, terdapat juga persembahan bacan puisi dari ahli PERWILA.


Nurzafirah Nadirah anak ke dua aku membaca puisi karyanya yang bertajuk "Hari Bahagia Ibu", puisi ini ditujukan untuk aku dan yang lebih suprise lagi, setelah selesai membaca puisi, dia menjemput aku ke pentas untuk menerima hadiah birthday aku. Huhuhu... sebak rasanya, terharu beb!


Ini anak sulung aku Nurfatihah Athirah juga membaca puisi hasil karyanya sendiri yang bertajuk "Bila Hati Tertanya-Tanya"


Liza Ali merupakan adik perempuan tunggal aku, dia memilih puisi kesukaannya yang bertajuk "Pesan" karya Norgadis Labuan, puisi aku tu...


Norgadis Labuan suka menulis puisi tetapi tidak suka membaca puisi di atas pentas. Sempena birthday aku, terciptalah sebuah puisi yang bertajuk "3 April Ini", aku pun bacalah puisi aku kat pentas malam tu...


Hajjah Hasnah merupakan orang lama dalam Perwila, beliau membaca puisi karyanya yang bertajuk "Memori Semalam" yang ditujukan untukku sempena birthdayku, terharu lagi aku huhuhu...


Pengarah Pendidikan Labuan yang baru, memilih puisi "Pertemuan" dari antologi Sepulau Sekasih Kita untuk dibaca malam itu, karya aku lagi tu beb...



Turut membaca puisi malam itu ialah Ketua Kampung Layang-layangan, Ag Asim Ag Besar, Hj Suili Bakar ANS dan Ketua 1 Perwila Dr Harun Hj Pudin


AJK Perwila bergambar bersama barisan pelakon teater


Rakaman pementasan teater yang dirakam dengan kamera sony aku. Tak boleh zoom, maklumlah kamera biasa je bukannya handycame.